Wednesday 1 July 2015

Tips berjaya dalam SPM

Entah kenapa hari ni rasa nak share tips-tips berjaya dalam SPM.

Mungkin sebab terinspirasi dengan pertanyaan junior sekolah yang bertanya tadi. Thanks dik 😊

Firstly nak bagitahu. Akak ni bukanlah scorer yang dapat keputusan cemerlang setiap kali exam pun. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat 10A even 1A lagi tu hilang entah kemana 😂
Allah belum rezekikan untuk itu.

Apa pun alhamdulillah.
Kejayaan ni lah yang menghadiahkan air mata gembira pada akak dan pada ahli keluarga semua. Dan berjaya menempatkan akak di tempat akak berada sekarang.

For your information, sekarang ni akak belajar jurusan Bahasa Arab. Nak tahu kenapa pilih bidang tu?
Yang tu kita cerita lain kali ye.
Entry lain pulak.

Okay. Sekarang fokus.

Untuk tips-tips berjaya dalam SPM

First sekali tajdid niat.
Tajdid @ perbaharui niat kita.

Apa sebab kita belajar ?
Kenapa aku nak sangat dapat Straight A's dalam SPM ni ?

Yang ni biar jelas. Letak niat yang baik, supaya di akhirnya kita dapat kejayaan yang baik juga.

Walau apa pun niat kita, jangan lupa untuk letak niat kita yang first sekali ialah,

Kerana Allah.

Second, usaha.
Akak sukalah untuk berkongsi satu bait syair oleh Imam As-Syafie yang dirakamkan dalam syairnya :-

"فانصب فإن لذيذ العيش في النصب"
Berpenat-penatanlah. Sesungguhnya kelazatan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Ya. Kita berpenat-penatlah dalam setiap benda sebab dengan rasa letih itu ada kelazatan hidup. Bila kita boleh rasa ? Macamana nak rasa lazatnya hidup ni ?

Then usahalah. Di hujungnya ada kejayaan, di situlah kemanisannya
Penat sekarang, tapi manisnya tu kemudian. Best kan ? ☺

Third. Doa
Doa ini penting.

Ingat, '' Doa itu senjata orang Mukmin"
Jadikan doa sebagai silah (senjata) kita yang orang lain mungkin tak punya, tapi kita punya.

Doa. Buat solat hajat.
Kalau boleh jangan tinggal.
Ingat, ini senjata kita.
Doakan diri kita dan orang lain
Sentiasalah berdoa dan minta didoakan terutama doa daripada ibu dan ayah kita  (selagi mana mereka masih ada, mintalah doa mereka ☺ )

Mudah-mudahan doa tu dimakbulkan Allah.

Last sekali. Tawakal
Apa itu tawakal ?
Tawakal itu kita menyerahkan segala-galanya pada Allah setelah usaha.
Kalau boleh kepercayaan tu 200% pada Allah. Yakin Allah akan bagi yang terbaik

Sepertimana firman Allah :
(فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ)
" Dan apabila kamu sudah berazam(sesudah usahamu) maka bertawakallah pada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal " [Al-Imran :159]

Serahkan segala-galanya.
Kita dah berusaha, dan biar Allah yang tentukan natijahnya.

Untuk akhirnya, buat adik-adik kesayangan,
(وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ)
" Mereka merancang, Allah merancang, dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang "

Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Jangan takut untuk merancang masa depan kita. Jangan takut menggantung impian setinggi langit.
Selagi puncak belum kita jejaki, selagi penghujungnya belum kita ketahui.

Jangan takut mendaki.
Jangan takut menggagahkan kaki.
Jangan henti berlari.

Bila kita berhenti,
kejayaan pasti takkan kita miliki.
Tapi selagi langkah kita berani,
kejayaan pasti kita kecapi !

Lambat atau cepat, semua itu berhikmah.
Yang paling penting, usaha dan jangan berhenti sebelum sampai di penamat.

Gantung tinggi impianmu dik.
Agak kelak kau tak menyesal di kemudian hari. 😊

Selamat melangkah untuk semua yang inginkan kejayaan dalam hidup mereka.
Hakikatnya ini bukan untuk adik-adik SPM sahaja, tapi ini hakikatnya. Rahsia kejayaan dunia akhirat kita ☺

Selamat lah duhai, selamat.
Selamat terbang tinggi !

No comments:

Post a Comment