Thursday 30 January 2014

berubah kerana Allah


Assalamualaikum.

ready untuk beraksi?

YAAA!!

Semester baru bakal bermula.
Alhamdulillah.

dah tasjil madah (daftar subjek) semua.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Semoga semester baru memberi lagi banyak kebaikan.
pastinya dengan izin Allah :)

bersyukur sgt dah lepas fatrah daftar subjek, insihab idhofah (add/drop)

sekarang ni, kena siap mental fizikal untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
dengan subjek yang makin banyak, kerenah orang sekeliling yang pelbagai.

mohon intabeh!
semoga cekal dan tabah ye semua! :)

Yakini Allah yg senantiasa bersama.
Yakini Dia yang akan bantu kita menguruskan segalanya.

dengan ni,
semoga kita dapat tajdidkan niat belajar.
Dan...

menjadi lebih baik dari hari ke hari.



sebelum tu, kena muhasabah.

Apa yang aku dah buat sepanjang cuti ni?


Sama ada benda yang kita buat tu bawa faedah ataupun tidak?
Agak-agak nisbah yg berfaedah dgn tak berfaedah tu berapa?

Hurmmm.. tanya diri masing-masing ye :D
semoga diri aku dan kamu berjaya menjadikan cuti ataupun setiap masa lapang itu bermakna dgn adanya perkara yang bermanfaat. InsyaAllah, boleh perbaiki lagi!

Sekarang, masuk pada taklifan : (ini adalah taklifan aku)!

Apa tu taklifan?
Taklifan tu ialah tanggungjawab.
so, sekarang ni jom sama-sama fikir apa taklifan kita.

Macam berat je ye panggil taklifan?

Ok, fine..

Mutaba'ah Amal mungkin??

Tak kesah pun.. asalkan benda yang dinamakan tanggungjawab, taklifan ni terbuat .
Dan..

mendapat keredhaan Allah . :)

First,

1. Solat berjemaah. (dgn keluarga , tak pun roomates, syabab mestilah ke surau!)

2. Puasa sunat Isnin Khamis.

3. Masuk tabung masjid/surau/musolla . (even 10 sen , Allah pandang tau)

4. Qiamullail. (kalau susah nak bangun tiap2 malam, letakkan hari )

5. Baca Al-Quran dan mengulang! (tiap-tiap hari neh.. antara maghrib isyak pun boleh)

6. Ma'thurat (lepas subuh dan asar)

7. Baca Yassin tiap-tiap pagi. (amalan masa sekolah dulu, kan? ;)

8. Solat Dhuha!! (ini antara yang penting jugak, sangat...)

9. Tidur awal (untuk nak qiamullail, dan supaya tak terbabas Subuh, INTABEH!)

10. Study/ Murajaah.

11. Telefon mak ayah selalu.

Disebabkan aku ni hamba je.
So, KENA SEDAR DIRI .

aku tak punya sesiapa pun atas dunia ni, melainkan Allah.
so, sedar diri, sedarlah.. kita ni hanya menumpang. hanya HAMBA!
tak perlu SOMBONG dengan Allah. tak perlu lawan perintah Dia.

kalau rasa diri masih lagi tak tutup aurat dengan sempurna.
kena tanya balik ye, Allah pandang aku macam mana?

kalau masih lagi belum solat atau main celup je,
kena tanya, apa yang aku dah buat?

Hitung balik.
Berapa banyak dosa aku buat?
dan berapa banyak nikmat yang aku dapat?

mungkin boleh nisbahkan . Masih lagi sombong? istigfarlah lagi dan lagi.
Allah sayang kita tau.. :)

to be honest,
kalau ikutkan amalan yang tak seberapa, Allah takkan pandang pun.
tapi, sebab kasih dan sayangnya Allah pada kita,
Dia bagi lagi peluang dan peluang untuk kita hidup dari hari ke hari dan perbaiki amalan kita.
perbaikkan diri dan BERTAUBAT.

Apa lagi yang kita nak?
Apa lagi yang tak cukup?

buang ego .
kembali pada tikar sejadah dan tundukkan diri kita serendah-rendahnya pada Allah.
dengan tu, ketenangan akan jadi milik kita.

Dan disebabkan aku jauh dari keluarga beribu batu, aku letakkan taklifan untuk telefon diorang sekerap yang boleh. tugas seorang anak belum selesai, sahabat.
Walau musafir kita ini kerana menuntut ilmu, tapi jangan lupakan mereka!
Inikan lagi yang berada dekat dengan mereka, baliklah jenguk diorang sentiasa.

kerana kita masih seorang ANAK!

DAN disebabkan aku ni masih bergelar pelajar, dan mungkin kamu juga. kan?
so kena SEDAR DIRI, yang kita bukan datang nak enjoy, ni kan lagi nak makan duit mak ayah sendiri ataupun org lain dengan senang lenang.

So, the main point kena belajar sungguh-sungguh dan study smart-smart.

takde sebab lain,

kerana Allah. dan mak ayah kita jugak!
untuk kita sumbangkan sesuatu pada agama dan ummah bila kita habis belajar nanti!

untuk hati yang selalu resah,
ketahuilah selalu ada penawar!

kembali pada fitrah.
sujud pada Ilah!










No comments:

Post a Comment