Thursday 31 December 2015

Setiap kali lepas exam akan mesej mak. Minta restu dan doa. Dan setiap kali tu jugak mak selalu ingatkan belajarlah, jangan malas.

Mak kata,
Sungguh-sungguh dalam belajar.
InshaAllah pasti Allah mudahkan.
Hakikatnya tak mudah

Mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Nak senang-senang kita bersenang lenang lah di sana nanti
Di syurga.

Sahabat, mengeluh itu biasa
Sakit itu biasa
Terluka pada jalan itu pun biasa
Sebab hidup kita tak bermakna tanpa semua tu
Kita hidup hanya sekali, bagaimana boleh kita merasa udara yang kita dapat hari-hari ni tiada imbalannya?
Bagaimana kita boleh merasa nyawa yang kita ada ni kekal selamanya?

Barangkali untuk sedetik ini kita lupa bahawa nyawa kita ini hanya pinjaman
Udara ni nikmat, yang ada sesuatu yang kita perlu lunaskan sebagai ganti

Bagaimana kita boleh selamba berjalan dengan lengan terdedah, terbuka sana sini, tapi dalam masa kita hirup udara dari Dia ?

Setiap kali nak buat sesuatu, perlu ingat
Ada balasan dan ganjarannya nanti
Nak buat, buatlah
Tiada yang boleh menghalang
Tapi ingat, yang akan tanggung sakit yang tiada penawarnya itu nanti ialah KITA.

Wednesday 23 December 2015

Nota Pelangi #1

#Pelangi1
Dan kepahitan yg perlu kita terima pd ummat yg mengaku berjuang pada zaman ini ialah bilamana mereka hanya merasa seronok dgn tarbiyah untuk diri mereka sahaja tapi tidak mahu berkongsi kemanisan tarbiyah dengan yg lain
Bilamana mereka sibuk bertelagah hanya kerana sedikit khilaf, y pada hakikatnya mereka mampu cari titik persamaannya di mana

Lebih teruk, kita bercakap
tapi kita tak buat
Bicara soal ukhuwwah
tapi dengan 'mereka yg bersama' sahaja. Sampai syurga,katanya. Tapi lupakan persaudaraan dengan y lainnya
Kita bercakap soal tarbiyah seolah kita paling hebat, sebab apa ? sebab bagi kita, kita rasa manisnya tarbiyah tu di mana. Tapi mereka di luar sana?

Adakah kerana mereka yg tak mahukan tarbiyah ? Takk. Kalau ditunjuk jalan, mereka juga pasti mahu bersama.
Tapi apa yg jadi masalahnya dengan sebahagian ummat zaman ini ?
-"Kerana org yg mengaku ditarbiyah hanya sibuk dengan tarbiyah zatiah sahaja."-

Hakikatnya, orang dah tak mahu lihat manisnya tarbiyah yang kamu rasa, tapi apa yang mereka mahukan ialah kongsikan manisnya Islam pada mereka!

😊

Saturday 19 December 2015

Catatan Tarbiyah

Selalu cuba berlari
Berlari jauh dari medan tarbiyah
Semakin dilari semakin dia datang mendatangi
Semakin cuba ditolak semakin mereka datang pujuk diri
Aku kira jauh sudah aku berlari
Tapi tetap ia masih mendekati
         
Tarbiyah.
Pernah minta ditarbiyah. Dapat.
Tapi tak pernah minta jadi salah seorang dari mereka yang memberi tarbiyah
Sebab tahu. Diri hanya layak jadi mutarabbi, bukan murabbi, ini kan lagi muharrik.
Berat. Terpaksa gagahkan
Lemah. Tapi ada 'adik beradik' yg menguatkan.
Kata mereka, kita kena isi jalan ini dengan kemenangan!

Wednesday 9 December 2015

I'm Strong Enough

Sepanjang 20 tahun hidup ni
Tak pernah sekali terfikir nak sambung pengajian ke luar negara
Sebab sedar semua tu perlu duit banyak
Dan yang nak tampung kos pengajian tu nanti mak ayah. Memang mak ayah tanggung kos semua pengajian anak-anak dengan titik peluh sendiri. Tidak ada seorang pun kami adik beradik yang tak dapat sambung belajar ke pengajian tinggi melainkan seorang, abang yang sulung. Itu pun sebab abang pesakit OKU. Sebab tak nak susahkan mereka, bagi kami adik beradik kalau dapat belajar dalam negara pun dah cukup memadai. Dan alhamdulillah tinggal 3 orang lagi yang belum tamat pengajian. Yang lain dah berjaya dengan kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, semua bergelar pendidik :)

Dan kerana rezeki tu Allah yang bagi
Dan kerana doa mereka yang tak pernah henti, alhamdulillah. Ada dua orang dari kalangan kami adik beradik yang dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara. Seorang di UK dalam jurusan Occupational Therapy (Special Education) dan seorang lagi di Jordan, jurusan Bahasa Arab. Dan kedua-duanya dapat tajaan biasiswa penuh oleh tajaan yang sama Alhamdulillah.

Belajar di luar bukan satu benda yang mudah sebenarnya. Jauh di sana, orang kampung kagum. Saudara mara tak henti luahkan rasa bangga. Tapi orang di sini, yang tak berada di tanahair terpaksa menahan rasa berjauhan dari keluarga.

Bukan mudah. Ditambah sistem pelajaran di Jordan khususnya perlu juhud yang agak tinggi sebenarnya. Dengan exam yang berderet. Kadang-kadang seminggu exam, tiga minggu selepas tu dah start exam balik.
Susah. Tapi kena tempuhi. Hakikat yang perlu manusia sedar ialah, susah tu ada di mana-mana, walau di mana pun kita dicampakkan. Dan sedar ataupun tidak kesusahan itu lah yang menjadikan kita manusia yang kuat luar dan dalam.

Bersyukur kerana kita masih punya mak ayah yang tak lekang bagi kata semangat. Yang selalu ingatkan diri ni pada erti usaha, tawakal dan doa

Especially maa. Selalu ingatkan,
''Study lah.. moga Allah permudahkan.."
"Tawakkal alallah.."
"Rabbi yassir wa la tu assir, wa atmim bilkheir..jangan lupa doa ni.."


Wea pulak (Wan-panggilan untuk ayah)

Kata maa, 

"Tadi pagi Wea solat hajat untuk Huda moga boleh jawab exam nanti."

Ayah. Begitulah.

Perbuatannya saja dah cukup menunjukkan bahawa mereka sayang kita sangat. Terima kasih Wea. Feeling wanna cry everytimes Maa bagi ayat touching macamni.

Bersyukur. Dalam susah tu doa dari mereka tak pernah tak ada
Tak pernah putus selagimana ada mak dan ayah yang jauh di mata
Tapi doa telah mendekatkan kita.

Kan maa,wea ?

Rindu?
Mestilah rindu. Orang belajar dalam Malaysia pun rindu, inikan lagi yang belajar luar negara ni yang hari-hari dapat gambar dari Whatsapps keluarga. Menatap wajah mak, ayah, adik beradik, anak saudara, tak rindu? Tipu tak rindu.
Hari-hari terpaksa tahan rasa.

Berbaki kurang 2 tahun
(InshaAllah doakan)
Masih panjang aku kira
Berbekalkan harapan mereka, apa pun kena lalui. Apa pun kena tabah, kena cekalkan hati, kuatkan langkah, yakin dengan Tuhan.

Hidup mesti berani teruskan langkah
Sampai kaki letih menapaki
Sampai jatuh kerana mati!

Allahu yusahhil
Allahu Mustaan

Saturday 5 December 2015

Putaran Kehidupan

Tak mudah untuk menjiwai watak dalam hidup ni
Dalam satu diri, ada bermacam watak
Dalam satu hari, ada pelbagai cubaan dan dugaan
Kadangkala kita tak daya tapi kita terpaksa teruskan
Kita tak kuat tapi kita kena sabar melawan
         
Kita selalu diingatkan bahawa hidup ni ibarat putaran roda
Kadangkala kita diatas
Kadangkala kita dibawah
         
Putaran kehidupan. Itu lumrah
         
Satu hakikat yg kita kena telan ialah hidup yang kita jalani hari ni tak sama seperti semalam
         
Dan helaan nafas hari ni ialah untuk mengubah apa yang kita tak mampu realisasikan semalam
         
And that's the reason we have to live
No matter how hard it is.

Wednesday 2 December 2015

Hati Perempuan

Hati kita ni segumpal darah yang sgt susah nak jaga..

Hati kita ni.. duhai wanita, tercipta dalam keadaan fitrah yang saangat lembut
pantang usik sikit, kita terasa
kita sensitif, kita cepat nangis
semua sebab hati.
         
Kadangkala bila org cakap,
"Jangan nangis.."
Lagi lah kita rasa nak nangis
orang cakap,
"Jangan pendam sorang2."
Lagi kuat kita nangis
         
Hati perempuan, susah nak faham kan? :')
         
Semua gara-gara hati
Sebab tu, hati kita ni duhai..
Jaga baik-baik
Kadang kita mudah sangat jatuh sayang
mudah 'tersuka' tanpa sedar kita cemari hati kita
Kita letak Tuhan nombor 2
Tak sedar pun.. tapi tu lah hakikatnya
         
Yg kita tak mampu telan
Yg kita cuba nafikan, sekarang.
         
Jaga taman kita sebaiknya
Kerana di dalamnya ada kita, sang bunga.
Biar ia kekal jadi taman larangan yang mana bunganya hanya untuk mereka yang berhak memetiknya.
         
Kita ni bunga, sekuntum bunga wangi yang kita nak bawa jumpa Tuhan dalam keadaan "qolbun salim"
         
Kan ?
Moga-moga :)
         
-Langit Pelangi-
011215 - 9:40 PM
Irbid, Jordan

Monday 30 November 2015

Biasa

Aku
Manusia biasa
Ada waktu imanku naik
Ada waktu imanku turun
Aku kira itu biasa

Aku
Manusia biasa
Yang tak lekang berbuat dosa
Yang kadangkala aku lupa
Dan aku kira itu juga biasa

Aku
Manusia biasa
Berharap untuk lupa semua
Berharap untuk pergi

Jauh
Jauh dari asyiknya dunia
Yabg menjerut pangkal leher ku sendiri

Aku benci
Benci. Mengingat kelam hitam yang dulu pernah bertapak di sini
Benci.

Aku nak lupakan semua

Setiap hari
Aku berdoa
Menjadi insan baru
Yang tak pernah tenggalam dalam dosa
Insan baru yang ingat dosa pahala

Hari ni aku ingat
Esok aku lupa lagi
Adakah itu biasa ?

Tak. Itu bukan biasa
Kerana seorang mukmin takkan jatuh pada lubang yang sama dua kali!

Ingat tu.

Thursday 19 November 2015

Keyakinan Dari Tuhan

#قصتي مع القرآن
Sebenarnya hari kejadian tak sempat study banyak, tak sempat murajaah semua. Disebabkan kekangan2 hari sebelumnya

Risau bimbang berdebar
Sampai depan markaz
Lama berdiri (sambil pandang pintu)
Memang ala-ala dalam drama gituu.
Serius lama terpacak depan tu
Sampai lah teringat kata-kata,

"Doakan sahabat-sahabat kita yg exam ini. Semoga berkat dan mudah semuanya."

Tambah teringat kata2 seorang akak,
satu persatu.

"Ingat, kita ada satu lagi kuasa yang 'diatas' satu-satunya yang boleh bantu kita."

(Sambil wajahnya mendongak ke langit, tangan tunjuk ke atas)
............................................................
Waktu tu Subhanallah kata-kata kak alang sampai terus ke lubuk hati.
Bertambah kagum "Subhanallah Subhanallah" apabila melihat biru dan lapangnya langit waktu tu.

Berbumbungkan langit tuhan,
Berbekalkan azimat sahabat seperjuangan
Tawakal. Kena tawakal.

Mungkin rasa berat dan tak mampu sebab rasa kurang usaha, sebab tu takut.

Tapi itu kudrat kita, bukan kuasa Tuhan.
Yang berat boleh jadi ringan
Yang susah boleh jadi senang.

Rasa tenang berganda sebab mampu tepuk bahu kawan, tenangkan orang lain even dalam hati waktu tu tuhan saje yang tahu.

Dan alhamdulillah hari ni Allah buktikan lagi (walaupun sebenarnya takde istilah 'membuktikan')

Bahawa sesungguhnya Dia punya kuasa membatasi kudrat manusia yang ada. (sujud syukur)

Sedikit pesanan dari insan kerdil yang baru kenal Alquran ni.
Dulu rasa Alquran tu biasa2 je
Tapi bila dah kenal, baru tahu
Alquran ni sahabat yg sgt luar biasa.

Alquran tu makin banyak kamu baca
Makin sikit ilmu yg kamu rasa
Makin banyak kamu hafal
Makin tamak nak tambah lagi
Hafalan demi hafalan

Biar tamak kita tamak yang baik
Tambah hifz jadid
Jangan tinggal murajaah

Jangan sesekali tambah hafalan
Tanpa faham surat cinta dari Tuhan ❤
Ciptalah kenangan anda bersama Alquran.
Saya sudah. Anda bagaimana?

Monday 16 November 2015

Break The Expectation Guys!

Orang yang tidak berada pada sesuatu jalan
Dia tidak tahu jalan itu bagaimana
Dia tidak tahu apa yang ada di kiri dan kanan
Jua tidak tahu apa cabaran dan dugaan di hadapan
         
Makanya mereka tak tahu
Seperti apa jalan ini
Sesukar mana jalan yang harus dihadapi
Seindah mana pertolongan yang didapati
Sejauh mana pergantungan pada Ilahi
         
Kerana mereka tidak berada pada jalan ini
Mereka tak tahu
Makanya mereka hanya tahu berkata itu dan ini
         
Tanpa mahu memahami
Jua datang mendekati
         
Bersangka-sangka
Itu yang 'membunuh' hati
         
"Break the expectation guys.
We are not born to judge others."
         
:)

Thursday 22 October 2015

"Futur. Apa yang aku dapat?" -Syifaa

Dan Syifaa berjalan pulang dari jamiah bersama seorang sahabat, Hajar.
" Syifaa tahu tak, ada sorang sahabat kita tengah futur ?"

" Iya? Sape tu ? "

" Khaulah. "

"Allahu yushfiina. Sebenarnya Syifaa pun tengah futur. Hajar tahu x ?"

" Syifaa.. " *gosok belakang*

" Takpe je, jom.. kita singgah kedai. Ade benda nak cerita "

"Hajar, faham je kalau si fulan tengah futur. Sebab benda tu sekarang Syifaa tengah rasa. Ni waktu sukar untuk dia. Bagi dia masa, futur bukan bermakna rebah. Sampai satu masa, kalau dia sayangkan jalan juang ni, dia akan bangkit, dan sape tahu waktu tu dia akan jadi lebih kuat."

"Syifaa.. Maaf. Hajar rasa bersalah. sebab tak tanya sebelum ni. Syifaa okay ke ni?" *pegang tangan*
         
Dan inilah kemanisan punyai 'adik beradik'
Manis sampai semut pun mencemburui :)

''Okay, inshaAllah. Hajar, kita dah banyak dengar cerita orang2 yg futur. Sebenarnya dia ada masalah. Dia rasa dia sorang2 dan dia tunggu je org tanya dia ada masalah ke tak. Tapi Syifaa personally, tak nak jadi macamtu. Instead of waiting, kenapa tak kita dulu yang tanya dan bercerita?"

"Syifaa..." *kesat air mata*

Hajar, semoga Hajar setabah Hajar :)
"Hajar tak merasa lagi dan dan tak mustahil akan merasa nanti."
"Ya. Tapi Khaulah.."

"Hajar.. ingat. Ada yang futur sampai sekarang dia belum mampu bangkit. Bagi Khaulah masa. Sampai satu masa, dia sendiri akan sedar, dan bertanya.
Kalau aku futur lama, apa yg aku dapat ? Tak dapat apa-apa, melainkan rasa sakit yang lebih lagi. So kalau futur, jangan futur lama-lama okayy?" :)

Hajar tak futur. Tapi perbualan selama sejam setengah tu berakhir dengan kata-kata dari Hajar,
"Syifaa, Syifaa nak tahu something tak?"
"Ya?"

"You have the ability to make your story as my story."

"Means ?"
"Hajar rasa seolah berada di tempat Syifaa. Syifaa yang lalui, tapi Hajar yg terinspirasi."

Kesat air mata.
Kerana Syifaa masih seorang Syifaa yang dulu. Yang selalu bermain dengan emosi.
Dari hati ke hati.

"Dah. Jom balik."

Semoga Hajar setabah Hajar
Dan Syifaa terus jadi pengubat

Tuesday 20 October 2015

Mengadu Pada Tuhan

''Widad, kalau enti ada masalah, jangan lupa adukan pada Tuhan."
         
"Ya. Betul,selalu. Tapi Syifaa lah orang pertama yang ana akan cerita kalau ana ada masalah."
         
"Widad, kita takkan selalu bersama. Widad kena belajar untuk sentiasa 'bersama' dengan Tuhan. Dia satu-satunya yang kekal."
         
"Bersama Tuhan? Em. Tak faham."
         
"Ya. Mengadu hanya pada Tuhan di tempat yang paling tenang. Cuma ada bicara kita dan Tuhan, di tempat yang terbaik. Widad tahu tak kat mana.?"
         
"Kat mana.?"
         
         
"Dalam hati."
         
Hati kita ada padanya cinta untuk yang paling layak dan terbaik.
Berbicara lah.
         
Kerana di situ letaknya cinta

Sunday 18 October 2015

Menuju Syurga Yang Abadi

Sakit

Bila minggu ni kerja nangis je
Serius tak mahu nampak lemah depan siapa pun. Tapi sakit. Sakit

Dan paling sakit.
Bila hari ni menangis masa kena tebuk hafalan. Sebak tapi tahan.

Rasa diri boleh.
Dah murajaah kat rumah
Murajaah murajaah sampai tak pergi program, tak turun buat pape pun.
Murajaah je kerja

Tapi orang tak tahu usaha kita .

Sakit sebab banyak benda kena pikir.
Banyak benda tak settle
Banyak benda yg orang minta kita buat
Banyak benda kena buat
Dalam masa otak tengah jalan pun, tenaga pun gerak sama

Sampai takde daya.
Rebah. Sungkur.
Nangis.

Kena tebuk hafalan hari ni
Tapi bila sampai depan cikgu tasmik, tebuk beberapa tempat, tak boleh go on.

Kena marah.
" Huda boleh tak sebenarnya ni ?"
" Maaf akak. tak boleh..."

Keluar lah air mata.
Orang lain tak rasa apa yg kita rasa
Orang lain nampak kita kuat
Orang nampak kita boleh segala segi
Orang lain nampak kita senyum
Happy. Takde masalah

Tapi sebenarnya tak
Dalam hati kita tengah sakit
Dalam hati ni parah

Kerana langkah kaki seolah letih menapaki
Hati kecewa sampai sakitnya kita tak sanggup nak tanggung sendiri

Hakikatnya memang kita manusia
Tak lari dari rasa beban

Lemah letih rasa tak mampu

Sakit terluka

Itu biasa

Ikut hati, nak angkat kaki

Ikut rasa, lama dah jauh hati

Ikut hati dan rasa, nak fokus sepenuhnya pada Al-Quran dan pelajaran.

Tapi kita juga punya tanggungjawab

Sebab hidup kita ini bukan sepenuhnya hak kita.

Dalam kehidupan ni, ada hak orang lain yang sudah menjadi sebahagian dari tanggungjawab yang kita kena tunaikan

Bila kita dah mula rasa sakit
Dan memberontak untuk memenuhi kehendak dan keinginan kita, tapi malangnya kita terpaksa korbankan demi orang lain. Maka pada saat itu, benarlah.

Kita sedang berkorban
Menuntut janji Ilahi
Menuju syurga abadi.

Hari ni menulis

Bukan nak mengadu

Hakikatnya benda ni dah lama

Dari dulu tak pernah lari dari diberi taklifat

Jauh sekali kerana simpati

Sebab jauh di lubuk hati, tiada yang lebih memahami. Kecuali Dia

Tak minta dibantu untuk selesaikan masalah, kerana coretan ni terlebih dahulu dilakar dalam hati, menjadi tempat bicara di mana hanya ada aku dan Dia.

Cuma.. berharap

Coretan penuh emosi dan sakit ini dapat direnung dan dibaca kembali

Waktu tu, sambil senyum dan berkata

" Ini dia kisah aku bersama Al-Quran. Yang mana dulu sakit nya amat, tapi hari ni sudah hilang."

Allahu Musta'an :)


Friday 16 October 2015

2 Tahun di Bumi Syam

''Boleh je travel as a reward to ourself "

Yeahh my respect to those who struggling so hard in their studies

Tapi kalau belajar pun tak bersungguh, main-main, bersantai banyak.
Nak reward apanya ?
Nak sebut perkataan 'reward' tu pun malu
Entah betul ke tidak aku datang study
Diri sendiri lebih tahu 😔

Hari ni bila flashback my 2 years 1 days in Jordan, shame. regret.
Throughout these years, so many times flies. So many things happen but nothing impressed

Yes people changed.
Our life changed.
How come?
And until what point?
What is my goal?
Seriously, speechless.

"I should have done better than this"
is the word I always said hundred times a day especially during my hard times in my studies in Jordan.
Most of time during my exams.

But still time flies.
Masa berlalu. Dan kita tak mampu ubah kembali taqdir yg dah jadi.

"Sampai bila nak biarkan benda yg lepas berulang lagi lagi dan lagi? "

Antara yang bermain di benak fikiran sekarang.

Semalam sudah jadi sejarah
Esok pula adalah hari baru yang kita sendiri lakar lukisannya dgn pemandangan dan warna yg indah .

Itu yg sepatutnya

Kita sentiasa ada usaha
Hari ni jatuh bangkit lagi

Lagi

Lagi

Lagi

Sampai kaki letih menapaki
Sampai jatuh kita kerana mati

Ya Allah, maafkan kami atas kelalaian kami. Maafkan kami atas tidak juhudnya kami dalam menelusuri jalan menuntut ilmu yang Engkau bentangkan untuk kami. Kami mohon permudahkanlah, maka Engkau permudahkanlah.

Memberi dan Berkorban

" Syifaa kita tak jadi meeting pagi ni. Kalau lepas asar boleh ? ''
         
" Maaf Widad, saya dah rancang plan lepas asar hari ni lebih awal "
         
'' Owh.. kalau lepas maghrib ?"
         
'' Sekali lagi maaf..saya harap awak faham waktu maghrib adalah waktu saya bersama Al-Quran. "
         
Kita sentiasa diberi pilihan
Dan kadang-kadang pilihan jawapannya ialah Ya ataupun Tidak
         
Instead of always saying yes,
Learn how to say NO
         
Belajar lah untuk berkata tidak
Sekalipun kita rasa mampu, tapi sebenarnya jauh di hujung jalan
Allah nak tunjukkan sesuatu
         
Bahawa kita juga seperti manusia lain yang punya target dan matlamat masing-masing dalam hidup. Yup. target yang kita nak capai untuk diri sendiri. Bermakna kita juga amat butuh waktu untuk capai target kita juga. Bukan sekadar memenuhi target (kehendak) orang lain.
         
Betul. Kita perlu sumbang sesuatu.
Memberi lebih baik drpd menerima.
Itu prinsip yang kita semua patut pegang.
         
Tapi menyumbang dan memberi, adakah sampai kita harus mengorbankan diri kita demi orang lain ?
         
No. In this case, I HAVE TO disagree.
Fi ra'yi memang ada benda yang kita boleh korban, tapi bukan bilamana kita harus mengorbankan kepentingan yang lain juga.
         
Kita berkorban untuk ummah
Tapi bukan bermakna kita juga kena korbankan diri kita, keluarga kita, kesihatan kita, akademik kita, demi org lain..
         
Manage your aulawiyat and time
         
Supaya di hujung jalan nanti
Kita bersyukur atas hikmah bahawasanya Allah beri taklifan untuk menguji sejauh mana kebijaksanaan kita mengatur urusan hidup di dunia. Allahu Musta'an

Thursday 15 October 2015

Jaga Diri

It's just that..
Not all people around us feel what we feel
Not all people around us ever see us cried.
Not all of them understand what actually inside you.
         
They just see you smile
         
But they don't feel your pain
         
Sometimes it's not because they don't mind. Not because they don't actually care
         
But you, yourself 
You'r hoping too much in a relationship
You'r feeling sad and you start to blame.
         
It's not because they are not being a good friend. But because you have too much things to demand.
         
Waiting for someone to ask
It's a waste.
Because no one will start to ask if you'r not doing the same thing before
         
Instead of waiting
Why don't you
         
try to give something.
         
Menunggu dan tertunggu-tunggu tu yang sakit sebenarnya. Move on.
         
Dan perlahan-lahan Allah akan hadirkan ketenangan
Rasa sakit hari ni tak lama
Terasa atau jauh hati tu biasa
Kalau tak biasa, jadikan ia kebiasaan 😊
Kalau kita tahu kita akan banyak kecewa dengan manusia, kita tak seharusnya berharap banyak sgt.
Sebab makin besar harapan, makin besar kekecewaan
         
Jaga diri. Jangan salahkan orang lain yang bg penyakit sedangkan kita sendiri yang cari penyakit 😌

Tuesday 13 October 2015

Warkah untuk Bunga

Engkau berkata kepada pencuri,
"Silakan masuk"
Dan selepas kecurian, baru engkau tersedar. Lalu engkau berteriak,
"Tolong aku! aku kecurian! "
-Sheikh Ali At-Tantawi-

Rumah kita. Hak kita.
Jangan mudah-mudah bagi orang masuk
Hatta nak bagi pegang tombol pintu pun kena fikir berkali-kali
Bahkan jangan sekali-kali!

Akan tiba masa, pintu akan dibuka
Jangan risau.

Yang ikhlas akan sabar
Takkan bingitkan telinga tuan rumah dengan loceng dan ketukan

💐💐💐
Ingat bunga, kunci pintu kita sangat berharga, walaupun ada di tangan tapi sekali tercicir, susah nak dapat balik

So jaga baik-baik, ye.

Jaga hati kita sepertimana kita jaga rumah kita. Takut dan berwaspada seolah-olah kita tahu rumah kita bakal jadi sasaran seterusnya!

Thursday 3 September 2015

03/09/95-03/09/15

Officially
Twenty years old

Nobody know actually what an event means to someone
Unless you.

Yourself 😌

Let I'd be the one who means it

For that body and soul
Thank You Allah.

For this Islam and Iman
Thank you Allah.

And you. Yes you, huda !
Happy birthday to you

Twenty. Not easy, huh?

May Allah bless me
Strengthen my heart
Shower me His everlasting love

Forever and ever

Once again, happy birthday to me😊

Keep strong 🙆
And move on.

Friday 21 August 2015

Dari Hati ke Hati

" Kadang expectation ni lah yg merosakkan hubungan kita.. "

" Kita tak tahu mungkin ada orang yg punya kisah silam yg lagi teruk dari kita sekarang, nak kata teruknya tu mungkin sampai kita tak sanggup dan tak mampu pun utk cerita pd manusia, tapi cukup Allah saje yg tahu..."

Diam. Rasa panas mata
Tahan. Kawan hulur tisu

Benda yg berlaku bila semua pakat buat confession malam ni
Dan aku bercakap bukan la utk confess pun, cuma bila dgr pengalaman kawan2 buatkan hati ni tergerak utk katakan sesuatu.

Cuma mengingatkan sahabat2 bahawa kdgkala kata-kata ini memang akan diuji. Dan setiap org ada kisah silam dan ujian masing2.

Dari situ, sedar.
Memang satu benda yang tak mampu aku ubah sampai sekarang
(Kawan rapat memang tahu)

Bilamana orang minta taujihat,
atau diri sendiri yg nak bagi sesuatu.
Memang dari dulu tak mampu untuk tak bercakap dgn nada yang senada.
Sebab apa?

sebab nada yg ada pd diri ni kadang2 dipengaruhi oleh rasa dari hati

Perasaan dari hati ni buatkan diri sendiri rasa nak menitiskan air mata

Rasa dari hati ini rasa nak
Menyentuh hati yg lain

Satu benda yg aku pegang dari dulu smpai sekarang

Bilamana kita bercakap dari hati, akan sampai ke hati-hati
Ikhlas. Tulus .

Tak penting, panjang mana pun
Cantik macamana pun susunan ayat

Tapi tanpa ikhlas
Tak dpt juga memberi sesuatu pada hati sendiri dan yg lain

Tak boleh ikhlas?
Cuba ikhlaskan!

Sbb ikhlas tu terkadang memang perlu dipaksa,

Dan utk nak tahu ikhlas ke tidak .
Bilamana selepas tu kau rasa sgt lega dan tenang

Tenang. Ya, tenang.

Ikhlas. Sampai satu tahap,
Allah hadirkan kata-kata yg kadang kau tak percaya.

" Aku kah yg sdg berbicara ni ? "

Sampai mcm tu sekali tak percaya diri.
Tapi percaya atau tidak,
Allah lah sebenarnya yg gerakkan hati untuk kita berkata-kata dari hati ke hati

Terkadang dgn linangan air mata
Sebab kita yg touching dgn kata-kata sendiri . Sampai mmg kena cakap,

" Maaf mmg kadang2 kalau sy cakap, sy sendiri akan menitiskan air mata.. bukan sengaja tp tak tahu sebab apa .. mmg dari dulu.."

Maha Suci Allah yg menghadirkan pelbagai rasa. Dari situ kita punya pengalaman yang mendewasakan usia

Mereka kata,
"Tak perlu lah ubah. You have that ability"

And i've decided
To keep it my way :)

Till now, still rasa diri tetap sama.
Sado luaran tapi hati tak kuat

Kerak luar lembut di dalam

Ke ? I hope so ☺

O Allah, grant me you Jannah.

21/08/15
01:05
Bayt Qatrunnada

Wednesday 5 August 2015

Is Allah pleased with the way I'm living my life ?

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ)

[Surah At-Tawbah : 38]

Antara ayat yang menyentap dan menyentuh tangkal hati .

Jika dibuka mushaf Al-Quran, kita sama-sama boleh baca maknanya. Betapa Allah seringkali menyebut dan mengulang-ulang betapa kesenangan dunia ini hanya lah sedikit dibandingkan dengan akhirat.

Cuba kita renung sejenak
Kehidupan yang kita nikmati sekarang
Berapa banyak nikmat yang Allah rezekikan. Berapa banyak kesenangan yang Allah beri ?
Tak perlu nak sebut satu-satu.
Sungguh, kita tahu !

Cukuplah dengan nikmat udara yang kita hirup udaranya hari ini menjadi antara nikmat terbesar yang kita miliki.
Itupun sekiranya nikmat Iman dan Islam tidak lagi kita syukuri. Nastagfirullah.

Sikit sangat je kehidupan dunia ni dibanding kesenangan di sana nanti.
Apalah sangat. (sebenarnya)

Maka yang susah-susah di sini,
Yang berat sangat nak lawan syaitan dan nafsu tu, cuba tahan sikit je lagi.

Ingat balik berapa banyak yang Allah bagi
Dan berapa banyak yang kita beri kembali
Berapa banyak suruhan yang kita turuti
Dan berapa banyak yang kita ingkari ?

Lawan sikit je.
Tahan sikit lagi.

Sungguh.
Benarlah firman Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Mungkin sebab tak ramai yang sabarlah.
Mereka sungkur, tunduk pada nafsu dan syaitan.

Dan sebab ramai yang tak mampu sabar juga lah, Allah pujuk kita dengan ayat ni.
Allah berikan khabar gembira pada mereka yang bersabar.

Bahawa di sana nanti mereka-mereka yang bersabar ini akan beroleh kemenangan.

Kemenangan apa ?
Kemenangan di sana nanti
Moga-moga syurga.

This is the reason why we have to be strong! Allah is the reason. He is the reason. Yes, only Him!

Mean what you said.
If Allah is the reason of your life,
you have no time to say NO !
Be tough. Make a move and do something! ❤

Take a minute to review your life
And ask yourself ,
" Is Allah pleased with the way I'm living my life ?"  - Dr Bilal Philips

Monday 3 August 2015

Silih Berganti

Dulu tak pernah mimpi nak pakai sweater bagai. Bila pakai sweater je rasa macam ala-ala duk oversea gitu. Rasa macam best jer kan. Tapi tak pernah sangka Allah akan sampaikan diri ni ke negara timur tengah ni

Tak pernah mimpi bawak kitab Arab pergi kelas. Tak pernah mimpi akan melalui (jalan) ini
Tapi Allah rancang segalanya

Hari ini bila imbas semula,
Betapa di jalan ini lah Allah telah taqdirkan diri ni berhadapan dgn pelbagai macam perkara.
Dulu tak pernah kenal apa tu syawarma, falafel, kinafah, halawiyat.
Tapi hari ni ia sudah jadi makanan kegemaran.
Dulu tak pakai abaya,
Tapi sekarang? itu lah yang dicari bilamana malas nak iron baju kurung pergi kelas 

Dulu yang cuma merasa panas dan hujan saja. Tapi hari ni merasa empat musim : bunga panas luruh sejuk
Ada extra lagi.
Ribut salji dan ribut pasir

Ya. Itulah.
Dulu hujan panas semata
Tapi hari ini kena belajar berhadapan dengan sesuatu yg lebih mencabar.
Cabaran yang tak pernah sepanjang hidup kau rasa. Ditambah pula dengan ribut yang sesekali ada.

Apa lagi pilihan yang ada ?
Mahu musnah bersama ribut atau tetap teguh dan bertahan semampunya?
Allah jua tempat kebergantungan.
Allah jua yang layak diminta pertolongan.


Dulu begitu
Hari ini sudah begini
Tak sangka cepatnya masa berlalu
'Dulu' sudah pun berubah menjadi 'Hari Ini'
Siang malam silih berganti
Manusia juga
Terlalu banyak yang datang dan pergi

Diri saja yang masih disini
Masih belajar teguhkan hati
Masih belajar ikhlaskan diri
Masih belajar menjadi hamba Ilahi yang bercita-cita tinggi


Berjiwa besar gitu.

Monday 27 July 2015

Tenang Menuju Tuhan

Tempat tenangkan fikiran dan cari ilham
Kita manusia memang perlukan masa untuk bersendirian
Untuk kita hitung perlakuan kita
Untuk kita cari di mana dosa kita dengan Tuhan, di mana khilaf kita dengan manusia.

Dalam erti kata lain. Muhasabah !

Teringat lirik lagu kegemaran,
" Biar jatuh ku bangkit semula
Biar lemas ku renangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin berani
Ini lah jalan cintaku
di laluan yang berliku
Tidak mudah, kaki ini melangkah.
Inilah jalan cintaku,
biarpun berjuta batu
Tidak lemah, terus aku melangkah "

Pada pemandangan kota putih ini terselit di celahannya warna
Begitu juga kehidupan kita,
Dalam setiap episod tak semua berkisar duka. Dalam babaknya pasti ada kisah gembira.

Sesekali jatuh tak mengapa, itu biasa.
Yang luar biasanya adalah bagaimana kekuatan kita untuk bangkit melawan kejatuhan.

Di jalan mana pun kita, Allah tidak menjanjikan ia akan jadi mudah.
Tidak pula dijanjikan ia akan jadi sukar.

Tapi Allah janji, bahawa dalam setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan.

Teruskan melangkah walau apa jua cabaran di hadapan
Dan.. jangan lupa untuk menoleh ke belakang
Lihat kalau-kalau ada yang tertinggal
Pimpin tangan mereka sekali

Siapa tahu sebenarnya mereka butuh kita. Mungkin juga hadirnya kita dalam hidup mereka sebagai asbab untuk mereka lebih kuat melangkah.

Ayuh. Kita sama-sama menuju Tuhan. ❤

Selamat belajar dari alam, diri.
Selamat mentadabbur kehidupan dan seisinya.

Allahu ma'anaa (Allah bersama kita)

Friday 24 July 2015

Soal Hati dan Mati

" Salah satu helah iblis nak rosakkan kita yang belajar agama ni, dia sibukkan kita dengan memikirkan JODOH dan melupakan kita soal AJAL" -  #quote

Bukan yang belajar agama je,
tapi semua yang bernama manusia.

Nak cakap pasal nikah ni tak salah kalau ada faedah dari benda yg nak disampaikan tu. Tapi, kalau duk hari-hari update status cakap pasal bergetar tulang rusuk kiri lah, imamku la nak kahwin la apa lah baik simpan niat dan perasaan tu sorang-sorang dulu. Bimbang kalau-kalau syaitan duk 'cucuk hati' sampai kita tak sempat pikir benda lain yang banyak lagi manfaatnya.

Kadang kita buat persiapan dengan persiapan yang paling terbaik untuk bakal jodoh, tapi setiap kali tu jugak la kita lupa dengan persiapan kita bertemu Tuhan kita..

Dan banyak kali kita diingatkan
Berulang kali, berkali-kali !
Jodoh tak pasti
Tapi mati tu PASTI !

Tapi still, kita bersikap sebaliknya
Melebihkan soal hati dari soal mati
Lalai lagi.
Lupa lagi.

Sesekali tanya diri,
Dah bersedia ke belum kita ni nak mati? 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "
7:35

#renunganbersama

Thursday 23 July 2015

Terus Melangkah

" Huda jom tasmik sekarang la boleh? "

" Kak Nadia..."
Meleret.

" Bakpe? dak mboh tasmik lagi ke ? "

Tunduk. 
Dalam hati Allah saje tahu

" Boleh ke ? "
" Ok je .."
" Maaf akak.. cuti ni tak kumpul modal.."
Senyap.

"Hmm akak, saya ada benda nak bagitahu. Boleh tak saya nak berhenti dari menghafal Quran ? "

Allahu Akbar.
A very difficult decision.
I once promised myself not to tell anyone about my feeling through all the hardships in memorising Quran
I one promised myself not to say I WANT TO STOP doing this !

But that sunny day,
I totally a loser

'' Sebab apa Huda ?"

" Saya tak rasa saya mampu jaga. Saya rasa berdosa sangat sebab setiap kali cuti, setiap kali tanpa kelas, saya tak kumpul modal baru. Saya tak mengulang pun. Saya tipu diri sendiri akak.. "

Sambung.
" Banyak kali macamni. Mula-mula cuti semangat, tapi lama-lama kalah jugak. Tak mampu, saya takut balasan tak mampu jaga ayat Quran dalam dada ni akak.. "

" Huda dah pikir masak-masak ke ?"

" Tak tahu.. tapi setiap kali jadi macamni ni saya rasa nak berhenti. Tapi bila fikir balik, rasa macam sayang sangat. Berhenti separuh jalan kot.. kadang semangat, kadang rasa putus asa.."

"Huda.. akak pun macam Huda. Kadang2  kita dah rancang hari tu nak mengulang maqra' sekian sekian tapi last sekali kita tak buat pun. Tapi kita kena ingat, at least kita ada usaha nak jaga ayat quran tu..."

" Kak Nadia..."
Rasa berair mata dengar nasihat dari seorang hafizah 30 juzu' Al-Quran
Tak tahu nak describe rasa apa.

Cuma ayat ' at least ada usaha nak jaga ' tu memang kena tepat kat diri sendiri.

'' Huda..fikir betul-betul. Cari balik semangat yang hilang tu. Kumpul semangat baru. Rasa down cari kawan-kawan yg lain.. jangan pendam sorang2  "

Nak nangis. Lagi.
Rasa nak bangkit semula
Rasa KENA bangun balik!


Hakikatnya
Hati ni  tak pernah rela untuk bagitahu nak berhenti.
Sikit pun tak redha
Cuma waktu tu diri ni perlu kata semangat yang baru.

Kadang2 rasa down
Rasa lemah nak berhenti bukan dari keinginan hati kita
Cuma kita perlu semangat baru
Perlu taujihat dan tausiyah dari mereka

Sepertimana kadang2 ada sahabat yang sudi cerita masalah mereka,
Kadang2 kita tak mampu pun untuk bantu selesaikan masalah mereka


Tapi paling tidak, kita berjaya tenangkan hati mereka.
Berjaya hulurkan tangan
Pinjamkan bahu dan saling menggagah

Futur bukan bermakna pengakhiran jalan.
Tapi boleh jadi itu tanda hati kita perlu semangat baru. Cari kembali semangat tu dan teruskan melangkah ! Walau jatuh sekalipun, jangan lupa untuk bangkit kembali.

Irbid, Jordan
1:48 AM
230715

Saturday 18 July 2015

Raya di Perantauan #2 (Terus Beristiqamah)

Sedar tak sedar
Kita sudah melepasi Ramadhan
Sudah masuk 1 Syawal 1436 Hijrah.

Hijrah
Segalanya mungkin berhijrah
Dari puasa, tak puasa, dari syaitan diikat, dan kini syaitan kembali 'dilepaskan'
Dari iman naik hingga iman naik turun kembali 

Sahabat
Melewati Ramadhan tidak menjanjikan kita berubah menjadi baik selamanya.
Kerana perubahan itu berlaku bukan sehari dua, bukan sebulan dua, bukan juga setahun, dua tahun, bukan juga puluhan tahun !

Dengan iman senipis bawang ni sahabat,
Proses berubah itu bahkan mungkin seumur hidup !

Hijrah itu cinta
Hijrah itu istiqamah
Hijrah itu butuh mujahadah !

Melewati Ramadhan tak menjanjikan kita akan menjadi 'malaikat'
Kerana hakikatnya apa ?
Hakikatnya betapa ramai yang 'mengundang' kembali syaitan dalam diri mereka.

Tanpa sedar.

Paling penting, melewati Ramadhan itu tidak menjanjikan kita bertemu kembali dengan 'tetamu special' ini tahun seterusnya.
Semua dalam rahsia Allah

Raya dua tahun sekali (Aidilfitri dan Aidiladha)

Tapi Ramadhan ?
Ya..Setahun sekali dan perginya takkan ada ganti. 


Kekalkan penghijrahan.
Terus beristiqamah !


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
(Fussilat : 30)


" Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "


Moga-moga, syurga.

Friday 17 July 2015

Raya di Perantauan #1

Menyelit untuk tulis sesuatu hari ni di tengah kesibukan buat prep for raya.

[Define your own definition of 'Raya']

Hari ni buat persiapan untuk raya esok bersama sahabat2 satu batch.
Kalau takde dorang ni, hambar raya tahun ni. sungguh!

Mujurlah berpagian sampai malam hari ni dari iftor sampai ke rewang untuk sambutan raya esok. Happy!

Ceritanya. Define ur own definition of raya.  So guys, what is your definition of raya ? :)

Ada orang kata, raya tu lepas sebulan puasa. Yes, indeed true. Memang betul benda tu. Fakta.

Some others said, raya ialah waktu kita kumpul dengan keluarga, jumpa ziarah makan-makan dgn kawan, hari kita bermaaf-maafan. Yang jauh dekat-dekatkan, yang dekat kita bagi lagi dekat.
Lagi kenal.

Tertarik dengan yang kata,
" Raya ialah hari kita kumpul dengan keluarga, jumpa ziarah ..... "

So macamana dengan anak perantau ni ? :D Tak dapat jumpa keluarga, kawan-kawan.  So bermakna takde raya ke ?
No no. That's why we define our OWN definition of raya.

And my definition of raya is,
Asal ada tempat raya, hari raya, dengan solat sunat raya, dah cukup dah tu.
Raya tetap raya, walau di mana pun kita. :')

Raya hari kita bergembira, walau di mana pun kita, kena sambut dengan sehabis baik dan penuh bersederhana. And that's it.

So, wanna ask. What is your definition of raya ? 😊

Thursday 16 July 2015

Nota Syukur #2

"Huda tak sedih ke tahun ni tak puasa dengan family?"

Ada orang tanyakan soalan ni pada saya.
Soalan paling susah.  😉

Well, tiap-tiap tahun tak pernah 'miss' Ramadhan bersama keluarga

Dapat terawih sama-sama.
Sahur sama-sama
Iftor sama-sama

Tersangatlah nikmat !

Tapi takdir kali ini
Tak dapat walau sehari berbuka bersama keluarga, sedih sangat.
Tipu la kalau tak sedih kan :')

Tapi takpe, jangan sedih dulu.
Allah ada perancangan-Nya :)

Kerana Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya. Dan kerana Dia merancang dan memberi sesuatu yang lebih dari sangkaan hamba-Nya. Alhamdulillah, diizinkan dapat merasa Ramadhan yang sangat bermakna di dua tempat yang sememangnya semua orang mahu jejakkan kaki ke sana.

Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berganda-ganda nikmat !

Alhamdulillah.
Ramadhan kali ini terlalu banyak benda yang saya wajib syukuri.

Untuk sampai ke bulan mulia ini sudah nikmat, lalu bagaimana dengan nikmat-nikmat yang diperolehi sepanjang tempoh Ramadhan yang tak terhitung banyaknya ni ?

Banyak, banyak sangat.

Makanya, syukurlah selalu.
Kita mungkin takkan dapat merasa nikmat yang sama untuk Ramadhan seterusnya. Bahkan perihal sampai ataupun tidak, pun kita tak tahu.

Rasa nak laung sekuat hati,

" Ramadhan jangan pergi !! "
'' Teruskan bersama kami, jangan! Jangan tinggalkan kami !! "

Pun begitu.
Kita ini hamba Tuhan,
Bukan hamba untuk sebulan

Ramadhan tetap akan pergi
Dan begitu usai pintunya tertutup rapi,
kita takkan mampu menghalangi

Dan begitu lah.
Tahun ini dia takkan muncul lagi

Cuma mampu meminta,
Semoga masih ada Ramadhan untuk kami.

Ya Rabbi, andai ini Ramadhan terakhirku...
Jadikan ini Ramadhan yang terbaik sepanjang hidupku.

Tuesday 14 July 2015

Nota Syukur #1

Masih berkira-kira
Menghitung nikmat apa lagi yang tidak diberi Tuhan pada hamba ini
Untuk nak hitung nikmat yang dapat, memang tak mampu.
         
Yang mampu buat cuma hitung apa lagi tidak diberi Tuhanku dari senarai yang aku mahu. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar perkara aku senaraikan.
Dari sekolah rendah sampai menengah, sampai jejak universiti
Dari umur belasan sampai sekarang
         
Tersedar.
Banyak sungguh yang aku minta.
Dan banyak sudah yang aku terima.
         
Persoalan sekarang,
Apakah yang sudah aku beri untuk Tuhanku ?

Sunday 12 July 2015

Belajar Untuk Melepaskan

Tak boleh nak move on lagi dengan apa yang jadi di Haramain. Sebenarnya.
         
Tapi sebab Allah izinkan,
Rasa ada kekuatan 'to let it go'
Jadi rasanya, memang la.
Memang manusia tak mampu nak berpegang pada apa yang dia rasa semata-mata sebaliknya kena belajar untuk melepaskan rasa tu sedikit demi sedikit walaupun hati masih berharap
         
Baru je belajar untuk dapat harapan baru
Tapi rupanya Allah sengaja 'memalsukan' harapan ni supaya di depan sana kita lebih tenang dan bijak membuat keputusan :)
         
Dan syukur. Rasa tu dah mula reda
Yakin tu makin hari makin hilang
Takpe. Kalau pun itu bukan tanda,
Boleh jadi itu ujian.
Dan ujian itu tak pernah merugikan
         
Bab hati perasaan ni
Bukan perkara yang biasa-biasa
Jadi mohon kunci dulu untuk seketika.
Serahkan urusan ni pada Allah dalam masa yang sama doa yang terbaik.
         
Jangan minta untuk diri cepat buat keputusan. Dan tolong jangan letak harapan pada manusia, manusia kadang tak mampu lunaskan harapan kita. Tapi gantung yakin pada Dia. Pasti, pasti yang terbaik untuk semua.

Wednesday 1 July 2015

Tips berjaya dalam SPM

Entah kenapa hari ni rasa nak share tips-tips berjaya dalam SPM.

Mungkin sebab terinspirasi dengan pertanyaan junior sekolah yang bertanya tadi. Thanks dik 😊

Firstly nak bagitahu. Akak ni bukanlah scorer yang dapat keputusan cemerlang setiap kali exam pun. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat 10A even 1A lagi tu hilang entah kemana 😂
Allah belum rezekikan untuk itu.

Apa pun alhamdulillah.
Kejayaan ni lah yang menghadiahkan air mata gembira pada akak dan pada ahli keluarga semua. Dan berjaya menempatkan akak di tempat akak berada sekarang.

For your information, sekarang ni akak belajar jurusan Bahasa Arab. Nak tahu kenapa pilih bidang tu?
Yang tu kita cerita lain kali ye.
Entry lain pulak.

Okay. Sekarang fokus.

Untuk tips-tips berjaya dalam SPM

First sekali tajdid niat.
Tajdid @ perbaharui niat kita.

Apa sebab kita belajar ?
Kenapa aku nak sangat dapat Straight A's dalam SPM ni ?

Yang ni biar jelas. Letak niat yang baik, supaya di akhirnya kita dapat kejayaan yang baik juga.

Walau apa pun niat kita, jangan lupa untuk letak niat kita yang first sekali ialah,

Kerana Allah.

Second, usaha.
Akak sukalah untuk berkongsi satu bait syair oleh Imam As-Syafie yang dirakamkan dalam syairnya :-

"فانصب فإن لذيذ العيش في النصب"
Berpenat-penatanlah. Sesungguhnya kelazatan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Ya. Kita berpenat-penatlah dalam setiap benda sebab dengan rasa letih itu ada kelazatan hidup. Bila kita boleh rasa ? Macamana nak rasa lazatnya hidup ni ?

Then usahalah. Di hujungnya ada kejayaan, di situlah kemanisannya
Penat sekarang, tapi manisnya tu kemudian. Best kan ? ☺

Third. Doa
Doa ini penting.

Ingat, '' Doa itu senjata orang Mukmin"
Jadikan doa sebagai silah (senjata) kita yang orang lain mungkin tak punya, tapi kita punya.

Doa. Buat solat hajat.
Kalau boleh jangan tinggal.
Ingat, ini senjata kita.
Doakan diri kita dan orang lain
Sentiasalah berdoa dan minta didoakan terutama doa daripada ibu dan ayah kita  (selagi mana mereka masih ada, mintalah doa mereka ☺ )

Mudah-mudahan doa tu dimakbulkan Allah.

Last sekali. Tawakal
Apa itu tawakal ?
Tawakal itu kita menyerahkan segala-galanya pada Allah setelah usaha.
Kalau boleh kepercayaan tu 200% pada Allah. Yakin Allah akan bagi yang terbaik

Sepertimana firman Allah :
(فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ)
" Dan apabila kamu sudah berazam(sesudah usahamu) maka bertawakallah pada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal " [Al-Imran :159]

Serahkan segala-galanya.
Kita dah berusaha, dan biar Allah yang tentukan natijahnya.

Untuk akhirnya, buat adik-adik kesayangan,
(وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ)
" Mereka merancang, Allah merancang, dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang "

Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Jangan takut untuk merancang masa depan kita. Jangan takut menggantung impian setinggi langit.
Selagi puncak belum kita jejaki, selagi penghujungnya belum kita ketahui.

Jangan takut mendaki.
Jangan takut menggagahkan kaki.
Jangan henti berlari.

Bila kita berhenti,
kejayaan pasti takkan kita miliki.
Tapi selagi langkah kita berani,
kejayaan pasti kita kecapi !

Lambat atau cepat, semua itu berhikmah.
Yang paling penting, usaha dan jangan berhenti sebelum sampai di penamat.

Gantung tinggi impianmu dik.
Agak kelak kau tak menyesal di kemudian hari. 😊

Selamat melangkah untuk semua yang inginkan kejayaan dalam hidup mereka.
Hakikatnya ini bukan untuk adik-adik SPM sahaja, tapi ini hakikatnya. Rahsia kejayaan dunia akhirat kita ☺

Selamat lah duhai, selamat.
Selamat terbang tinggi !

Tuesday 30 June 2015

Travelog Ramadhan 12

Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kita tak tahu adakah masa depan kita nanti ada bersama mereka ataupun tidak.
         
Kerana kadang-kadang diri sendiri belum pasti dan kerana hati.
Ia perlu dijaga rapi.
         
Boleh jadi kerana masa tidak mengizinkan
Boleh jadi kerana kita belum bersedia dan perlukan persiapan.
         
Bukan kerana dia bukan pilihan hati
Namun kita sendiri tidak pasti
Adakah terciptanya dia untuk jadi raja di hati. Atau cuma singgahan untuk menguji !
         
Pointnya.
Jangan cepat membuat konklusi😊
Belum tentu kesimpulan kita tepat.
Belum tentu yang kita sangka baik itu baik. Dan belum tentu yang kita sangka buruk itu buruk.
         
Lalu, apa yang ada pada kita?
Yaa. yang ada pada kita, pada detik dan ketika ini cuma pengharapan dan keyakinan pada Ilahi
         
Yakini di sana, bahawa sejak azali sudah termaktub segala taqdir perjalanan hidup ini. Teruskan bersangka baik dan jangan henti berdoa. Tiba masanya nanti, kita pasti redha. Pasti :')

Sunday 28 June 2015

Travelog Ramadhan 11

Kawasan rumah kami agak gelap, tak ada lampu jalan. jadi setiap kali balik lepas terawih, sempat perhatikan kawasan jalan. Walaupun gelap, tapi bila dah nak dekat dengan kawasan rumah tu, riuh dengar suara budak arab duk main.
masa tu lebih kurang pukul 11.20 malam.
         
Hari-hari biasa, sunyi
tak pernah bising dan riuh rendah sepertimana Ramadhan.
         
Mungkin kawasan rumah kami je kot
sebab kawasan ni kawasan perumahan keluarga, dan satu-satunya rumah melayu akhowat bangunan tu adalah rumah kami.
         
Balik terawih pun kadang-kadang sekali.
Jadi tak payah guna khidmat muraqib.
Dah ada muraqib tetap arab 😜
Maafkan kami KK Permai.
Lepas dengar kes terbaru sehari dua ni, kami janji pakai muroqib melayu dah lepas ni 🙆
         
Berapa malam ni duk perhati
Biasa petang sebelum buka,
dan jam 11 ke atas budak-budak arab ni duk aktif sangat.
         
Aktif main-main.
Masuk je iftor, senyap.
Waktu terawih, dorang pi solat.
Time sahur, dah mula start dengar suara dorang turun dari tingkat atas untuk solat subuh kat masjid.
         
Dalam hati duk kata,
'kuat mujahadah budak-budak ni'
         
Dan aku syak, dorang ni tak tidur malam kot, sebab tunggu waktu sahur. Sebab tu senyap je pagi tapi riuh semacam malamnya.
         
Apa-pun malam mereka hidup.
Kita macamana agaknya ? 😊
         
So mana yang laki-laki tu yang sihat tubuh badan, ada kudrat tapi tak pergi solat subuh kat masjid kena malu kat budak-budak ni.
         
Yang mana depan rumah tu lagi lah.
Malu. Kita ada peluang, tapi tak manfaatkan. Itu syabab.
         
Yang akhowat pula, praktis solat jemaah dengan housemates kat rumah. Tak solat kat masjid bukan alasan untuk tak subuh berjemaah !
         
Kalau bulan-bulan lain, tak biasa buat, apa kata biasakan untuk bulan ni.
         
Praktis slow-slow.
Waktu praktisnya sekarang,
Hasilnya kita tengok lepas Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya nanti
         
Walau apa pun, bukanlah banyak ke tidak amalan yg kita buat, tapi istiqamah ke tidak lepas Ramadhan tu yang kita hendak.
         
Jangan jadi Ramadhaniyyun.
Tapi jadilah Rabbaniyyun.

Travelog Ramadhan 10

TENTANG RASA

Orang kata jatuh cinta pandang pertama
Orang kata akhlak yang indah lahirnya cinta
Orang kata juga dari rakan sekerja boleh timbul rasa suka

Biarlah apa pun orang kata
Situasi kita tak semestinya sama
Kita punya rasa walaupun sebabnya berbeza
Punya cinta walaupun pengakhirannya bermacam cerita

Aku, kau dan juga dia
Punya hati, punya rasa, punya cinta
Biarpun berbeza cinta dan cerita
Impian kita tetap sama
Mencari bahagia di dunia dan di sana

Wahai pemilik rasa cinta
Tahanlah rasa, pendamkanlah cinta
Atau lupakan saja
Andai diri belum cukup bersedia
Andai perangai masih di takuk lama
Takut-takut rasa itu membawa binasa
Risau membawa murka Yang Esa

Wahai teman yang tahu agama
Malulah kita pada Pencipta

Cintailah Pencipta melebihi manusia
Persiapkan diri dengan ilmu secukupnya
Curahkanlah cinta pada yang selayaknya
Agar cintamu berakhir bahagia
Agar rasamu membawa ke syurga

Dan moga-moga mujahadahmu itu menggapai redha-Nya :)

Pada semua yang punya cinta
Dan buat diri yang pernah merasa dan masih merasa cinta-cinta manusia di sekelilingnya

Ya. Kerana hakikatnya kita manusia
Tidak terlepas dari rasa cinta ;)

Maka sandarkanlah cinta pada yang sepatutnya dicinta sebelum mencari pemilik cinta (yang syurga-Nya di bawah telapak kakinya nanti)

If you know what I mean ;)

#10Ramadhan
#TentangRasa

Friday 26 June 2015

Dulu kini, dia dan Dia.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun rupanya menulis blog.

Ada yang tahu, ada yang tak tahu.

Kembali merenung semula

Dulu. Apa niat tulis entri di blog ya?

Hmm.
Tak jumpa jawapan tepat. Sungguh!
Rasa dulu mungkin tulis entri sebab nak luah rasa hati, mungkin?
Dan ada selit juga dakwah sikit-sikit, sebagai permulaan.

Dan hari ni.
Melihat entri lama-lama tu jugak buatkan aku muhasabah kehidupan dulu dan sekarang.

Rasa dulu aku punya kehidupan yang bahagia. Melihat entri dengan ayat,
'' huhu, hehe" short form semua tu rasa mungkin dulu aku bahagia dengan cara penulisan sebegitu.

Sekarang tak bahagia ke?

Tak. Sekarang terlebih bahagia.
Sekarang lebih tenang kot ye.
Lebih matang (gaya penulisan je kot) 

:D

Aku tak pasti kalau ada orang yang tak pernah ada sisi gelap dalam hidup dia.
Or what we call as zaman jahiliah.

Aku tak pasti orang lain.
But I have mine !

Dan zaman kejahilan aku ialah waktu Form 4 dan Form 5 dulu.

Zaman penuh warna warni juga.
Zaman yang bercampur baur rasa

Zaman yang pernah mengumpulkan aku dengan sahabiah yang banyak mengajar erti kehidupan, dakwah dan tarbiyah.

Tapi dah kenapa itu jadi zaman jahiliah pulak ?

Sebab zaman tu juga lah mula berjinak-jinak dengan bermacam teknologi, zaman kenal-kenalan melalui phone. Sms dengan kawan-kawan dan buah hati (?)

Hmm 😊

Ada benda yang kita tak mampu cerita dan kongsi dengan manusia

Dan cukup menjadi rahsia antara hamba dan Tuhannya.

Zaman itu.

Zaman aku cuba mengiakan semua perkara, zaman cuba lawan fitrah berTuhan. Ya zaman jahiliahku yang kesilapan dan dosanya Tuhan yang akan mengadilinya di Mahsyar nanti.

Sekarang, aku rasa selamat kerana rahsiaku dalam pengetahuan Dia.
Rasa sangat bahagia kerana aku ada benda yang dikongsi dengan Tuhanku.
Rasa bahagia sangat.

Rasa tak malu nak menangis bercucuran airmata menangis teresak-esak sekalipun di hadapan Dia.

Sebab apa?
Sebab aku punya cerita yang aku kongsi dengan Tuhan.
Sebab aku ada Dia, tempat aku berkongsi rasa.

Dan kerana hanya Dia Yang Mengetahui segalanya.

Yakin dan percayaku pada Dia,
bukan lagi pada dia.

dia yang dulu
Dan Dia yang kini
Sangat berbeza !

Kerana dia yang dulu,
bukan lah Dia yang kini ada di hatiku.

Terima kasih pada dia yang menemukan kembali aku dengan Dia walau hakikatnya Dia juga lah yang merancang segalanya :)

Namun begitu, tanpa dia,
aku mungkin takkan sedar
Bahawa Dia lah yang paling setia di sisiku dari dulu hingga kini.

dia, manusia
Dan Dia adalah tuhanku :)

Allah.

Bidadari Cinta Walid

Saya percaya dan yakin bahawa kita sememangnya hanya punya satu Tuhan

Kita cuma punya sekeping hati.
Dan selayaknya cinta kita hanya dibahagi pada Yang Satu.

Iaitu Allah, bukan ? :)

Dan pada manusia, cinta-cinta lah yg sekadarnya je, bila benci, benci lah berpada.

Paling penting, sandarkan cinta dan benci kita kerana Allah. Baru kita tak kecewa, baru kita tak terluka.

Sebab apa ?

Sebab Allah saje cinta hati kita :)

Iman yang turun naik ni mungkin tak mampu untuk mencintai dan membenci kerana Allah seadilnya.

Kerana hati yang begitu kotor ini lah mungkin penyebab ada yang terluka mungkin juga perosak segala-galanya!

:')

Maafkan bidadari cinta walid ini yang tak mampu mencintai dan membenci sekadarnya

Hakikat diri kerdil ini terkadang tak mampu mengadili setakat mana mizan cinta dan benci hatta untuk diri sendiri, masih tak mampu.

Hakikatnya bidadari walid dan kesayangan ummi ini tengah bermain emosi dan perang hati

Dan mungkin sudah patah sayap untuk terbang lagi

Doakan bidadari ini ummi.
Doakan bidadari ini walid.

Wednesday 24 June 2015

Bawa Aku ke Syurga

Genggam erat tanganku
Kerana taqdir pertemukan kami di dunia
Sape tahu dgn taqdir juga mempertemukan kami jua di syurga
         
Aku punya sahabat yg tak segan ucap,
"Rindu mung. Sayang mung sgt3"
Punya sahabat yg selalu cakap,
"Mung sahabat dunia akhirat aku''
         
Dan paling tak tahan sebak tu bila ada yg cakap, " bawa aku ke syurga "
         
Speechless.
         
Cuma mampu jawab,
" klu mg rindu aku, syg aku.. for sure i'll love and miss you more. cuma aku bukan lah org yg layak nak bawa mung ke syurga, dan mung hk kena cari dulu aku di syurga. "
         
Bila di sana nanti, kita akan saling mencari mana sahabat dunia akhirat kita. And i ask you, to bring me with you. InshaAllah.
         
For now, I'm soo blessed. To have many many many good people beside me. To have lotsss of sahabat, those who are willing to be my sahabat dunia akhirat, those who appreciate me so much with all their kindness and loves. To all those friends, thank you may not be enough. But one thing for sure, let Allah grant everything there. Jzkk.
         
Mudah kita ucap nak syurga.
Semoga kita tak pernah lupa bahawa syurga juga bukan semudah itu

Saturday 20 June 2015

Ramadhan di Bumi Syam

Ramadhan pertama di bumi Syam.
Ramdhan pertama tanpa keluarga
Ramadhan pertama yang buat hati rindu

Rindu pada Ramadhan pertama bersama keluarga di rumah

Rindu waktu berterawih bersama, waktu meluangkan masa beriftor dan bersahur

Namun semua itu terpaksa dikorbankan untuk sementara waktu ini

Nasib anak perantau
Demi ilmu terpaksa korbankan waktu bersama keluarga

Namun di sini, bumi Syam ini menjanjikan kegembiraan yg lain pula

Suasananya lebih dirasai
Ramadhannya lebih dinanti
Pesta ibadahnya sangat dirai

Ambil lah
Ambil lah seberapa banyak pengalaman ini buat bekal di sana nanti

Rindu

Friday 12 June 2015

Ingat janji Allah

Kisahnya begini.

Nak cari gambar latest, sebab nak tangkap gambar la kononnya. Nak buat perbezaan.
Cari punya cari, cari dalam beg tu, jumpa duit. Bukak beg ni, jumpa beberapa qursh.
Bukak beg dalam almari pulak, jumpa lagi duit.

Nak cari gambar.
Jumpa benda lain.
Memang selalu mcamni,
Setiap kali cari something, mesti jumpa duit. Dapat dalam 2-3 JD dalam bentuk qursh tu pun bagi aku kira banyak dah tu.
Lastly masuk tabung, Alhamdulillah.

Fed up cari gambar, teringat drawer kecik bawah meja, tempat last yg nak cari gambar tu. Bila bukak yg bawah sekali, jumpa duit JD beberapa keping ni.
Terkejut. Biasanya jumpa takde lah banyak macam ni. Terkejut sgt sampai lama diam.

Tanya kawan, kot2 tu duit dia.
Dia gelak kat aku.
" Duit mung la tu, your money is everywhere"

Aku diam. Dalam hati kata,
" Ya aku tahu sokmo letak duit kokse tapi tak mungkin banyok gini "-.-'

Duit infaq dan yuran yang selama ni aku kutip semua dah settle. Dan sekarang aku takde pulak jadi bendahari ke apa.

So aku try untuk flashback semua benda.
Sebulan yg lepas, aku ada ambik duit dalam kuantiti yg lebih dari biasa sebab nak settle hal-hal untuk rumah dan umrah, dan masa tu jugak lah, ada org mesej untuk ingatkan pasal duit tabarru' (tabarru' = sumbangan)

" Assalamualaikum..
Nak bagitahu pasal duit tabarru', kalau saudari ada nak bayar utk mana2 bulan, boleh la berbuat demikian. Jzzk " ☺☺

Seriously masa tu duit dah kering
Tipu lah kalau kata masa tu sikit pun takde rasa berat hati nak bagi.

"Kalau ikut kondisi, aku tak bagi pun takpe"
Ni yg aku terlintas dalam hati waktu tu, kata syaitan lah ni. Haih.

Masa tu, dalam sedikit rasa yg syaitan bisikkan tu, aku cuba lawan..
"Duit tabarru' pn penting jugak, kata kan ada org yg lagi memerlukan, duit tu mgkin sgt bernilai untuk org tu."

Masa tu masuk ayat yg pasal infaq dalam kepala.
(Juz 3 Maqra' 2 Al -Baqarah m/s : 44-46)

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Ayat ni yang paling first ingat walaupun kalau ikut turutannya dia berada di kedua bawah pada sofhah(helaian)
Sebab berat hati ni, so kena pujuk hati dengan ayat Allah. Ingat janji Allah yg Allah akan bagi keampunan dan rezeki yang lebih lagi,

Dan ayat ni.

" Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. "

Dan ayat seterusnya.

" Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). "

Boleh rujuk :)
Maka benarlah kata-kata Allah itu.
Nak katanya, rasa berat hati tu memang ada, tapi lawan lah..
Ingat balik ayat-ayat Allah dan apa yang Allah janji, dan aku rasa bersyukur sgt.
Sebab di saat rasa susah, rasa poket kering ni, Allah hantar kegembiraan dengan mengirimkan rezeki dari cara yang tak disangka-sangka.

Teruskan bersangka baik dengan Allah
Teruskan mensyukuri segala nikmat
Teruskan mencuba untuk yakin pada Allah

(وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) [Surat Ibrahim : 7]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. "

Pengajaran untuk kita semua
Semoga Allah redha :)

Monday 1 June 2015

Fitrah Manusia

Salahkan diri yang jarang memberi
Bukan mereka yang tak tahu menghargai
Salahkan diri yang tak tahu menjaga emosi
Bukan mereka yang diam menyepi
         
Hakikatnya kita banyak menuding jari
Tapi jarang refleksi
Jadilah mereka yang diri kita mahu
Kerana apa yang kita mahu,
Itu juga lah yang mereka mahu
Fitrahnya manusia itu sama

Fitrahnya.

Wednesday 27 May 2015

Al-Quran Di Hati

'' 76. banyak turun kan.. Hari tu ++,
takpe nak letak Al-Quran nombor 2 pun kalau ada taklifan yang lebih besar yang perlu dibuat, tapi jangan letak Al-Quran no 2 dalam hati.. cuti ni kukuhkan lagi hafalan, bukak sekolah nak jumpa huda yang baru, yang lebih baik ''
Kita cenderung untuk buat sesuatu yang kita suka pada waktu lapang,
dan jika Al-Quran adalah sesuatu yang kita cintai, Al-Quran dulu yang akan kita cari pada waktu lapang, bukan benda lain.
Ya. Al-Quran, bukan benda lain.
         
Carilah sesuatu yang boleh kita tuntut di hadapan Allah, yang lebihnya kita berbanding org lain.
         
Jalan Al-Quran ini penuh dgn duri dan menguji istiqamah.
Istiqamahlah.
Kerana tanda amalan kita diterima ialah istiqamah. Istiqamah !
Doakan saya thabat dengan Al-Quran :)

Monday 25 May 2015

Jangan Bersedih Duhai ~

Kita memang akan selalu dikecewakan
Rasa sendirian
Rasa tak dihargai
Rasa tiada yang memahami
Pujuklah hatimu duhai ~
Terlalu banyak waktu kita luangkan bersama
Terlalu banyak memori yang tercipta
Terlalu banyak ketika kita mampu bertepuk tampar dan gelak bersama
Fitrah.
Manusia datang dan pergi
Ya. Kerana manusia tak mampu untuk selamanya berada di sisi
Lambat atau cepat,
Semua akan pergi
Sama ada terpisah di sini,
Atau kita bakal terpisah mati
Bila ada bersama ia anugerah
Bila tiada itu adalah nikmat
Nikmat merasai bahawa hakikatnya kita selalu punya Tuhan yang kekal.
Tak pernah meninggalkan :)
Dan dalam kita mencari insan untuk meluah rasa dalam hati
Cuba renungi kembali,
Adakah kita selalu bersama mereka untuk setiap duka dan ketawa?
Muhasabah untuk diri
Jangan bersedih duhai~
Ini fitrah. Dan ia sangat indah :)
Allah bersama kita !
Alhamdulillah

Wednesday 20 May 2015

Pilihlah Untuk Tenang

Tak tahu
samada kerana hati yang cepat luka
Atau perasaan yang selalu dipendam lama
Yang tahan tu sebenarnya yang selalu buat hati rasa sakit
         
Tapi penyakit pendam perasaan ni tak sedap
Tak sedap bila sepatutnya kita marah
Tapi kita diamkan
Kita nak lawan rasa tu
Nak bagitahu,
'' Arghh kenapa buat aku macamani?
aku tengah marah ni !! "
Tangan kepal kuat
Mata berair
Orang tak pandang, kesat air mata..
         
Tak sedap rasa ni.
Tak sedap
         
Tapi lagi tak sedap
Sebab lepas kita marah
Kita jadi makin bersalah
Hati tak tenang
Dan masa tu mulalah kembali pada dunia nyata
' Kenapa lahh aku marah tadi '
' Macamana nak start over balik'
Sebak. Rasa bersalah dan mencari penyelesaian tu lebih sakit.
Sakit.
         
Ternyata. Sakitnya lebih lagi dari situasi tadi
         
Tu lah dia.
Rasa yang berbaur rasa
         
" Rasional. Rasional. Jangan marah kawan "
" Tapi bila kita marah, kita dah tak mampu nak rasional "
" Tapi kalau kau marah, kau akan rasa bersalah, kau nak rasa bersalah tu?"
" Tapi kalau aku tak marah, sakit hati aku ni sakit . sangat. "
'' Tapi, kau mampu kawal sebab kau yang pilih rasa tu "
         
Dan situasi ni pernah aku rasa
Dua-dua rasa ni aku noktahkan dalam travelog kembara
Dua-dua situasi ni.
Bukan ambik masa sehari dua
Namun bertahun lamanya
Mungkin setahun dua
Belasan tahun, puluhan tahun.
Memang ini proses
Jangan pernah berhenti mencuba kawan.
Semakin kau cuba semakin kau hampir melengkapkan sedikit demi sedikit kejayaan mengalahkan musuh yang paling utama
         
Nafsu.
         
Rasional memilih rasa.
Tenang. Atau biarkan marah menguasai kita
Tenang. Atau mungkin kau akan rasa bersalah selamanya.
         
Kau bertanyakan aku
"Kenapa pilih tenang?"
         
'' Kerana tenang itu rasa dari Tuhan."
Dan kerana aku juga diingatkan,
'' Jangan buat sesuatu dalam dua keadaan, satu- bila marah. dua- bila lapar " 
         
Maaf status terlebih panjang.
Buat ingatan diri dan sahabat seperjuangan

Sunday 10 May 2015

Allah Ada Di Mana-mana

Di saat kesedihan
Allah hadirkan kegembiraan
Melalui cara yg tak disangka
Alkisah buat status moment yg sebelum ni kat masjid jamiah
Mencari tenang la kononnya
Lepas tu gerak pi maktabah(library)
Sambil jalan duk fikir,
'' nak tenang pi masjid, nak belajar pi library"
Dgn harapan moga pertolongan Allah tu sampai esok dan hari2 seterusnya
         
Masuk library tu, cari port yg selalu duduk tu
Bila nak duduk tu, ternampak benda ni
Lagi lah rasa ' Allah.... '
         
Boleh imagine tak,
Di saat kau rasa mcm nak futur
Rasa down giler,
Ttiba ada nota kat atas meja yg tulis benda ni
Macam seolah-olah Allah sampaikan,
' jangan futur huda jangan.. "
         
Lepas tu, senyum :)
Dalam hati tak putus,
" Yakin. Allah ada di mana-mana "

Saturday 25 April 2015

Muslimah - Perhiasan Ataupun Fitnah?

Muslimah.
Yang sopan santunnya tinggi
Peribadinya menyejukkan hati

Yang menjaga pandangan dan pergaulan
Dan dari rahim merekalah akan lahir si mujahid nanti ! :)

Ataupun seorang Muslimah itu,
Mahu jadi pujaan lelaki
Meniti di bibir mereka yang tak pasti
Yang hanya akan menambah saham dosa buat diri mereka sendiri
Dan fitnah bagi mereka yang mengetepikan iman lalu menurut kata hati.

Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi pilihan, samada mengikut kata hati yang berlandaskan iman. Ataupun bisikan nafsu yang merosakkan.

Sama ada sebaik-baik perhiasan
Mahupun sebesar-besar fitnah

Yang mana kita nak jadi?
We choose. ❤

Dalam hidup takkan ada istilah terlambat kerana selama-lamanya sentiasa ada taubat

" Because we care
And we love.
So we spread the love
To the one we love
And halal to be love. ;)
And because all of me, love all of you " (baca : you all)

:)

Tuesday 21 April 2015

Raut Wajah Tua

Alhamdulillah semalam ditaqdirkan Allah untuk hadir ke kelas biarpun sebenarnya ikut rasa, hati sangat malas. Astagfirullah..

Tapi teringat satu kata-kata,
'' Kalau kau malas, takde orang yang akan rajin untuk kau."

Dan kalau ikut pengalaman, memang yang perangai malas ni lah yang selalu buat aku kesal.

Kebiasaannya hari Isnin. Kalau aku tak pulang ke rumah selepaas kuliah, akan singgah di masjid sementara menunggu waktu asar. Kemudian terus ke tempat kelas.

Tapi semalam, dek kerana ikutkan rasa yang letih, aku pulang ke rumah untuk mendapatkan lelap yang seketika. Balik rumah, tidur.

Setengah jam kemudian terpaksa bangun balik. 4.54 !

Allah. Akibat tidur selesa dengan selimut bagai. Mahunya tak menjerit bila tengok jam. Lagi 6 minit!!

Berlari masuk tandas, berwudhu'
Capai tudung, dan solat.

Aku buat keputusan untuk membawa senaskhah Al-Quran sahaja. Ya. Itu lebih baik supaya perjalanan kelas tak terganggu nanti.

Langkah kaki dicepatkan. Dari bangunan rumah melepasi beberapa bangunan yang lain, kereta silih berganti. Hon sesekali kedengaran menandakan teksi bersedia untuk menerima penumpang. Sesekali senyuman diberikan menyapa pelajar Melayu yang berselisih di jalanan.

Adat Melayu di sini, 3S
Senyum. Sapa. Salam
Kau tak senyum, kurang adab namanya.
Paling tidak, senyum.
Aku kira itu yang paling mampu untuk buat dalam apa jua keadaan :)

Sampai ke kelas, nafas masih tercungap-cungap. Aku kira perjalanan dari utara ke selatan dengan hanya berjalan kaki yang mengambil masa 10 minit. Wow! Rekod baru untuk aku hari ni.

Satu lagi adat di sini- berjalan kaki.

Naskhah dibuka. Murajaah dimulakan.
Sayu di telinga, suara manusia yang diibaratkan seperti bunyi dengungan lebah, yang selalu membuatkan hati aku tenang. Berpeluang berada dalam suasana Al-Quran ialah sesuatu yang dahulu sangat aku impikan. Dan tak sangka, peluang yang dulu pernah disia-siakan akhirnya tercapai di sini, di tanah Syam.

Sesuatu yang sangat besar hikmahnya, bagiku. Alhamdulillah.

Usai tasmi', duduk sejenak.
Memikirkan aktiviti hari ini.
Allah! Ada SG malam nanti !!
Sekarang jam 6.40 petang
SG jam 7.45 . Memikirkan bahawa hari semakin gelap, aku berseorangan.

Dengan jalan berlenggang tanpa buku, tanpa wang, tanpa phone.
Memang sengaja cari nahas. Aku kembali ke ruangan tasmi' dan meminta izin dari guru tasmi' untuk keluar awal.

Keluar dan jalan berseorangan.
Dengan penuh yakin melangkah.
' buat gaya gengster sikit, comfirm arab tak kacau' - desis hati.

Sampai di simpang jalan, berhasrat nak melintas. Okay Alhamdulillah selamat melintas walaupun kereta laju sangat (baca: giler)

Arab yang pro driver ni memang lah.
Bukan nak menidakkan kuasa Tuhan yang mendatangkan musibah dan kecelakaan.

But believe me, seriously! They are such very good driver, they manage to reduce traffic and accident in their country!

Speaking jap.
Tapi dalam pro mereka, kalau sekali accident, jangan mimpi lah kereta kau akan okay je. Comfirm teruk punya !

Berbalik kisah tadi.
Lintas jalan, seberang jalan sana kelihatan seorang pak cik Arab, di hadapannya ada barang jualan. Ada permainan, dolls, games.

Allah tak sanggup nak tengok muka pak cik ni. Sayunya rasa hati

Apalah agaknya perasaan anak-anak membiarkan ayah mereka yang sudah meningkat usia berniaga di tepi jalan seolah-olah mereka tak mampu menyara ayah mereka.

Sepatutnya ayah yang pada usia sebegini tidak disibukkan lagi dengan kerjanya berterik di bawah panas matahari menunggu jualannya laku.

Sedih sangat. Hanya memandang sekilas, kerana hati sangat sayu. Hati sangat sedih.

Tetiba terbayangkan raut wajah ayah yang jauh di kampung. Panas mata. *masuk habuk barangkali*

Kalaulah ayah nanti diberi umur panjang, sempat merasa pendapatan yang bakal aku dapat nanti. Aku hanya akan meminta ayah untuk berada di rumah. Bergelak ketawa dengan isteri anak dan menantu mereka, meluangkan masa bersama cucu-cucu kesayangan mereka.

InshaAllah satu hari nanti, sekiranya ayah dan aku diberi kesempatan waktu.

Dari raut wajah tua kami berkongsi cerita
Dari redup mata maka di situ lahirnya cinta.

Ya Allah, lindungilah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Murajaah: proses mengulang/ulangkaji
Tasmi': memperdengarkan (bacaan)
SG: study group