Monday 27 July 2015

Tenang Menuju Tuhan

Tempat tenangkan fikiran dan cari ilham
Kita manusia memang perlukan masa untuk bersendirian
Untuk kita hitung perlakuan kita
Untuk kita cari di mana dosa kita dengan Tuhan, di mana khilaf kita dengan manusia.

Dalam erti kata lain. Muhasabah !

Teringat lirik lagu kegemaran,
" Biar jatuh ku bangkit semula
Biar lemas ku renangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin berani
Ini lah jalan cintaku
di laluan yang berliku
Tidak mudah, kaki ini melangkah.
Inilah jalan cintaku,
biarpun berjuta batu
Tidak lemah, terus aku melangkah "

Pada pemandangan kota putih ini terselit di celahannya warna
Begitu juga kehidupan kita,
Dalam setiap episod tak semua berkisar duka. Dalam babaknya pasti ada kisah gembira.

Sesekali jatuh tak mengapa, itu biasa.
Yang luar biasanya adalah bagaimana kekuatan kita untuk bangkit melawan kejatuhan.

Di jalan mana pun kita, Allah tidak menjanjikan ia akan jadi mudah.
Tidak pula dijanjikan ia akan jadi sukar.

Tapi Allah janji, bahawa dalam setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan.

Teruskan melangkah walau apa jua cabaran di hadapan
Dan.. jangan lupa untuk menoleh ke belakang
Lihat kalau-kalau ada yang tertinggal
Pimpin tangan mereka sekali

Siapa tahu sebenarnya mereka butuh kita. Mungkin juga hadirnya kita dalam hidup mereka sebagai asbab untuk mereka lebih kuat melangkah.

Ayuh. Kita sama-sama menuju Tuhan. ❤

Selamat belajar dari alam, diri.
Selamat mentadabbur kehidupan dan seisinya.

Allahu ma'anaa (Allah bersama kita)

Friday 24 July 2015

Soal Hati dan Mati

" Salah satu helah iblis nak rosakkan kita yang belajar agama ni, dia sibukkan kita dengan memikirkan JODOH dan melupakan kita soal AJAL" -  #quote

Bukan yang belajar agama je,
tapi semua yang bernama manusia.

Nak cakap pasal nikah ni tak salah kalau ada faedah dari benda yg nak disampaikan tu. Tapi, kalau duk hari-hari update status cakap pasal bergetar tulang rusuk kiri lah, imamku la nak kahwin la apa lah baik simpan niat dan perasaan tu sorang-sorang dulu. Bimbang kalau-kalau syaitan duk 'cucuk hati' sampai kita tak sempat pikir benda lain yang banyak lagi manfaatnya.

Kadang kita buat persiapan dengan persiapan yang paling terbaik untuk bakal jodoh, tapi setiap kali tu jugak la kita lupa dengan persiapan kita bertemu Tuhan kita..

Dan banyak kali kita diingatkan
Berulang kali, berkali-kali !
Jodoh tak pasti
Tapi mati tu PASTI !

Tapi still, kita bersikap sebaliknya
Melebihkan soal hati dari soal mati
Lalai lagi.
Lupa lagi.

Sesekali tanya diri,
Dah bersedia ke belum kita ni nak mati? 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "
7:35

#renunganbersama

Thursday 23 July 2015

Terus Melangkah

" Huda jom tasmik sekarang la boleh? "

" Kak Nadia..."
Meleret.

" Bakpe? dak mboh tasmik lagi ke ? "

Tunduk. 
Dalam hati Allah saje tahu

" Boleh ke ? "
" Ok je .."
" Maaf akak.. cuti ni tak kumpul modal.."
Senyap.

"Hmm akak, saya ada benda nak bagitahu. Boleh tak saya nak berhenti dari menghafal Quran ? "

Allahu Akbar.
A very difficult decision.
I once promised myself not to tell anyone about my feeling through all the hardships in memorising Quran
I one promised myself not to say I WANT TO STOP doing this !

But that sunny day,
I totally a loser

'' Sebab apa Huda ?"

" Saya tak rasa saya mampu jaga. Saya rasa berdosa sangat sebab setiap kali cuti, setiap kali tanpa kelas, saya tak kumpul modal baru. Saya tak mengulang pun. Saya tipu diri sendiri akak.. "

Sambung.
" Banyak kali macamni. Mula-mula cuti semangat, tapi lama-lama kalah jugak. Tak mampu, saya takut balasan tak mampu jaga ayat Quran dalam dada ni akak.. "

" Huda dah pikir masak-masak ke ?"

" Tak tahu.. tapi setiap kali jadi macamni ni saya rasa nak berhenti. Tapi bila fikir balik, rasa macam sayang sangat. Berhenti separuh jalan kot.. kadang semangat, kadang rasa putus asa.."

"Huda.. akak pun macam Huda. Kadang2  kita dah rancang hari tu nak mengulang maqra' sekian sekian tapi last sekali kita tak buat pun. Tapi kita kena ingat, at least kita ada usaha nak jaga ayat quran tu..."

" Kak Nadia..."
Rasa berair mata dengar nasihat dari seorang hafizah 30 juzu' Al-Quran
Tak tahu nak describe rasa apa.

Cuma ayat ' at least ada usaha nak jaga ' tu memang kena tepat kat diri sendiri.

'' Huda..fikir betul-betul. Cari balik semangat yang hilang tu. Kumpul semangat baru. Rasa down cari kawan-kawan yg lain.. jangan pendam sorang2  "

Nak nangis. Lagi.
Rasa nak bangkit semula
Rasa KENA bangun balik!


Hakikatnya
Hati ni  tak pernah rela untuk bagitahu nak berhenti.
Sikit pun tak redha
Cuma waktu tu diri ni perlu kata semangat yang baru.

Kadang2 rasa down
Rasa lemah nak berhenti bukan dari keinginan hati kita
Cuma kita perlu semangat baru
Perlu taujihat dan tausiyah dari mereka

Sepertimana kadang2 ada sahabat yang sudi cerita masalah mereka,
Kadang2 kita tak mampu pun untuk bantu selesaikan masalah mereka


Tapi paling tidak, kita berjaya tenangkan hati mereka.
Berjaya hulurkan tangan
Pinjamkan bahu dan saling menggagah

Futur bukan bermakna pengakhiran jalan.
Tapi boleh jadi itu tanda hati kita perlu semangat baru. Cari kembali semangat tu dan teruskan melangkah ! Walau jatuh sekalipun, jangan lupa untuk bangkit kembali.

Irbid, Jordan
1:48 AM
230715

Saturday 18 July 2015

Raya di Perantauan #2 (Terus Beristiqamah)

Sedar tak sedar
Kita sudah melepasi Ramadhan
Sudah masuk 1 Syawal 1436 Hijrah.

Hijrah
Segalanya mungkin berhijrah
Dari puasa, tak puasa, dari syaitan diikat, dan kini syaitan kembali 'dilepaskan'
Dari iman naik hingga iman naik turun kembali 

Sahabat
Melewati Ramadhan tidak menjanjikan kita berubah menjadi baik selamanya.
Kerana perubahan itu berlaku bukan sehari dua, bukan sebulan dua, bukan juga setahun, dua tahun, bukan juga puluhan tahun !

Dengan iman senipis bawang ni sahabat,
Proses berubah itu bahkan mungkin seumur hidup !

Hijrah itu cinta
Hijrah itu istiqamah
Hijrah itu butuh mujahadah !

Melewati Ramadhan tak menjanjikan kita akan menjadi 'malaikat'
Kerana hakikatnya apa ?
Hakikatnya betapa ramai yang 'mengundang' kembali syaitan dalam diri mereka.

Tanpa sedar.

Paling penting, melewati Ramadhan itu tidak menjanjikan kita bertemu kembali dengan 'tetamu special' ini tahun seterusnya.
Semua dalam rahsia Allah

Raya dua tahun sekali (Aidilfitri dan Aidiladha)

Tapi Ramadhan ?
Ya..Setahun sekali dan perginya takkan ada ganti. 


Kekalkan penghijrahan.
Terus beristiqamah !


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
(Fussilat : 30)


" Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "


Moga-moga, syurga.

Friday 17 July 2015

Raya di Perantauan #1

Menyelit untuk tulis sesuatu hari ni di tengah kesibukan buat prep for raya.

[Define your own definition of 'Raya']

Hari ni buat persiapan untuk raya esok bersama sahabat2 satu batch.
Kalau takde dorang ni, hambar raya tahun ni. sungguh!

Mujurlah berpagian sampai malam hari ni dari iftor sampai ke rewang untuk sambutan raya esok. Happy!

Ceritanya. Define ur own definition of raya.  So guys, what is your definition of raya ? :)

Ada orang kata, raya tu lepas sebulan puasa. Yes, indeed true. Memang betul benda tu. Fakta.

Some others said, raya ialah waktu kita kumpul dengan keluarga, jumpa ziarah makan-makan dgn kawan, hari kita bermaaf-maafan. Yang jauh dekat-dekatkan, yang dekat kita bagi lagi dekat.
Lagi kenal.

Tertarik dengan yang kata,
" Raya ialah hari kita kumpul dengan keluarga, jumpa ziarah ..... "

So macamana dengan anak perantau ni ? :D Tak dapat jumpa keluarga, kawan-kawan.  So bermakna takde raya ke ?
No no. That's why we define our OWN definition of raya.

And my definition of raya is,
Asal ada tempat raya, hari raya, dengan solat sunat raya, dah cukup dah tu.
Raya tetap raya, walau di mana pun kita. :')

Raya hari kita bergembira, walau di mana pun kita, kena sambut dengan sehabis baik dan penuh bersederhana. And that's it.

So, wanna ask. What is your definition of raya ? 😊

Thursday 16 July 2015

Nota Syukur #2

"Huda tak sedih ke tahun ni tak puasa dengan family?"

Ada orang tanyakan soalan ni pada saya.
Soalan paling susah.  😉

Well, tiap-tiap tahun tak pernah 'miss' Ramadhan bersama keluarga

Dapat terawih sama-sama.
Sahur sama-sama
Iftor sama-sama

Tersangatlah nikmat !

Tapi takdir kali ini
Tak dapat walau sehari berbuka bersama keluarga, sedih sangat.
Tipu la kalau tak sedih kan :')

Tapi takpe, jangan sedih dulu.
Allah ada perancangan-Nya :)

Kerana Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya. Dan kerana Dia merancang dan memberi sesuatu yang lebih dari sangkaan hamba-Nya. Alhamdulillah, diizinkan dapat merasa Ramadhan yang sangat bermakna di dua tempat yang sememangnya semua orang mahu jejakkan kaki ke sana.

Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berganda-ganda nikmat !

Alhamdulillah.
Ramadhan kali ini terlalu banyak benda yang saya wajib syukuri.

Untuk sampai ke bulan mulia ini sudah nikmat, lalu bagaimana dengan nikmat-nikmat yang diperolehi sepanjang tempoh Ramadhan yang tak terhitung banyaknya ni ?

Banyak, banyak sangat.

Makanya, syukurlah selalu.
Kita mungkin takkan dapat merasa nikmat yang sama untuk Ramadhan seterusnya. Bahkan perihal sampai ataupun tidak, pun kita tak tahu.

Rasa nak laung sekuat hati,

" Ramadhan jangan pergi !! "
'' Teruskan bersama kami, jangan! Jangan tinggalkan kami !! "

Pun begitu.
Kita ini hamba Tuhan,
Bukan hamba untuk sebulan

Ramadhan tetap akan pergi
Dan begitu usai pintunya tertutup rapi,
kita takkan mampu menghalangi

Dan begitu lah.
Tahun ini dia takkan muncul lagi

Cuma mampu meminta,
Semoga masih ada Ramadhan untuk kami.

Ya Rabbi, andai ini Ramadhan terakhirku...
Jadikan ini Ramadhan yang terbaik sepanjang hidupku.

Tuesday 14 July 2015

Nota Syukur #1

Masih berkira-kira
Menghitung nikmat apa lagi yang tidak diberi Tuhan pada hamba ini
Untuk nak hitung nikmat yang dapat, memang tak mampu.
         
Yang mampu buat cuma hitung apa lagi tidak diberi Tuhanku dari senarai yang aku mahu. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar perkara aku senaraikan.
Dari sekolah rendah sampai menengah, sampai jejak universiti
Dari umur belasan sampai sekarang
         
Tersedar.
Banyak sungguh yang aku minta.
Dan banyak sudah yang aku terima.
         
Persoalan sekarang,
Apakah yang sudah aku beri untuk Tuhanku ?

Sunday 12 July 2015

Belajar Untuk Melepaskan

Tak boleh nak move on lagi dengan apa yang jadi di Haramain. Sebenarnya.
         
Tapi sebab Allah izinkan,
Rasa ada kekuatan 'to let it go'
Jadi rasanya, memang la.
Memang manusia tak mampu nak berpegang pada apa yang dia rasa semata-mata sebaliknya kena belajar untuk melepaskan rasa tu sedikit demi sedikit walaupun hati masih berharap
         
Baru je belajar untuk dapat harapan baru
Tapi rupanya Allah sengaja 'memalsukan' harapan ni supaya di depan sana kita lebih tenang dan bijak membuat keputusan :)
         
Dan syukur. Rasa tu dah mula reda
Yakin tu makin hari makin hilang
Takpe. Kalau pun itu bukan tanda,
Boleh jadi itu ujian.
Dan ujian itu tak pernah merugikan
         
Bab hati perasaan ni
Bukan perkara yang biasa-biasa
Jadi mohon kunci dulu untuk seketika.
Serahkan urusan ni pada Allah dalam masa yang sama doa yang terbaik.
         
Jangan minta untuk diri cepat buat keputusan. Dan tolong jangan letak harapan pada manusia, manusia kadang tak mampu lunaskan harapan kita. Tapi gantung yakin pada Dia. Pasti, pasti yang terbaik untuk semua.

Wednesday 1 July 2015

Tips berjaya dalam SPM

Entah kenapa hari ni rasa nak share tips-tips berjaya dalam SPM.

Mungkin sebab terinspirasi dengan pertanyaan junior sekolah yang bertanya tadi. Thanks dik 😊

Firstly nak bagitahu. Akak ni bukanlah scorer yang dapat keputusan cemerlang setiap kali exam pun. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat 10A even 1A lagi tu hilang entah kemana 😂
Allah belum rezekikan untuk itu.

Apa pun alhamdulillah.
Kejayaan ni lah yang menghadiahkan air mata gembira pada akak dan pada ahli keluarga semua. Dan berjaya menempatkan akak di tempat akak berada sekarang.

For your information, sekarang ni akak belajar jurusan Bahasa Arab. Nak tahu kenapa pilih bidang tu?
Yang tu kita cerita lain kali ye.
Entry lain pulak.

Okay. Sekarang fokus.

Untuk tips-tips berjaya dalam SPM

First sekali tajdid niat.
Tajdid @ perbaharui niat kita.

Apa sebab kita belajar ?
Kenapa aku nak sangat dapat Straight A's dalam SPM ni ?

Yang ni biar jelas. Letak niat yang baik, supaya di akhirnya kita dapat kejayaan yang baik juga.

Walau apa pun niat kita, jangan lupa untuk letak niat kita yang first sekali ialah,

Kerana Allah.

Second, usaha.
Akak sukalah untuk berkongsi satu bait syair oleh Imam As-Syafie yang dirakamkan dalam syairnya :-

"فانصب فإن لذيذ العيش في النصب"
Berpenat-penatanlah. Sesungguhnya kelazatan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Ya. Kita berpenat-penatlah dalam setiap benda sebab dengan rasa letih itu ada kelazatan hidup. Bila kita boleh rasa ? Macamana nak rasa lazatnya hidup ni ?

Then usahalah. Di hujungnya ada kejayaan, di situlah kemanisannya
Penat sekarang, tapi manisnya tu kemudian. Best kan ? ☺

Third. Doa
Doa ini penting.

Ingat, '' Doa itu senjata orang Mukmin"
Jadikan doa sebagai silah (senjata) kita yang orang lain mungkin tak punya, tapi kita punya.

Doa. Buat solat hajat.
Kalau boleh jangan tinggal.
Ingat, ini senjata kita.
Doakan diri kita dan orang lain
Sentiasalah berdoa dan minta didoakan terutama doa daripada ibu dan ayah kita  (selagi mana mereka masih ada, mintalah doa mereka ☺ )

Mudah-mudahan doa tu dimakbulkan Allah.

Last sekali. Tawakal
Apa itu tawakal ?
Tawakal itu kita menyerahkan segala-galanya pada Allah setelah usaha.
Kalau boleh kepercayaan tu 200% pada Allah. Yakin Allah akan bagi yang terbaik

Sepertimana firman Allah :
(فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ)
" Dan apabila kamu sudah berazam(sesudah usahamu) maka bertawakallah pada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal " [Al-Imran :159]

Serahkan segala-galanya.
Kita dah berusaha, dan biar Allah yang tentukan natijahnya.

Untuk akhirnya, buat adik-adik kesayangan,
(وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ)
" Mereka merancang, Allah merancang, dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang "

Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Jangan takut untuk merancang masa depan kita. Jangan takut menggantung impian setinggi langit.
Selagi puncak belum kita jejaki, selagi penghujungnya belum kita ketahui.

Jangan takut mendaki.
Jangan takut menggagahkan kaki.
Jangan henti berlari.

Bila kita berhenti,
kejayaan pasti takkan kita miliki.
Tapi selagi langkah kita berani,
kejayaan pasti kita kecapi !

Lambat atau cepat, semua itu berhikmah.
Yang paling penting, usaha dan jangan berhenti sebelum sampai di penamat.

Gantung tinggi impianmu dik.
Agak kelak kau tak menyesal di kemudian hari. 😊

Selamat melangkah untuk semua yang inginkan kejayaan dalam hidup mereka.
Hakikatnya ini bukan untuk adik-adik SPM sahaja, tapi ini hakikatnya. Rahsia kejayaan dunia akhirat kita ☺

Selamat lah duhai, selamat.
Selamat terbang tinggi !