Saturday 28 December 2013

move on!

"Huda, kamu tahu kenapa Allah masih lagi uji kamu?''

monolog sendirian.

Ya, memang aku tak mampu untuk nak jadi kuat seperti mereka.
memang aku lemah. memang aku mudah jatuh dan tersungkur.
memang aku mudah mengalah.

memang. memang. memang.

tapi .


aku jauh sekali bukan ingin menyalahkan takdir.
jauh sekali mengaku kuat tanpa Dia.

aku juga punya sekeping hati ini yg menangis saat berduka.
aku tak kuat. aku tak mampu bersendirian.
aku juga menangis. saat duka dan gembira.

sampai satu ketika,
aku buntu.
gagal memahami hati dan perasaan sendiri.

aku sangka aku sudah cukup kuat untuk jalan ini.
aku sangka aku mampu bertahan.

the moments when I feel as if the world is laughing at me.
Yaaa..best solution, a note to myself.


ketika ini, aku coretkan sesuatu.
entah kenapa, aku pun tak pasti.
yang pasti. ini dari HATI.

Kamu sangka jalan itu mudah,
tapi ternyata jalan itu tidak semudah yg kamu sangka.
kamu sangka kamu sudah berusaha,
tapi ternyata usaha kamu hanyalah picisan dari keringat yg tak pernah ada.

Barangkali kamu lupa kamu pembawa panji agama!
Kamu lupa kamu siapa!
Kamu lupa tanah ini milik siapa!
Kamu lupa nikmat ini kepunyaan siapa!
sdgkan kamu HANYA insan kerdil yg tak punya apa-apa.
yg HANYA tahu berjalan menongkah langit,tanpa pedulikan siapa-siapa.

Usah bangga, usah sombong.
Kerana walau sedikit pun ilmu yg kamu ada, itu bukan apa-apa.
melainkan milik Dia semata.

Ya Allah. . .

" Berikan aku kekuatan dengan kekuatan yang luar biasa"

moga Engkau redha.





Saturday 14 December 2013

tangisan si anak kecil

assalamu'alaikum.
salam syita' dan salji :)
sempat lagi kepal salji.

dah lebih 3 bulan kat sini, alhamdulillah. Allah banyak permudahkan urusan.
ramai orangg kata, untung je dapat belajar luar negara, best je sebab dapat tengok negara luar macamane.
dapat rasa syita'(winter) , merasai sendiri adat dan budaya sesebuah negara tu.
tapi ramai jugak yg tak sedar betapa mahal harga sebuah pengorbanan yang perlu dibayar oleh seorang sang musafir ilmu seperti aku,  yg jauh perjalanan musafir nya demi setitis ilmu Ilahi yg tiada penghujungnya. Betapa ramai yang masih lagi tak sedar dan mensyukuri nikmat yg mereka perolehi di bumi Malaysia.

Ya, merasai tanah airku yg hidupnya kaya, bermewah-mewahan, cukup makan dan kehidupan yg cukup sempurna di bumi bertuah tu.

sedang dalam masa yg sama, aku turut sama menyaksikan kefakiran dan kemiskinan yg ditempuhi sebahagian masyarakat di sini.

baru aku sedar, banyak perbezaan di sana dan di sini.
setiap kali berjalan sekitar syari3 jami3ah, kelihatan ramai yg duduk di tepi jalan, minta sedekah.
ada jugak yg cuba-cuba ikut dari belakang, mengekori kami.
setiap kali terpandang mereka, timbul rasa kasihan yg amat.
sedih.. ada yg pangku anak, ada yg cacat. Ya Allah..
mereka ni siapa?? yg pasti nya, kebanyakan mereka bukan rakyat Jordan.
ini lah saudara kita .
ya, saudara kita yg dari syria.
mereka ini 'pelarian' dari syria.

pelarian. kenapa mesti dipanggil pelarian? sedangkan ini tanah dari saudara Islam mereka sendiri ???
kenapa mesti mereka dibiarkan sedangkan mereka punya saudara di sini (...........??)


di kem pelarian mereka,
dalam dingin angin, sejuk yg menyakitkan ni.
dalam lebatnya salji di tempat mereka, ada anak kecil yang mati kesejukan.
ada anak kecik yg mati kelaparan. tapi kita?
makan enak, tidur lena bawah hirom, pakaian tebal berlapis-lapis, tambah lagi dgn sobah (pemanas) yg hangat. nikmatnya hidup.
tapi mereka hanya di bawah khemah2 kecil yg buruk.
tanpa pakaian yg sesuai. tnpa makanan. tanpa pemanas.
sedangkan, dah tersebar. bahawa ini adalah musim sejuk yg terburuk sejak 100 tahun lalu, dalam sejarah. Irbid yg tak pernah turun salji, sudah mula turun salji sejak tahun lepas. bagaimana kita hanya mampu diam dan melihat sahaja? sedangkan saudara kita terseksa, menderita di sana?



sangat sedih bila melihat video kanak-kanak syria yg mati kesejukan.
siapa lagi yg mampu bantu mereka kalau bukan kita?
aku pasti, anak tu sudah mula merasai ketenangan di sisi Allah.
tempat dia selayaknya berada sekarang. in sha Allah.

itu lah kehidupan mereka.
syahid itu perkara biasa.
suatu ketika nanti, saat Allah tanyakan pada kita semua,

" siapa saudara kamu? "

mudah saje jawapannya.
" orang Islam itu saudaraku."

disoal lagi,
"apa yg sudah kamu lakukan untuk membantu saudara kamu?"

(........)

dan bergembiralah bagi mereka yg punya jawapannya.


" Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. " {61:14}


pada ketika ini, aku bersyukur untuk berada dekat dgn mereka.
aku bersyukur kerana Allah mengizinkan aku untuk melihat dan merasai penderitaan mereka.
memang aku tak berada di syria utk berjuang seperti mereka, 
tp paling tidak aku berada di negara jiran mereka, paling tidak aku berpeluang melihat dan bermain dgn anak-anak syria di sini. dan paling tidak, aku mampu mengusap kepala mereka dan menangis bersama mereka. Allah. melihatkan tangisan mereka, telah menyedarkan aku tentang beberapa perkara,

" Sampai bila mata si anak kecil ini akan berhenti menangis?"
" Sampai bila hidup mereka akan kembali bersinar?"


"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." {61:13}



حسبي الله نعم الوكيل
نعم المولى نعم النصير
الله تعالى اعلم

semoga Allah redha.







Sunday 10 November 2013

kesedihan yang amat. pemergianmu ditangisi :(

assalamualaikum.
ape kata sedikit masa untuk luahan?

semalam, tengok cite The Conjuring.
seriously, tak seram sangat. :3
tpi ape yg pasti bukan tu yg nak diceritakan.
lepas tgok movie tu. Akak wassap :

" Ni nak oyak bendo ni ( nak ckap sumtim)"

seram.. tetibe takot. ade benda ape ye yg akak nk bgitau?
pukul 2.30 pagi (waktu jordan) akak mesej. mesti benda ni penting.
kalau ikot Malaysia, mase tu pukul 7.30 pg. *5 jam beza antara Jordan dan Malaysia.

" Gape? oyaklaa.."

................................................

lame akak senyap. 'bakpe? ade sumtim k'- terdetik dalam hati.
jgn buat huda gini. rasa nak nangis. huhu. :'(

akak reply :
" sedekahkan Al-Fatihah. Bace Yassin."

Allah.. dugaan apekah ini?

sedih sangat. masa tu tak fikir orang lain. mesti ahli keluarga ni.
rupa-rupanya mak saudara kesayanganku dah kembali ke rahmat Allah.

takleh nak tahan sangat, gugur lagi air mata di pagi hening di bumi Jordan.
sedih sangat. rasa nak balik Malaysia. ni pengalaman pertama dengar berita kematian org tersayang,
tapi sedihnya huda tak dapat nak ziarah dan tengok jenazah buat kali terakhir.

tertidur.

Bile bangun je pagi tu,
terus call Ma. Akak angkat. sebab Ma tengah drive.

" Hello, assalamualaikum......"

" Ye, da.. "

..................... : huda senyap.
bangun je pagi. call and nangis lagi.  nak tanye, " sakit ape? bila meninggal?'' -tu motif call.
tapi kesedihan tu dah terlalu . sebak sangat. tahan air mata.. just dengar esak tangis.

" Da.. tak payah la sedih.. biase dah, sume orang pun akan mati.. Ma dgn Wea pn tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir.." - sedih. :'(

teringat last jumpe dgn mak saudara tu. Dia peluk dan cium. pesan macam2.

masa hari kat airport. dapat mesej.

" Huda, ni Kak Ja ni. Mek kirim salam, mek mintak maaf sebab takleh nak gi hantar huda kat airport. Mek pesan : belajar sungguh2 dan jage diri. "

Allah. sebak rase.
Allah.. tolong tempatkan dia di kalangan orang yg beriman.

sedekahkan Al Fatihah dan Yassin untuk arwah.


Thursday 7 November 2013

sentuh hati saya :)

assalamualaikum wr wbt.
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
ape khabar iman hari ni?
ape khabar muwasofat tarbiyah?
ape khabar diri?
dah baca Al-Quran hari ni?

harapnya semua dah.



biiznillah, 5 hari lagi genaplah 2 bulan di bumi Urdun ni.
macam2 perasaan rasa kat sini.
nangis2 tak payah cakap lah kot.
yg hepi2 tu laagi lah, banyak sangat.
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
banyak2 rasa syukur dipanjatkan pada Allah.
sebab bagi peluang datang ke Jordan/ Urdun.
walaupun sekali pun, saya tak pernah mimpi nak sambung belajar luar dari Malaysia.
ya, tak pernah terfikir pun,

sejujurnya, sebelum ni bila sahabat2 tanya,

 "Huda, nak sambung belajar mane?"

saya akan jawab,

" dalam Malaysia je, aku ni belum habis lagi travel Malaysia, ade hati nak sambung oversea. meme dokk ahh (mmg tak arr )"-even scholarship pun saya isi main2. sebab nasihat kakak.
isi je, dapat tak dapat lain cite, ade banyak masa lagi nak fikir.
alhamdulillah, satu pun tak dapat.  bila tak dapat, dah.. tutup buku.
redha je.. 'rezeki aku ade kat lain'
dan betullah.

'Kita merancang, Allah juga merancang.. dan perancangan Allah itu lah yang terbaik.'



siapa tahu Allah hantarkan saya ke sini?
even dah dekat 2 bulan kat sini, tapi masih lagi kdg2 saya terfikir. 
" semua ni macam mimpi. Ya Allah, betul ke aku kat Jordan sekarang ni?"

pernah saat saya berjalan sendirian di sepanjang jalan, dengan melihat orang2 asing di sekeliling saya, saya masih lagi terfikir,

" Ya Allah. ini sangat berbeza. betul ke aku di bumi barakah ni?"

dengan hanya 2 bulan, mengubah saya menjadi 'someone'
dengan hanya 2 bulan, Allah bagi peluang yang saya tak pernah dapat di Malaysia.
peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

dan yang saya takkan lupa sampai bile2. *insyaAllah*

'insiden' dengan Al-Quran.

siapa sangka. ya, siapa sangka?
insiden tu sangat 'ajaib' dan indah. :)
bagaimana Allah membuka kembali hati saya yang beku dulu.
yang lemah sangat3. yang dhoif jiddan jiddan.
tapi kekuatan tu tiba2 datang dengan indahnya kalam-Nya.

Subhanallah. saya sayang Allah! sangat3!!

menyesal sangat. teringat dulu2.
saya menangis sebab benda yang tak sepatutnya. *membazir sangat*
sekarang,  air mata yg tumpah di sini, sangat2 berbaloi.
Allah bayar kembali air mata saya yang gugur dulu.
tapi kali ni dgn cara yang sangat menyentap hati.

Allah.. terima kasih kerena menyentuh hati saya dengan Al-Quran.
*kesat air mata*

Allah lebih tahu :)



Tuesday 14 May 2013

apa nilai ku di mata Allah?

"Subhanallah, cantiknya.."

" Ini baru muslimah sejati, no fon bulehh?"

"kat mana enti beli niqab ni? ana berkenan sangat untuk beli. boleh PM? "

(-.-)

duhai pemilik mata yang mengasyikkan,  
sungguh cantik engkau rupanye.
rupamu menghiasi ruangan FB, kau upload gambarmu lagi.
sungguh indah anugerah Ilahi dek sepasang mata yang engkau miliki.
bertali arus pujian diberi. Kau bangga dengan diri..

atas benda yang tak kau miliki.. :'(
atas dasar apa dihijabi?
jika kerana fitnah, usah kau tambah lagi..
kerana kau sendiri tahu..
kecantikanmu bukan untuk tatapan,
apa lagi dijadikan pujian,


kau lindungi perhiasanmu dari pandangan mata yang kau katakan liar, 
tapi ikhtilatmu tidak terjaga,
kau lindungi maruahmu di sebalik secebis kain kecil, namun kau lupa apa itu malu..

jangan kau sangka itu tanda alim dirimu, 
jadilah sekuntum mawar harum..
yang baunya  hanya mampu dihidu, namun disentuh jangan.
awas! luka nanti..
 
hakikat kecantikan yang engkau miliki,
bukan milikmu walau sesaat, 
kau bangga.. seolah-olah kau pemiliknya.
kau bangga.. seolah-olah kau berhak ke atasnya..
sedarlah, engkau hanya peminjam.

hakikat cantik itu biarlah di mata Allah.^^
biar buruk di mata manusia, asal indah di mata Allah.
sama-sama merenung dan muhasabah, 

nilai apakah aku di mata Allah?



Friday 10 May 2013

Susahnya Nak Jadi Solehah

Kadang-kadang terlalu cepat nakkan perubahan yg besar sedangkan diri tahu tak bersedia.

Ahh.. sukarnya untuk istiqamah, payah..


solat malam, buat tak?
puasa sunat.. istiqamah ke tidak?
Ahh..
Susahnya nak jadi soleh/solehah ni. 
(teringat post sahabat)

Kena tutup aurat dengan sempurna. Kena jaga tutur kata menggunakan perkataan yang sopan. Bercakap hanya perkara yang bermanfaat. Berdiam jika tidak mampu berkata2 perkara yang baik. Jaga hati manusia sekeliling. Bergaul baik dengan manusia sekeliling. Menjaga hubungan dengan manusia lain (Hablumminannas). Dan istiqamah menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah). Berusaha menjauhi maksiat. Menjaga batas pergaulan. Berusaha melakukan kebaikan. Perlu mencegah kemungkaran. Solat di awal waktu.

Susah. Sebab kadang2 kita tak mampu kekalkan kebaikan tu. Kadang2 dah tutup aurat tapi masih bercakap dengan kasar. Ada pula yang sudah baik bercakap dengan lembut tapi dia tidak tutup aurat pula. Ada yang sudah istiqomah melakukan kebaikan seperti solat awal waktu,taat ibu bapa tetapi tidak menjaga ikhtilat(pergaulan) pula. Hakikatnya rasa sedih apabila tak mampu jadi terbaik di mata Allah. Rasa sebak apabila tak mampu nak istiqomah. Rasa kecewa apabila tak mampu capai sempurna(yakni sentiasa melakukan kebaikan tanpa pernah melakukan kemungkaran).

Namun. tersedar. Kita tidak akan mampu capai kesempurnaan itu. Kerana sempurna itu hanya ada pada kekasih kita Rasulullah SAW(Selawat ke atas Baginda SAW). Kita tidak akan mampu jadi SEMPURNA. Tapi kita boleh 'BERUSAHA' ke arah kesempurnaan itu. Pasti pernah dengar kan ayat ni
"Allah tidak melihat hasil kita berjaya atau tidak,tapi Allah melihat kita 'berusaha' atau tidak untuk berjaya".
Ya. Allah lihat usaha kita. Jika kita jatuh ke lembah dosa,maka kita harus bangkit kembali pada Allah. Bagaimana bangkit? Iaitu tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Jika sebelum ini kita tinggal solat,maka hari ni mula bertaubat dan berusaha serta niat untuk tidak mahu tinggal solat lagi.

Jika kita tidak metutup aurat,maka hari ini kita bangkit niat berubah dengan mula memakai tudung. Niat yang baik, Allah pasti beri ganjaran. Hakikat untuk menjadi soleh/solehah itu memang harus berkorban. Berkorban perkara yang tidak bermanfaat pada diri dan agama(gwiyomi,hiburan melalaikan/couple dan sbgnya). Berjuang. Berjuang untuk bekalan akhirat. Sukacita untuk saya share ayat blogger yang saya kagumi,penuntut Al-Azhar.

"Perjalanan perjuangan itu panjang, bagaimana seseorang pejuang itu berpada pada bekalan yang hanya akan habis dua tiga hari.?

Jika perjuangan itu berpuluh-puluh tahun, maka bekalan perlu lebih daripada itu."


Kita hidup untuk akhirat.


Adakah kita rasa kebaikan kita yg sedikit ini mampu untuk bekalan akhirat yang panjang disana nanti?

Setiap manusia memang tidak sempurna. Namun jangan jadikan 'tidak sempurna' itu sebagai alasan untuk kita melakukan kemungkaran.Kalau buat salah sikit,mesti gunakan alasan "Aku tak sempurna,tak maksum". Apakata tukar "insyaAllah,aku akan berusaha lagi". kan lebih baik? Semoga kita semua boleh merasakan SYURGA INDAH itu bersama-sama. Ayuh. sama-sama kita berusaha membina diri dan menuju perubahan dengan menggunakan segala peluang yang telah ALLAH permudahkan dihadapan kita ini. InsyaAllah.

Dan sampai sekarang masih cuba berubah
Paling tidak dari jalanan ke tikar sejadah


Berapa ramai manusia yang sudah pulang menghadap tuhan

Namun berapa ramai juga yang tak sempat bertaubat sehingga ajal menjemput pulang.

Allah. Semoga kematian kami dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Aamin.


 
  

 


 

Friday 12 April 2013

Harapan tidak Buta

nak berkongsi lirik lagu dalam ni.. deep meaning~
sampai boleh membuatkan seseorg menitiskan air mata..
setiap kali dgr lagu ni sangat2 teringatkan saudara2 kita yg memperjuangkan Islam di negara mereka.. :'(

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..


Thursday 4 April 2013

06:43 (..)

Duhai Tuhan..
saat mentari di ufuk barat mulai tenggelam.
aku merenung diri.
sampai  bila harus begini?
saat aku lihat mentari.
aku sedar kini, Kau menciptakan ku sempurna begini...
hinggakan seindah-indah mentari takkan mampu tandingi sebaik-baik perhiasan duniawi..


Duhai Tuhan,
ku renungi lagi..
ku hitung kesalahan diri,
saat tangisan kedengaran sehingga dewasa kini..
berapa banyak amalanku, 
berapa banyak palitan noda terpaku,
ku bangkit berdiri..
Lantas ku katakan pada diri..
Aku mengaku berTuhan, aku mengaku adanya pimpinan..
aku sedar dunia hanya pinjaman, aku sedar apa yang aku lakukan,
namun dosa dan nafsu aku jadikan kawan..

Duhai Tuhan..
mengapa hadirkan mereka..?
Bukankah Kau tahu aku tidak baik?
bukankah Kau mengerti kejahilanku?
Bukankah aku ini hamba-Mu yang berdosa lagi faqir?
mengapa Ya Tuhan..?

(...........)
Duhai Tuhan..
aku lemah begini, aku rebah begini..
sendu tangisku ini, akan kah Kau mengerti? 
ku renungi lagi..
saat ku terluka,
saat ku berduka..
saat bagai semua gelap gelita..
mengapa Engkau hadirkan cahaya?
saat aku lena,
Kau jagaku dalam lena..
saat aku jaga, Kau jagai lagi dalam jaga..
saat aku meminta,
Engkau pasti kabulkan..
saat aku memohon, 
Engkau tak lekang memberi..
aku tak pernah kecewa... 

Duhai Tuhan..
detik ini aku sedar..
ujian ini penguat diri..
Kau beriku nikmat untuk aku bersyukur, 
Kau hadirkan mereka untuk aku sama-sama berubah
kerna Kau tahu betapa aku mendambakannya,
betapa aku inginkannya..

Ya Allah..
izinkanku ketuk pintu  cinta-Mu..
izinkanku untuk sentiasa bersama-Mu..
kuatkan aku..
bantulah aku..
Ya Allah, pimpinlah daku..
Ya Allah, redhailah daku..


~hambafaqir~

Sunday 31 March 2013

KIsah Si Anak Kecil

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.. :)
Alhamdulillah . .
"Bukan soal apa yg dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya.."

A phrase that I learn today.. ^_^
 kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi .. tertarik dengan ayat ni yg mgandungi maksud yg sangat mendalam .
contohnya, seorang budak lelaki menangis ketika mlihat unggun api, lalu ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, "Mengapa engkau menangis?" .
Lalu anak kcil itu menjawab, "Aku takutkan api neraka.." 
Khalifah itu lantas memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan masuk neraka.."
Sebaliknya yg berlaku, budak itu menjawab.." Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akn memasukkan ranting2 yg kecil dahulu. Setelah ranting kecil trbakar, barulah dimasukkan kayu2 yg besar. Aku takut hal yg sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah.? "
Allah.. mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis..

Hebatnya pemikiran anak sekecil itu yg mampu berfikir sesuatu yg adanya satu pengajaran yg berharga.. itu lah kemampuan fikir seseorang..
bagaimana kita melihat sesuatu itu brgntung pada diri kita. .
setiap orang mlihat apa yg berlaku di sekelling mereka dgn pndangan yg berbeza. .
 kerdilnya kita manusia.. akal budak kecil itu dapat memikirkan sesuatu yg lebih luas dan mendalam.. akal anak sekecil itu mampu memikirkan alam akhirat bila trpndangkan unggun api, tapi bagaimana dgn kita..? Kita selalu mungulang-ulang ayat ni..  

"Dunia adalah jambatan ke akhirat.. "
"Dunia ni hanya pinjaman.."

Tapi untuk berfikir sepertimana anak kecil tu pun kita takmampu..
 Dan hakikatnya..
Mampukah kita membawa hati kita melihat dunia ini sebagai jambatan yg menuju ke akhirat..??
Allah..saat ni baru terfikir berapa banyak perkataan yg sering kita ucap, tapi tak meresap ke dlm hati.. Memandang dunia ini sepatutnya mengingatkan kita pada akhirat. .
bagaimana Allah menciptakan sesuatu . . .
 Alam ini. . pohon2 yg menghijau . .bukit bukau, gunung ganang.. dari sebesar-besar kejadian ssampailah ke sekecil-kecil kejadian seperti kuman dan bakteria..
semuanya tanda kekuasaan -Nya.. (Subhanallah)
ada ibrah-Nya di situ, ada hikmah dan tarbiyah-Nya di situ. .
takpernah kita cuba menyelami pengajaran yang disampaikan Allah ..
sedangkan Allah mengatur kejadian-Nya dgn begitu sempurna..! Tanpa cacat cela..!!

#terus senyum walau pahit.. :)