Wednesday, 27 May 2015

Al-Quran Di Hati

'' 76. banyak turun kan.. Hari tu ++,
takpe nak letak Al-Quran nombor 2 pun kalau ada taklifan yang lebih besar yang perlu dibuat, tapi jangan letak Al-Quran no 2 dalam hati.. cuti ni kukuhkan lagi hafalan, bukak sekolah nak jumpa huda yang baru, yang lebih baik ''
Kita cenderung untuk buat sesuatu yang kita suka pada waktu lapang,
dan jika Al-Quran adalah sesuatu yang kita cintai, Al-Quran dulu yang akan kita cari pada waktu lapang, bukan benda lain.
Ya. Al-Quran, bukan benda lain.
         
Carilah sesuatu yang boleh kita tuntut di hadapan Allah, yang lebihnya kita berbanding org lain.
         
Jalan Al-Quran ini penuh dgn duri dan menguji istiqamah.
Istiqamahlah.
Kerana tanda amalan kita diterima ialah istiqamah. Istiqamah !
Doakan saya thabat dengan Al-Quran :)

Monday, 25 May 2015

Jangan Bersedih Duhai ~

Kita memang akan selalu dikecewakan
Rasa sendirian
Rasa tak dihargai
Rasa tiada yang memahami
Pujuklah hatimu duhai ~
Terlalu banyak waktu kita luangkan bersama
Terlalu banyak memori yang tercipta
Terlalu banyak ketika kita mampu bertepuk tampar dan gelak bersama
Fitrah.
Manusia datang dan pergi
Ya. Kerana manusia tak mampu untuk selamanya berada di sisi
Lambat atau cepat,
Semua akan pergi
Sama ada terpisah di sini,
Atau kita bakal terpisah mati
Bila ada bersama ia anugerah
Bila tiada itu adalah nikmat
Nikmat merasai bahawa hakikatnya kita selalu punya Tuhan yang kekal.
Tak pernah meninggalkan :)
Dan dalam kita mencari insan untuk meluah rasa dalam hati
Cuba renungi kembali,
Adakah kita selalu bersama mereka untuk setiap duka dan ketawa?
Muhasabah untuk diri
Jangan bersedih duhai~
Ini fitrah. Dan ia sangat indah :)
Allah bersama kita !
Alhamdulillah

Wednesday, 20 May 2015

Pilihlah Untuk Tenang

Tak tahu
samada kerana hati yang cepat luka
Atau perasaan yang selalu dipendam lama
Yang tahan tu sebenarnya yang selalu buat hati rasa sakit
         
Tapi penyakit pendam perasaan ni tak sedap
Tak sedap bila sepatutnya kita marah
Tapi kita diamkan
Kita nak lawan rasa tu
Nak bagitahu,
'' Arghh kenapa buat aku macamani?
aku tengah marah ni !! "
Tangan kepal kuat
Mata berair
Orang tak pandang, kesat air mata..
         
Tak sedap rasa ni.
Tak sedap
         
Tapi lagi tak sedap
Sebab lepas kita marah
Kita jadi makin bersalah
Hati tak tenang
Dan masa tu mulalah kembali pada dunia nyata
' Kenapa lahh aku marah tadi '
' Macamana nak start over balik'
Sebak. Rasa bersalah dan mencari penyelesaian tu lebih sakit.
Sakit.
         
Ternyata. Sakitnya lebih lagi dari situasi tadi
         
Tu lah dia.
Rasa yang berbaur rasa
         
" Rasional. Rasional. Jangan marah kawan "
" Tapi bila kita marah, kita dah tak mampu nak rasional "
" Tapi kalau kau marah, kau akan rasa bersalah, kau nak rasa bersalah tu?"
" Tapi kalau aku tak marah, sakit hati aku ni sakit . sangat. "
'' Tapi, kau mampu kawal sebab kau yang pilih rasa tu "
         
Dan situasi ni pernah aku rasa
Dua-dua rasa ni aku noktahkan dalam travelog kembara
Dua-dua situasi ni.
Bukan ambik masa sehari dua
Namun bertahun lamanya
Mungkin setahun dua
Belasan tahun, puluhan tahun.
Memang ini proses
Jangan pernah berhenti mencuba kawan.
Semakin kau cuba semakin kau hampir melengkapkan sedikit demi sedikit kejayaan mengalahkan musuh yang paling utama
         
Nafsu.
         
Rasional memilih rasa.
Tenang. Atau biarkan marah menguasai kita
Tenang. Atau mungkin kau akan rasa bersalah selamanya.
         
Kau bertanyakan aku
"Kenapa pilih tenang?"
         
'' Kerana tenang itu rasa dari Tuhan."
Dan kerana aku juga diingatkan,
'' Jangan buat sesuatu dalam dua keadaan, satu- bila marah. dua- bila lapar " 
         
Maaf status terlebih panjang.
Buat ingatan diri dan sahabat seperjuangan

Sunday, 10 May 2015

Allah Ada Di Mana-mana

Di saat kesedihan
Allah hadirkan kegembiraan
Melalui cara yg tak disangka
Alkisah buat status moment yg sebelum ni kat masjid jamiah
Mencari tenang la kononnya
Lepas tu gerak pi maktabah(library)
Sambil jalan duk fikir,
'' nak tenang pi masjid, nak belajar pi library"
Dgn harapan moga pertolongan Allah tu sampai esok dan hari2 seterusnya
         
Masuk library tu, cari port yg selalu duduk tu
Bila nak duduk tu, ternampak benda ni
Lagi lah rasa ' Allah.... '
         
Boleh imagine tak,
Di saat kau rasa mcm nak futur
Rasa down giler,
Ttiba ada nota kat atas meja yg tulis benda ni
Macam seolah-olah Allah sampaikan,
' jangan futur huda jangan.. "
         
Lepas tu, senyum :)
Dalam hati tak putus,
" Yakin. Allah ada di mana-mana "

Saturday, 25 April 2015

Muslimah - Perhiasan Ataupun Fitnah?

Muslimah.
Yang sopan santunnya tinggi
Peribadinya menyejukkan hati

Yang menjaga pandangan dan pergaulan
Dan dari rahim merekalah akan lahir si mujahid nanti ! :)

Ataupun seorang Muslimah itu,
Mahu jadi pujaan lelaki
Meniti di bibir mereka yang tak pasti
Yang hanya akan menambah saham dosa buat diri mereka sendiri
Dan fitnah bagi mereka yang mengetepikan iman lalu menurut kata hati.

Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi pilihan, samada mengikut kata hati yang berlandaskan iman. Ataupun bisikan nafsu yang merosakkan.

Sama ada sebaik-baik perhiasan
Mahupun sebesar-besar fitnah

Yang mana kita nak jadi?
We choose. ❤

Dalam hidup takkan ada istilah terlambat kerana selama-lamanya sentiasa ada taubat

" Because we care
And we love.
So we spread the love
To the one we love
And halal to be love. ;)
And because all of me, love all of you " (baca : you all)

:)

Tuesday, 21 April 2015

Raut Wajah Tua

Alhamdulillah semalam ditaqdirkan Allah untuk hadir ke kelas biarpun sebenarnya ikut rasa, hati sangat malas. Astagfirullah..

Tapi teringat satu kata-kata,
'' Kalau kau malas, takde orang yang akan rajin untuk kau."

Dan kalau ikut pengalaman, memang yang perangai malas ni lah yang selalu buat aku kesal.

Kebiasaannya hari Isnin. Kalau aku tak pulang ke rumah selepaas kuliah, akan singgah di masjid sementara menunggu waktu asar. Kemudian terus ke tempat kelas.

Tapi semalam, dek kerana ikutkan rasa yang letih, aku pulang ke rumah untuk mendapatkan lelap yang seketika. Balik rumah, tidur.

Setengah jam kemudian terpaksa bangun balik. 4.54 !

Allah. Akibat tidur selesa dengan selimut bagai. Mahunya tak menjerit bila tengok jam. Lagi 6 minit!!

Berlari masuk tandas, berwudhu'
Capai tudung, dan solat.

Aku buat keputusan untuk membawa senaskhah Al-Quran sahaja. Ya. Itu lebih baik supaya perjalanan kelas tak terganggu nanti.

Langkah kaki dicepatkan. Dari bangunan rumah melepasi beberapa bangunan yang lain, kereta silih berganti. Hon sesekali kedengaran menandakan teksi bersedia untuk menerima penumpang. Sesekali senyuman diberikan menyapa pelajar Melayu yang berselisih di jalanan.

Adat Melayu di sini, 3S
Senyum. Sapa. Salam
Kau tak senyum, kurang adab namanya.
Paling tidak, senyum.
Aku kira itu yang paling mampu untuk buat dalam apa jua keadaan :)

Sampai ke kelas, nafas masih tercungap-cungap. Aku kira perjalanan dari utara ke selatan dengan hanya berjalan kaki yang mengambil masa 10 minit. Wow! Rekod baru untuk aku hari ni.

Satu lagi adat di sini- berjalan kaki.

Naskhah dibuka. Murajaah dimulakan.
Sayu di telinga, suara manusia yang diibaratkan seperti bunyi dengungan lebah, yang selalu membuatkan hati aku tenang. Berpeluang berada dalam suasana Al-Quran ialah sesuatu yang dahulu sangat aku impikan. Dan tak sangka, peluang yang dulu pernah disia-siakan akhirnya tercapai di sini, di tanah Syam.

Sesuatu yang sangat besar hikmahnya, bagiku. Alhamdulillah.

Usai tasmi', duduk sejenak.
Memikirkan aktiviti hari ini.
Allah! Ada SG malam nanti !!
Sekarang jam 6.40 petang
SG jam 7.45 . Memikirkan bahawa hari semakin gelap, aku berseorangan.

Dengan jalan berlenggang tanpa buku, tanpa wang, tanpa phone.
Memang sengaja cari nahas. Aku kembali ke ruangan tasmi' dan meminta izin dari guru tasmi' untuk keluar awal.

Keluar dan jalan berseorangan.
Dengan penuh yakin melangkah.
' buat gaya gengster sikit, comfirm arab tak kacau' - desis hati.

Sampai di simpang jalan, berhasrat nak melintas. Okay Alhamdulillah selamat melintas walaupun kereta laju sangat (baca: giler)

Arab yang pro driver ni memang lah.
Bukan nak menidakkan kuasa Tuhan yang mendatangkan musibah dan kecelakaan.

But believe me, seriously! They are such very good driver, they manage to reduce traffic and accident in their country!

Speaking jap.
Tapi dalam pro mereka, kalau sekali accident, jangan mimpi lah kereta kau akan okay je. Comfirm teruk punya !

Berbalik kisah tadi.
Lintas jalan, seberang jalan sana kelihatan seorang pak cik Arab, di hadapannya ada barang jualan. Ada permainan, dolls, games.

Allah tak sanggup nak tengok muka pak cik ni. Sayunya rasa hati

Apalah agaknya perasaan anak-anak membiarkan ayah mereka yang sudah meningkat usia berniaga di tepi jalan seolah-olah mereka tak mampu menyara ayah mereka.

Sepatutnya ayah yang pada usia sebegini tidak disibukkan lagi dengan kerjanya berterik di bawah panas matahari menunggu jualannya laku.

Sedih sangat. Hanya memandang sekilas, kerana hati sangat sayu. Hati sangat sedih.

Tetiba terbayangkan raut wajah ayah yang jauh di kampung. Panas mata. *masuk habuk barangkali*

Kalaulah ayah nanti diberi umur panjang, sempat merasa pendapatan yang bakal aku dapat nanti. Aku hanya akan meminta ayah untuk berada di rumah. Bergelak ketawa dengan isteri anak dan menantu mereka, meluangkan masa bersama cucu-cucu kesayangan mereka.

InshaAllah satu hari nanti, sekiranya ayah dan aku diberi kesempatan waktu.

Dari raut wajah tua kami berkongsi cerita
Dari redup mata maka di situ lahirnya cinta.

Ya Allah, lindungilah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Murajaah: proses mengulang/ulangkaji
Tasmi': memperdengarkan (bacaan)
SG: study group

Sunday, 19 April 2015

Infiruu




Islam pasti menang. Itu yg kita wajib yakini.
Cuma bila dan bagaimana tu bukan layaknya kita yg persoalkan,
apatah lagi untuk menentukan
Mungkin yang kita kena persoalkan pada diri,
adakah aku ada dalam medan?
Adakah aku sedang berjuang?

Ya. Medan pun belum kita jumpa.
 Apalah erti bercakap soal perjuangan
Apalah ertinya kemenangan
Kita takkan faham -.-'

Dan bila tak faham, jangan diamkan.
Tapi tanya. Cari di mana seharusnya kita bermula.
Perasaan untuk berbuat kebaikan bukannya sekadar rasa,
tapi juga petunjuk dari Allah untuk kita bertindak mengikut apa yg kita rasa.

Bertindak !

Ya. sekali rasa nak mencari, sekali rasa nak buat kebaikan, teruskan. Jangan tangguh.
Boleh jadi, itu peluang terakhir.

Dan bilamana sudah berada dalam medan,
Jangan pula isti'jal
Jangan gopoh nak menang sedangkan miqyas(ukuran) pada kemenangan belum kita penuhi

Teladanilah sirah Rasulullah dan sahabat yg banyak mengajar kita erti sabar dan thabat dalam perjuangan. Yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran.
Mereka mampu sabar dan mereka tak gopoh untuk menang.
kerana apa? Kerana bukan kemenangan yg mereka kejar-kejarkan,

tapi redha Allah.
Lalu Allah redha akan mereka.
Dan akhirnya mereka syahid smile emoticon
Dan kita.. tidakkah kita impikan benda yang sama?

Selalu ingatkan.
'' Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih, dan menggantikan kamu dengan kaum yg lain dan kamu tidak akan merugikan Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " Taubah : 39

Allah tak rugi.
Bahkan kita yang rugi.
Infiruu ! (Berangkatlah)

انفروا خفافا او ثقالا
Berangkatlah baik dengan rasa ringan mahupun berat..
Allahu musta3an

‪#‎IrbidJordan‬
#160415

Thursday, 19 February 2015

Travelog Hati : Disneyland Paris




Di sini -- Disneyland
Satu tempat yang indah, 
yang membawa kita ke dunia khayalan yg takkan kita jumpa di tempat yg sebarangan
Untuk bersuka ria didalamnya butuh bayaran
Haruslah.. kos binaannya saja sudah luar biasa. Senang cerita, bukan murah
Bayaran masuk harus setimpal dengan 'kenikmatannya' yang bakal kita manfaatkan
          
Pasti. 
Kita ingin mahligai kita di sana nanti seindah ini bukan? 
          
Gembiranya kita bermain-main di syurga
Berkejaran di kebun tanaman yg kita punya di syurga nanti
Berteduh di bawah pohonan rendang dengan senyuman penuh kepuasan
Setelah sekian lama kita bercucuk tanam berpenat lelah untuk tuaian hari kemudian Maka sudah sampai masa kita menikmati hasilnya seperti yang dijanjikan
          
Tiada lagi keluhan. Inikan lagi tangisan
Yang ada hanya gelak tawa dan kegembiraan
          
Alangkah nikmatnyaa.
Akhirnya hidupku bebas tanpa masalh.
Akhirnya. Ya akhirnya!
          
Menikmati buahan yang lazat
Di syurga. yang dibawahnya mengalir sungai -sungai yang tidak berubah bau dan rasanya, dari susu dan madu yang suci bersih dan arak yang lazat lagi halal diminum penduduknya
          
Lalu didalamnya kita dihiasi dengan perhiasan-perhiasan dan pakaian yang indah.
Dihiasi dengan gelang tangan emas dan pakaian hijau dari sutera yg nipis dan sutera tebal yang bersulam di atas pelamin-pelamin yang indah dan sangat sempurna! 
          
Ohh indahh!
Bahkan lebih indah
Tak mampu jadi bandingan dengan tempat seciput begini 
          
Ahh betapa jauhnya aku bermimpi! 
Sudah mimpikan syurga
Sedangkan amalnya tak seberapa
Perjuangannya tak seperit mana
Sakit juga tidak sampai berdarah tubuh dan anggota
Nak dibandingkan mereka yang sudah dijanjikan syurga dan mereka yang berusaha bersungguh-sungguhan mahu ke sana
Entah siapalah aku meminta-minta
Sedangkan diri masih cintakan dunia dan seisinya
          
Cukup-cukuplah bermimpi 
Sebelum ajal menjemput pergi
Cepat-cepat sedarkan diri
Banyakkan bekalan banyakkan ingat mati
          
Jujur ikhlas dari hati
Tiada yang lain 
Melainkan untuk diri sendiri
          
Catatan Untuk Hati
180215

Monday, 12 January 2015

Kita : Di Penghujung Usia Dunia

We tend to blame them while we just sit and watch movies like a prince
We tend to put them in a bad feeling while we just laugh and eating popcorn in the house. We just sit and do nothing
---------------------------------------------------------------------        
Sekarang bukanlah masa untuk kita tunjuk dan tuding jari pada sesiapa melainkan pada diri sendiri.
Sebab dengan menyalahkan ketenatan ummah pada bahu orang lain tak menyumbang apa-apa kepada pengislahan masyarakat
         
Masuklah pada masyarakat
Dekati mereka
Bukan hanya goyang kaki di rumah
Bukan hanya belajar di kampus tanpa peduli masyarakat sekeliling
Kita hanya fikir untuk ubah diri.
Tapi orang lain?
Adakah kita fikirkan benda yang sama? 😢
Dan bila jadi benda macam ni, kita terus bertindak untuk mengkritik sekeras-kerasnya sedangkan di mana kita di saat mereka melayan KPOP di bilik, di kelas, di rumah dan sebagainya?
Pernah menegur?
Pernah ajak mereka pergi ceramah agama?
Pernah kita alihkan cinta mereka daripada 'pujaan' mereka dan memperkenalkan mereka dengan Cinta Agung kita?
Mereka mungkin belum kenal cinta yang lebih enak didengar, cinta yang lebih indah dipeluk, cinta yang lebih dari segala-galanya. Ya SEGALANYA!
         
Usaha kita yg kecil bagai mendidik seorang isteri kepada seorang suami
Seorang IBU kepada seorang anak
Seorang IBU yang pada rahim mereka bakal lahirnya PEJUANG!
         
Kerja kitalah yang makin berat sebenarnya
Ya betul. Benda dah berlaku
Menyalahkan takkan membawa perubahan
Dan tugas kita wahai sahabat,
Berakhirkah dengan hanya mengomel dan menzahirkan kesedihan di facebook dan group2 whatsapp?
         
Saya bukanlah kawan karib mereka
Bukan juga ahli keluarga mahupun rakan sekampus
Tapi hanya dengan nama Muslimah,
kita bertunjangkan akidah yang sama
kita berkongsi rasa yang serupa
punya rasa malu yang fitrahnya kita patut dan sememangnya ada
         
Moga ini jadi iktibar untuk kita dan mereka
Moga bakal membuka pintu hidayah untuk semua.
Moga bakal membuka mata kita semua bahawa kita di penghujung usia dunia T.T




Tuesday, 18 November 2014

Hati Ini Allah Yang Gerakkan !

Solat tapi rushing sbb nak cepat
Solat tapi fikiran tak fokus (tak khusyuk)
Solat tapi sibuk fikir hal dunia (lepas ni nak buat apa,kerjasekolah tak siap lagi,minggu ni bz, miggu ni exam, program hujung miggu ni, lepas ni nak masak apa bla bla bla) 😧
          
pap pap pap 
Tersentak bila ditegur hati sendiri,
'' dahla solat tak sampai 5 minit, entah diterima entah tidak, tu pun masih nak fikir benda tu benda ni, macamana hati nak tenang? macamana kerja2 nak berkat? "
          
(hakikatnya hati tak bermonolog sendiri tanpa sebab, adakala itu tanda ada teguran dari Dia)
          
Allahu. Dalam 24 jam
kita banyak habiskan masa
untuk diri dan orang lain
untuk pelajaran dan amal jamaie (persatuan, dakwah dan sebagainya) 
Tapi 5 minit? 
5 minit jee punn
nak menghadap Tuhan ni. tapi kita tak manfaatkan sepenuhnya? kesiannya.. 😔
          
Mungkin dalam sedikit waktu yang kita benar2 ikhlas luangkan untuk Dia,
di situ ade berkatnya. 
Tapi... sanggupkah kau nak bahagikan waktu hanya 25 minit untuk Dia dari 1440 minit yang kau ada??


Bersyukurlah sbb Dia sntiasa tegur kta melalui lintasan hati.
Terlintas skejap je, tp deep#
Tanda Allah sentiasa syg kita

Aku ni 'bergaduh' sgt nak gi mana?
Apa yg aku kejar sebenarnya?

Hmm. Berat.
Ada org pernah kata,
" Bila kamu mgaturkan masa untuk dekat dgn Allah, automatically Allah yang akan aturkn masa untuk kamu "

Tapi sejauh mana kita yakin? 
-another persoalan yg kita perlu rungkai- 😌



Airmu mengalir dari hujung jauh di sana..
tak berhenti-henti hingga sampai di laut nanti
masa juga... kan berlalu tak menunggu kita
gunakanlah sepenuhnya janganlah leka..

Tuesday, 11 November 2014

Rindu

Sesekali rindu dtg
Terasa jauh berbatu
terasa lama sungguh di sini
Padahal tak sampai dua bulan 
          
Dulu brgkali tahun 1 rasa excited kt tempat orang, masa pantas berlalu tak sedar
Tapi bila masuk tahun 2 dah tak rasa pape, tapi rasa jugak makin kuat(kononnya)
          
' Dah knpa kau ni huda asyik duk teringat je"
Dah macamana lagi aku nak bagitahu
Tipula kalau walau sedikit tak pernah terasa rindu, sangat penipuuu. 
Biase la terpisah
Mungkin Allah datangkan hikmah berganda lebih besar dari kesedihan yg kita tanggung dek perpisahan ni.
Sakit memang sakit
Tapi mungkin ini mahar untuk kita jadi lebih baik. Siapa tahu? :')
Allah sudah mengatur waktu untuk kita bersama. 
Hanya bila kita yakin.
Hikmah pasti tiba.
Sabar lahh :)
          
Dah ada yang baru, bukan lupa yg lama, 
Alas kt bawah tu. Ingat lg dulu masa first fly, betapa gigihnya nak bawak benda ni sbb maa n wea yg belikan. Boleh jd ubat kalau 'sakit'
Dan terbukti memang pun
Lebih dari tu, bila pandang terus rasa seolah Allah sampaikan rindu buat mereka
          
Dan froggiano tu beli in case,
''Malam2 at least kau ada ni untuk dipeluk, sbg ganti pelukan mereka"  :'D
          
Nampak laa rinduu tiap2 malam


Wednesday, 5 November 2014

Ibrah Hari Ini

دقائق اﻹنتظار إجعلها إستغفار
''Seminit penantian jadikan ia istigfar''
          
(Kisah 1)
          
menunggu utk beli syawarma td
Tetiba kawan cakap,
" huda tengok atas"
Pandang je atas, terus sentap
Dalam hati terdetik, 
" bagusnyaa tuan kedai ni, patut la ramai je yg beratur beli kt kedai dia, berkat rupanya" 
          
(Kisah 2)
Lepas beli syawarma, cadang nak pi central bank. Okay, tutup. Redha je >.<
Jalan2 lagi, nampak kedai buah
Apa lagi masuk jelah.
Terdengar perbualan antara pak cik kedai dgn anak dia( umur 7 tahun camtu)
" Abdallah!! "
Si anak jawab. 
'' Shuu??" - (apa?)
          
Si ayah kata, 
" Shu au na3am?"
'' Na3am" , terus si anak jawab.
          
Serius rasa kagum giler dgn pak cik tu
Kagum dgn cara dia didik anak dia
Sebab dlm bhasa arab, perkataan shu(bermaksud apa-arab ammi) kedengaran agak kasar banding dgn na3am(ya)
Sebab tu si ayah tanya, 
" shu au na3am(apa ke ya?)"
Lebih pd nak kasitau anak dia, 
mana bahasa yg lebih baik nak guna kalau dgn mak ayah.
Cuba kalau kita lakonkan babak tu, agk2 mana yg best di dengar? 
Pandai ayah dia didik anak. Kagummm!!
Bila dengar je ayat quran dipasang dlm kedai dia, terdetik lagi,
" tak heranlah mantap didikan pd anak dia"
          
هنا.. فيه سكينة من ربكم
و عبرة لمن يعتبر
          
" Di sini.. ade ketenangan dari Tuhan mereka
Dan ibrah bagi mereka yg mengambil pengajaran"
          
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

**beli banyak giler buah td!! 
dari jagung, pisang, anggur, mangga hingga lah ke buah pisang kaki! 
Hantu buah :'D



Saturday, 1 November 2014

Seperti selalunya, aku mohon KUAT !

Andai saja boleh aku bicarakan
betapa sukarnya hidup ini. 
betapa aku ingin menceritakan kesusahan ini pada org yg aku sayang.
          
Hati kata, 
" Ceritalah..ceritakan pd mereka apa yg kau rasa. Ceritakan bagaimana engkau lalui semua ni. tak elok pendam sorang-sorang." 
          
Tapi setiap kali itu jugak aku mengingati kembali, hadaf aku ke sini
Minda aku mulai terbayangkan betapa aku sudah lama bertahan hingga sampai ke detik ini.
fikiran aku mula menerawang ke desa halaman, 
dgn tulusnya wajah kedua insan yg aku sayang merenung aku dalam-dalam
          
Kalau tidak kerana mereka, 
mana mungkin aku bertahan
kalau tidak kerana mereka yang terlebih dulu merasai kesakitan dan kesusahan membesarkan aku, mana mungkin aku mampu berkata TIDAK untuk perjalanan ini
mana mungkin juga aku katakan
          
" CUKUPLAH. aku sudah letih...."
          
Aku selalu rasa, 
" Ya Tuhan. aku ingin kembali pd jalan aku bermula"
'' Ya Allah. aku nak hentikan langkah ini di sini saja."
"Ya Allah. tak sanggup aku membawa harapan mereka.
'' Ya Allah. aku tak kuat untuk ini" 
          
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Engkau yang selalu aku seru
dalam jaga dan lena
dalam solat dan juga doa-doaku
          
Tidak aku minta lebih
aku cuma mohon kekuatan untuk perjalanan tanpa henti ini. aku cuma.. cuma mahukan kekentalan hati. 
cuma inginkan gagahnya kaki 
          
aku cuma mahukan janji, 
" Janji kalau yg diuji itu sentiasa akan jadi org yg Engkau sayang."
          
Aku cuma inginkan rasa yakin,
"Yakin bahawa kalau yg merasa sakit itu janjinya PASTI SYURGA" 
          
Ya Rabbi, 
keluhan berat aku lepaskan
kusut kepala aku leraikan
sesak dada aku kembalikan
pada-Mu duhai Tuhan yg ku sayang
          
Semoga dengan gugurnya air mata
Semoga dengan tangisan dek sakit ini
Sedikit sebanyak mampu menggugurkan dosa aku yang tak tertanggung lagi
          
Allah. Seperti selalunya,
Aku mohon kekuatan. 



          
Irbid, Jordan 
(1/11/14)
11:18 PM

Wednesday, 29 October 2014

Buat Pilihan Yang Terbaik!

Jangan disebabkan simpati atau kebaikan seseorang tu menjadikan kita hilang prinsip yang selama ni kita pegang!  

Ingat, berada di Jordan ni,
ade org yg benar ikhlas buat kebaikan.
bkn kerana jemaah, tp yg nk betul2 nak bawa kita pada Islam.
Yang tu sampai satu masa, nak khirij pun dia sanggup datang nk raikan.
          
Dan ada juga orang yang datang nya membina ukhwah 'fillah', sampai satu masa bila diajak isi borang, kita kata tak nak. 
dan sungguh dia dah takkan dekat malah engkau dia tinggalkan. 
Bila bertemu tak bertegur sapa, senyum lagikan tidak.
Sungguh! ni yg buatkn mad'u sgt kecewa. 
Ni yg membuatkn kita kecewa!! 
Hingga ada yg lari dari landasan Islam yg sebenar selepas ditinggalkan :(

Inikah Islam yg diajar??
Dulu bila dekat2, ukhwahfillah engkau laung-laungkan. Sekarang? 
Lalu aku suka utk persoalkan. 
atas dasar apa dakwah mu itu?
atas dasar apa kau ajak org? 
atas dasar melambakkan ahli jemaah atau pun bermatlamatkn Islam satu2 nya?

Ingat. Hatta jemaah pun takkan membawa kita ke syurga kalau hadaf sebenar perjuangan pun kita tak tahu! 
Kita mahu berada dlm kepimpinan atas nama Islam, dgn akhlaq Islam, bukan atas nama jemaah. 
Yang penting, teruskan mencari dan mencari, kaji dan terus kaji. 
Maka engkau akan menemui jemaah mana yg terbaik. 
          
Org akn kata, ' beraninya ckp soal jemaah'
tp org tak tahu, aku juga pernah ditarik oleh org jemaah. bukan satu dua. 
dan aku juga pernah rasa 'ditinggalkan' 

Masa tu aku sedar, mana yg betul ukhwah kerana Allah dan tidak. mana yg betul ajak pd Islam dan tidak.  Dan aku terpksa kaji (walau hati xmahu)
terpaksa buat semua tu(walau byk persoalan di minda, kenapa jemaah ni cmni, kenapa mcmtu) 
dan sungguh, aku temui jawapan yg terbaik. 

Dan aku buat pilihan sendiri bukan atas dasar simpati dan budi.
Sungguh! Orang yg menunjukkan jalan dan membuka ruang untuk kita kenal semua jemaah, dan  MEMILIH SENDIRI itu lah yg sebenar-benarnya nk bawa kita pd perjuangan sebenar. 

Dia bawa hadaf utk kita kenal Islam
Untuk kita kenal erti perjuangan!
          
Jalan ini bukan jalan kita nak tumpang keikhlasan org, 
Bukan juga kita nak ambik fikrah org dan letak pd fikrah kita.
Jalan ni jalan yang kita nak perjuangkan, 
walau sakitnya menahan perit dari mehnah yg tak pernah henti!! 

Ya. Jalan ini memang begitu. 
Dari dulu hingga skrg, mehnah tribulasi tak pernah henti 
          
Dan aku sentiasa cuba untuk ingatkan diri sendiri dan sahabat semua, jalan pencarian ni tak mudah. 
Kau perlu bantuan, kalau tidak dr manusia, semestinya dari Tuhan. 

So keep doa. teruskan berdoa. mintak doa.
moga2 Dia bantu kita agar dipertemukan dgn jalan yg terbaik! 
          
Kata seorang sahabat, 
" Orang yang mengaku berjuang itu akan sentiasa ditapis. Kalau betul dia ditakdirkan utk bersama dengan kita dalam perjuangan ini, inshaAllah, dia akan lepas tapisan tu. Cuma sekarang kita buat setakat yang mampu untuk dia lepas tapisan tu." 

Aku dengar, ura-ura kemungkinan akan official satu lagi jemaah di sini. Lalu entah kenapa, aku melihat ada kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan nya ialah, makin ramai yg akan berpusu-pusu ke arah kebaikan, dakwah makin sampai. Al-Quran kata, 'fastabiqul khairat'

Tp dari sudut yg lain, makin berpecah lah warga mahasiswa Malaysia di Jordan ini dek perbezaan jemaah yg ada
Akan timbul fitnah mengatakan jemaah itu begitu begini.
Akan timbul byk perbezaan dan sungguh, memang itu perkara biasa. Tapi bimbangnya kita tak boleh mengekalkan keharmonian dan sifat keterbukaan antara kita di sini. Bimbangnya juga tiada lagi fungsi persatuan induk di sini.

Entah kenapa walau sejauh mana kita katakan,
'' Kita tak patut berbeza kerana kita bawa hadaf yang sama "

Tapi percayalah akan timbul perbalahan dek perbezaan NAMA.


Allah. Mohon dijauhkan kami dari komuniti yang berpecah belah. 

Tuesday, 28 October 2014

Muhasabah

Sehari2 byk benda nafsu yg kawal kita
contoh : siap ambik wudhu' dah ni, 
tiba nak solat, terpandang phone atas meja,

'Eh xpela. tgok jap sape wassap'
'Tgk kejap je ni.. nati xtenang nak solat'
- hakikatnya ini alasan --'
          
Tiba lepas solat, niat nak baca quran pulak tapi tak jadi.
Sebab nya dgr noti fb/messenger~ 
sekali lg,

'Tengokla kejapppp je'

Scroll punya scroll fb, dah 30 minit berlalu
akhirnya, Quran yg sepatutnya kita baca tiap hari tp akhirnya tak kita baca
sbb wassap dan fb juga yg jadi pilihan kita
walhal takde kaitan dgn kita, xperlu pun sbenarnya. tp biaselah, manusia~ --'
          
Sehari kita ada 24 jam. barangkali waktu kita xpegang phone cuma lah waktu tidur dan solat.  tu pun ada yg tidur pgg phone. dan brgkali kalau phone tu boleh pgg masa solat pun, tak mustahil ada yg buat.  
Kesian sungguh umat akhir zaman ~ -_-)
          
Ya. betul. kdg2 ada yg memerlukan kita, 
ada perkara yg kita perlu bantu, 
ada benda yg perlu kita bina spt ukhwah dan sbgainya. 
tapi kena ingat jugak, 
dalam kita mencari dan dicari perhatiannya untuk manusia dan seisi dunia, jgn sampai kita keciciran perhatian untuk Tuhan kita.

Dan dalam kita berstatus di fb begini, 
Jgn lupa hadaf utama kita!


Monday, 27 October 2014

Manusia dan Taubat

Dek rasa menyesal gilerr, 
Kerana satu benda.
aku cuba bg hukuman pd diri
tp tu hukum yg aku sbg manusia tetap sendiri
aku buat hukum ikut kemampuan diri
aku buat hukum sebab tak nak ulang lagi kesal ni
at least sekarang aku boleh lagi hadapi walau berat mana pun, inshaAllah takkan mati kalau Dia kata hidup lagi.
          
kalau hukuman Allah macamna agaknya? kat sana nanti?
boleh ke kalau aku nak request utk ringankan sakit yg aku alami?
atau maybe mintak pengecualian sebab aku rasa tak larat masa dihukum nanti?
mungkin masa tu aku rasa nak kembali ke dunia, aku rasa nak menjerit semahunya.. aku rasa nak melutut hingga diampunkan-Nya. dan mungkin juga aku akn menangis sambil berkata, 
          
' Ya Allah.. dulu kat dunia aku ego buat itu ini aku buat ikut nafsu sendiri, aku buat ikut suka hati.. inilah akibat, aku kini dibakar api !! kembalikan aku ke dunia sekali lagi !!!! '
          
Nauzubillahi min dzalik. 
Kita tahu apa yang kita buat tu salah, 
Tapi kita tak perbaiki, malah kita bertangguh-tangguh untuk beraubat.
jarang sgt kita sedar, 
tanpa kita tahu, 
kadang2 hari ni mungkin Allah sebenarnya hidupkan kita lagi untuk kita muhasabah diri, untuk kita bertaubat dari dosa2 yang tak terperi

Kalau kita sedar dosa yg kita buat selama ni, kenapa nak teruskan buat lg? 
kenapa tak bertaubat je hari ni? 
Mungkin tu peluang yang satu2 nya datang untuk kita mula baiki diri
Kelak jgn salahkan Tuhan yg tak memberi hidayah kalau diri sendiri yang tak tahu menghargai. 
          
Bukan menghukum jauh sekali menilai diri adalah yg terbaik. cuma peringatan untuk diri, insan yg selalu tak sedar diri 



Monday, 20 October 2014

Meraih Ketenangan


Kita mencari dalam lelah akan erti ketenangan
Kita mencari dalam musibah erti redha dan sabar
Kita mencari dalam kesedihan erti kebahagiaan
Kita mencari dalam rebah erti kebangkitan


Ini mungkin ringkas tapi aku harap memadai
untuk kita sama-sama mencari maksud tersirat dalam kehidupan. Akan erti tenang, redha, sabar, kebahagiaan, dan kebangkitan.


Ini mungkin prinsip aku. 
Dan mungkin juga prinsip mereka
mungiin boleh jadi prinsip kamu juga 

Seorang sahabat kata, 
Bila kita sudah jauh ketinggalan kat belakang, jangan gopoh, jgn putus asa. 
Biarla kita lambat bertatih, biarla kita lambat sampai.
Tapi pd akhirnya kita mampu tiba ke penghujungnya. 
Memang jasad letih sekarang,
 rasa air mata nak gugur cuba ditahan , 
tp ingat balik duhai hati. 
dari mana kekuatan hingga kau mampu bertahan. 
Ingat balik, harapan keluarga, harapan ummah, harapan semua yg meletakkan bebanan. 
Tenanglah hati, seperti sedianya :) 



Thursday, 16 October 2014

Arab dan Sastera

Bismillah.
Hari ni kembali lagi tulis entry baru.
tak tahu kenapa tetapi kesedaran timbul nak menulis banyak banyak, lagi dan lagi tika aku 'insaf' melihat muka buku.

Selalu terfikir,
' setengah jam scroll news feed kat fb, tu belum kira komen status orang , belum kira yang tangguh solat semata-mata melayan whatsapp lagi. Sungguh, rasa takde guna menghadap benda tu hari-hari kalau sekadar macamtu. Mendekatkan yang jauh, menjarakkan yang dekat. Sama juga macam kita dengan Pencipta kita.  '

Aku memang budak adab(sastera)
tapi sungguh aku tak pandai bermadah macam orang lain dengan ayat yang sedap didengar.

Yang aku tahu cuma menyampaikan sesuatu tulus dari hati ni. Kalau rasa tak best ke, rasa menyampah ke. Mush mushkilah(takde masalah) .
Sungguh susah nak 'menangi 'hati manusia kan?
Tapi takpe, selamanya Dia tahu segalanya.


Dan kalau ada yang macam tersedap tu mungkin sebab ilham dari Dia :)





Alhamdulillah.
Bila tgok gambar ni, aku pun terfikir
Camne lah Allah boleh mentaqdirkan aku untuk sayang bahasa ni. 
Kalau orang tengok pun boleh pengsan, dengan nota satu subjek pun banyak giler muka surat, belum lagi pulun nak belajar. 
belum lagi all out untuk hafal dan ingat nota satu-satu. ALLAH !

Terkadang aku terfikir,
barangkali dulu di sekolah kali terakhir aku belajar bahasa ni, tapi rupanya tidak.
Dia ada perancangan yang hebat untuk aku
sungguh, tak sangka .

Kadang-kadang juga aku terfikir,
Mampukah aku untuk bertahan?
Mampukah aku untuk tak berputus asa?
Mampukah aku untuk teruskan?
Sungguh, aku takuttt !

Akak senior pernah kata,

"Jangan heran nanti sampai satu masa,
awak akan terfikir,
'sebab apa lahh aku belajar benda ni?'
Nanti awak akan menangis banyakk
Akak ni, dah banyak kali nangis
Menangis tu perkara biasa bagi budak adab ni
sampaikan ada lecturer pernah bagitahu akak,

'' Saya heran dengan pelajar Malaysia ni, kenapa kamu sanggup ambik arab pure sedangkan kamu tahu tak yang pure ni susah? Tapi ingat, kamu jangan sesekali putus asa!! Kamu dah cukup hebat. Saya tahu kamu sangat hebat !  "

Allah. Taujihat betul.

Sebab tu lah
aku fikir banyak kali kalau nak buang masa
Rasa sangat bersalah bila amanah masa tu tak dimanfaatkan sebaiknya. Astaghfirullah.

Jalan ini, sudah ditaqdirkan
Jalan ini, banyak sungguh mehnah
Tapi aku ingat, syurga itu tak mudah
Nak gapai, kuncinya,ini kalilah !  ☺

Minta doa sahabat moga diri ni terus kuat dan thabat ! Syukran jazilan

Jazakumullahu khairul jaza'

** sebab apa panggil adab?
Adab ni maksud dia sastera.
Dan dengan bangganya nak cakap,

'' Saya budak takhassus Bahasa Arab dan Kesusasteraan "

Alhamdulillah ☺


Tuesday, 14 October 2014

Remind Myself

Bismillah. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Hari ni dengar syarah dari Doc Musa
betapa setiap perkataan Doc sentap terus, 
Doc kata,

' Saya dah 27 tahun mengajar tapi saya perasan pelajar sekarang bukan lagi macam zaman saya dulu. bila belajar tak beradab dengan guru, kat universiti bukan tempat nak belajar, tp jadikan tempat untuk main2. kat uni belajar merokok, belajar lepak tepi2 tangga, bukak pintu dr luar time lecturer kt depan, pstu bg salam?? macamtu ke ? pelajar ke tu? ' 

- Kata2 Doktor sgt lembut, sgt menyentuh..kata2 dia tegas, tapi menusuk.

Masa tu, dah start bayangkan malaysia. aku fikir, mmg berbeza banyak sudut, jahiliah mereka mgkin begitu. 
Tapi jahiliah kita mgkin begini pula. 

Jangan fikir 'malaysia masih bagus'
Jangan fikir 'ohh cukupla majlis2 agama berteraburan di malaysia'
'rilek der.kita masih utuh akidah'
'kita masih aman'
'ada usrah kat u, okay la tu'

 Jangan fikir islam di negara kita sudah mantap. 

Jauh sekaliii tidakk!! 

Cuba tanya diri,
Sudahkah tunaikan amanah belajar sungguh2?
Sudahkah kita tunaikan kewajipan solat awal waktu? 
Sudahkah kita melazimi ceramah2 agama?
Selama hidup ni, apa sumbangan aku pada Islam???

Tanya. Tepuk2 dada tu. tanya iman!!

Kadang2 kita ni manusia, 
kalau keburukan orang, 
tak perlu orang suluh, dalam gelap pun kita cari. 
Tapi keburukan kita? terang benderang pun kita masih nak nafi.

 Allah.. 

Seorang sahabat pernah melontarkan soalan pada aku, 

' Huda tahun depan kita dah angka 2 kat depan. Tapi sampai sekarang ni, kita tak tahu apa yang kita dah buat untuk Islam. kalau hidup kita hanya berbaki 3 bulan, Huda rasa cukup ke bekalan kita nak menghadap Tuhan?'


Serius, terus menangis. 😢




Monday, 13 October 2014

Perjalanan Mencari Tuhan

' Ini jalan aku' 
' Ini wasilah yang dah lama aku pilih'
Kau tak tahu, apa yang aku tahu
Kau tak tahu betapa aku ingin sekali bawa kau bersama berpimpin tangan melalui jalan getir ini
          
Ya. Ini jalan getir
Ini satu-satunya jalan yang kau tak dihamparkan karpet merah, 
jauh sekali dari sutera emas
Ini jalan kau hanya bersama orang2 yang mencari, ini jalan yang air mata jadi peneman, jalan ini sakit dek duri sepanjang jalan. Hanya sakit kau akan dapat. 
          
Percayalahh.
          
Dan kerana aku percaya dan yakin lah  aku nak kau tahu, 
Jalan ini jalan kau bakal temui Tuhan
Jalan ini jalan kau bakal temui ketenangan 
Jalan ini kau bakal menemukan apa itu  ikhlas, jalan ini kau bakal kenali apa itu 'kemenangan yang tertangguh'
          
Ya. Kemenangan hakiki
          
Jalan ini juga jalan yg kau rasa dada kau lapang selapang-lapangnya walau zahirnya kau nampak letih dan lemah.
Jalan ini lah jalan kau tahu apa itu erti kesakitan keperitan, walau zahirnya kau tak menang di depan manusia, tapi hakikatnya kau telah menang di hadapan Tuhan
          
Dan aku, wallahi telah memilih jalan ini. 
Kerana aku yakin, jalan ke syurga itu tak mudah. Jalan ke syurga itu takkan semudah engkau melangkah hanya satu tapak semata-mata, dan sekelip mata kau dapat melihat satu pemandangan yang indah di sana. Sedang Rasulullah dan sahabat melalui jalan yang jauh lebih sukar, yang jauh lebih perit, lebih sakit hatta untuk nak gambarkan pun tak mampu. Kau fikir jalan kau mudah?? 
          
Tidak !!! 
          
Jalan ini bukan begitu.. !!
          
Jalan berbatu-batu pun kau takkan sampai, jatuh rebah bangun semula pun belum tentu tahu penghujungnya, sakit penat lelah pun belum mampu kau hitung di dunia. Kerana hanya Dia yang tahu bila kemenangan akan tiba. Dan aku engkau rasa sakit di perjalanan ini, walau kita tak bersama untuk kemenangan Islam, tapi kita masih tinggalkan jejak-jejak keperitan, kita masih tinggalkan kesan air mata. Dan yakinlah..  jauh di sana nanti, ada 'kemenangan yang tersimpan lama untuk kita' . Moga-moga. Doa-doakanlah semoga ada syurga yang Allah reserve untuk kita bersama di syurga bersama Rasulullah dan sahabat. 
          
Ya Allah, kami mohon thabat. Kami mohon untuk bersama pada jalan ini. 
          
Lantaran itu, aku masih mahu bertanya 
' kau sudi bersama aku di jalan ini? '