Thursday 30 January 2014

berubah kerana Allah


Assalamualaikum.

ready untuk beraksi?

YAAA!!

Semester baru bakal bermula.
Alhamdulillah.

dah tasjil madah (daftar subjek) semua.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Semoga semester baru memberi lagi banyak kebaikan.
pastinya dengan izin Allah :)

bersyukur sgt dah lepas fatrah daftar subjek, insihab idhofah (add/drop)

sekarang ni, kena siap mental fizikal untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
dengan subjek yang makin banyak, kerenah orang sekeliling yang pelbagai.

mohon intabeh!
semoga cekal dan tabah ye semua! :)

Yakini Allah yg senantiasa bersama.
Yakini Dia yang akan bantu kita menguruskan segalanya.

dengan ni,
semoga kita dapat tajdidkan niat belajar.
Dan...

menjadi lebih baik dari hari ke hari.



sebelum tu, kena muhasabah.

Apa yang aku dah buat sepanjang cuti ni?


Sama ada benda yang kita buat tu bawa faedah ataupun tidak?
Agak-agak nisbah yg berfaedah dgn tak berfaedah tu berapa?

Hurmmm.. tanya diri masing-masing ye :D
semoga diri aku dan kamu berjaya menjadikan cuti ataupun setiap masa lapang itu bermakna dgn adanya perkara yang bermanfaat. InsyaAllah, boleh perbaiki lagi!

Sekarang, masuk pada taklifan : (ini adalah taklifan aku)!

Apa tu taklifan?
Taklifan tu ialah tanggungjawab.
so, sekarang ni jom sama-sama fikir apa taklifan kita.

Macam berat je ye panggil taklifan?

Ok, fine..

Mutaba'ah Amal mungkin??

Tak kesah pun.. asalkan benda yang dinamakan tanggungjawab, taklifan ni terbuat .
Dan..

mendapat keredhaan Allah . :)

First,

1. Solat berjemaah. (dgn keluarga , tak pun roomates, syabab mestilah ke surau!)

2. Puasa sunat Isnin Khamis.

3. Masuk tabung masjid/surau/musolla . (even 10 sen , Allah pandang tau)

4. Qiamullail. (kalau susah nak bangun tiap2 malam, letakkan hari )

5. Baca Al-Quran dan mengulang! (tiap-tiap hari neh.. antara maghrib isyak pun boleh)

6. Ma'thurat (lepas subuh dan asar)

7. Baca Yassin tiap-tiap pagi. (amalan masa sekolah dulu, kan? ;)

8. Solat Dhuha!! (ini antara yang penting jugak, sangat...)

9. Tidur awal (untuk nak qiamullail, dan supaya tak terbabas Subuh, INTABEH!)

10. Study/ Murajaah.

11. Telefon mak ayah selalu.

Disebabkan aku ni hamba je.
So, KENA SEDAR DIRI .

aku tak punya sesiapa pun atas dunia ni, melainkan Allah.
so, sedar diri, sedarlah.. kita ni hanya menumpang. hanya HAMBA!
tak perlu SOMBONG dengan Allah. tak perlu lawan perintah Dia.

kalau rasa diri masih lagi tak tutup aurat dengan sempurna.
kena tanya balik ye, Allah pandang aku macam mana?

kalau masih lagi belum solat atau main celup je,
kena tanya, apa yang aku dah buat?

Hitung balik.
Berapa banyak dosa aku buat?
dan berapa banyak nikmat yang aku dapat?

mungkin boleh nisbahkan . Masih lagi sombong? istigfarlah lagi dan lagi.
Allah sayang kita tau.. :)

to be honest,
kalau ikutkan amalan yang tak seberapa, Allah takkan pandang pun.
tapi, sebab kasih dan sayangnya Allah pada kita,
Dia bagi lagi peluang dan peluang untuk kita hidup dari hari ke hari dan perbaiki amalan kita.
perbaikkan diri dan BERTAUBAT.

Apa lagi yang kita nak?
Apa lagi yang tak cukup?

buang ego .
kembali pada tikar sejadah dan tundukkan diri kita serendah-rendahnya pada Allah.
dengan tu, ketenangan akan jadi milik kita.

Dan disebabkan aku jauh dari keluarga beribu batu, aku letakkan taklifan untuk telefon diorang sekerap yang boleh. tugas seorang anak belum selesai, sahabat.
Walau musafir kita ini kerana menuntut ilmu, tapi jangan lupakan mereka!
Inikan lagi yang berada dekat dengan mereka, baliklah jenguk diorang sentiasa.

kerana kita masih seorang ANAK!

DAN disebabkan aku ni masih bergelar pelajar, dan mungkin kamu juga. kan?
so kena SEDAR DIRI, yang kita bukan datang nak enjoy, ni kan lagi nak makan duit mak ayah sendiri ataupun org lain dengan senang lenang.

So, the main point kena belajar sungguh-sungguh dan study smart-smart.

takde sebab lain,

kerana Allah. dan mak ayah kita jugak!
untuk kita sumbangkan sesuatu pada agama dan ummah bila kita habis belajar nanti!

untuk hati yang selalu resah,
ketahuilah selalu ada penawar!

kembali pada fitrah.
sujud pada Ilah!










Wednesday 22 January 2014

. . .

Aiwah.

Nak nangis. :(

kembali pd hati yg dulu.
hati yg pernah mengalah.
hati yg pernah berputus asa.

betapa Allah saje yg tahu isi hati.
betapa Allah saje yg tahu macamana rasa.

aku.

tatkala ni.

rasa lemah.

rasa nak,

nangis :'(


..............

Allah.

it seems easy.
but it actually hard.

become harder and harder.

aku ambil semangat pejuang.

tapi aku butuh waktu.

kerana aku lemah berseorang.


memang. aku kata, aku nak bina kekuatan sendiri.
tapi bukan bermakna aku tak perlu siapa pun.

Allah.
Engkau pasti bantu aku,
Tunjuki jalan.

Engkau satu-satunya pergantungan.
aku percaya . aku yakin.






Friday 10 January 2014

kental! kental! kental!

Bismillahirrahmanirrahim.

DULU.
zaman air mata.

SEKARANG,
masih berjihad.
kekal bermujahadah.

"JIHAD?"

Iya, jihad.
Jihad untuk belajar, jihad lawan nafsu.
Jihad untuk menyampaikan walaupun cukup sekadar satu ayat.
Jihad untuk menyumbang.
Jihad untuk melakar sesuatu untuk ummah.

bila aku bersedia untuk coretkan sesuatu di sini, aku rasa semangat.
rasa bahawasanya aku bukan milik aku seorang, tapi aku milik AGAMA!
rasa bahawasanya aku mesti lakukan ini demi ummah, lakukan ini demi Islam!

menyedari bahawa air mata memang takkan pernah berhenti.
ujian takkan hilang, cubaan takkan pernah surut.
airmata takkan pernah kering.
kerana DAKWAH tak pernah hilang.

Andai ia hilang,
hilang lah air mata, hilanglah kesedihan.
hilang segala jenis macam sakit dan derita.

" Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ' Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?"


Duhai sahabatku,
Allah seolah memanggil aku untuk melakarkan sesuatu di sini pg ni.
dan ternyata.. kepada engkau lah duhai sahabatku coretan ini.
aku ingin kau tahu, aku pernah berada di tempatmu satu ketika dulu.
aku pernah menangis bersendirian, aku pernah tahan air mata.

sebab bagi aku, air mata tak patut ada.
air mata itu dulu bagiku tanda lemahnya jiwa.

Ya, memang aku lemah.

di saat, aku menangis, sukarku tahan air mata.
seperti yang kau tahu, ya.. kau tahu aku macamna.
kau tahu betapa lemahnya hati aku ketika itu.
dan kau juga tahu siapa yg memeluk aku tika itu.
kau tahu siapa . kau tahu aku lemah.
kau tahu siapa yg pegang erat tangan aku.
dalam satu bulatan, kita berpegangan tgn, saling menguatkan.

kataku,
kekuatan akan hadir bila kita berpegangan tangan.
kau ingat kan? saat dunia bagai menghempap hati kita semua?
kau rasa perasaan tu sekarang kan?

Ya. aku merasa dulu.
sekarang, perasaan itu berbalik pd engkau.
dan nanti, perasaan itu akan kembali pada hati-hati yg lain pula.

Kenapa?

kerana bukan calang orang yg dipilih, bukan sembarangan yg Allah uji.
bukan sembarangan yg 'disakiti', bukan sembarangan yg 'diluka'
hanya yg jiwanya kental.
hanya yg terpilih.

hanya KITA.

hanya aku, engkau dan mereka yg berada di landasan ini.
hanya kita yg terpilih!

kerana kita kuat, kita mampu!

Buktinya?

walau jauh berbatu aku meninggalkan dakwah itu,
tapi ia bagaikan sudah jadi sebahagian dari aku.

aku jauh berlari,
tapi tetap ia mengekori.

aku jauh berlari,
tapi tetap ia menghampiri.

lantas aku tersedar akan satu hakikat.

kerana aku hidup bukan untuk diri sendiri.
aku hidup untuk orang lain.
aku hidup untuk Allah, aku hidup demi agama.

aku ingin belajar dari sejarah Islam yg gemilang,
belajar membina kekuatan fizikal dari tentera Islam yg satu masa dulu berjaya menguasai 2/3 dunia.
belajar mencari Pencipta dari kekentalan jiwa mereka.

Yeaahhh! '

as they said, " Muslims men were like lions"

kental jiwa, semangat juang itu.

perlu dicari, perlu dibina.
melalui jalan DAKWAH ini.

dan airmata akan jadi temanmu, sahabat karibmu.
mengiringi setiap langkah hidupmu.

" Wahai org2 yg beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

memang sukar. tapi bila ingat janji Allah, yakini Dia.
Allah takkan sia-siakan.

Niat baik Allah pasti permudahkan.
Hanya apabila kita yakin.
sekarang giliran engkau bercucuk tanam,
hasilnya akan kau nikmati masa hdapan nanti.

aku sayang mung. mung kena kuat!
kalau bukan mung, sape yang nak air mata tu?
aku tembak kata-kata ni. aku tembak doa.
sebab tu saje senjata yang aku ada.

Yakinlah! Allah bersamamu.
Moga Allah redhai.

~nukilan taujihat~














Wednesday 8 January 2014

i choose to be strong!

Manusia selalu kata, 
'saya kuat sebab ada Allah.'
tp, bila dtg musibah,
'saya tak mampu, saya tak kuat.' sedangkan,
'bukankah Allah itu tetap ada?'. 

Hari ni kita pun dah lupa, betapa banyak musibah yg Allah dah keluarkan kita dari detik 'sukar' tu.

Sehingga pd saat ni, waktu dan jam ini, 
kita dah lupa apa musibah yg kita pernah alami, mcmna rasa sakitnya, 
dan betapa banyak titisan air mata ygkita dah bazirkan.

Bukan mudah nak kuat, bukan mudah nak jd mnusia tabah dan cekal,
tp kita yg memilih.
Mahu jd org lemah ataupn org kuat?
Mahu berputus asa atau gagahi langkah?
Gagah melangkah itu mungkin berat, 

tp berputus asa bukan bermakna jalan kita akan jadi mudah. 

Kena sedar ITU.

''Apakah manusia mengira bhawa mereka akn dibiarkan dgn hanya mengatakan, 'kami telah beriman?',

dan mereka tidak diuji?"

Ya, memang setiap jalan itu susah,
tp Allah janji setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan.


aku kira Allah memang sengaja uji.
Memang pun.

 Masakan tidak, jika itu satu-satunya cara manusia mampu bersabar.
sedangkan dalam ujian tu, ada kemanisan yg tak mampu diungkap walau dgn kata-kata.
cukup sekadar orang yang merasa sahaja mengetahui.
aku yakin, semua dah merasa kemanisan tu.

cumanya sama ada mereka sedar ataupun tidak.

Ya. sedar.

kerana kegelapan takkan pernah ada kalau kita berusaha untuk mencari cahaya,
petunjuk Allah takkan pernah ada kalau kita yang tidak mahu memulakan usaha.

seperti makanan.
kalau tak disuap, mana kan masuk dalam mulut.

24:35


semoga Allah redha.