"Subhanallah, cantiknya.."
" Ini baru muslimah sejati, no fon bulehh?"
"kat mana enti beli niqab ni? ana berkenan sangat untuk beli. boleh PM? "
(-.-)
duhai pemilik mata yang mengasyikkan,
sungguh cantik engkau rupanye.
rupamu menghiasi ruangan FB, kau upload gambarmu lagi.
sungguh indah anugerah Ilahi dek sepasang mata yang engkau miliki.
bertali arus pujian diberi. Kau bangga dengan diri..
atas benda yang tak kau miliki.. :'(
atas dasar apa dihijabi?
jika kerana fitnah, usah kau tambah lagi..
kerana kau sendiri tahu..
kecantikanmu bukan untuk tatapan,
apa lagi dijadikan pujian,
kau lindungi perhiasanmu dari pandangan mata yang kau katakan liar,
tapi ikhtilatmu tidak terjaga,
kau lindungi maruahmu di sebalik secebis kain kecil, namun kau lupa apa itu malu..
jangan kau sangka itu tanda alim dirimu,
jadilah sekuntum mawar harum..
yang baunya hanya mampu dihidu, namun disentuh jangan.
awas! luka nanti..
hakikat kecantikan yang engkau miliki,
bukan milikmu walau sesaat,
kau bangga.. seolah-olah kau pemiliknya.
kau bangga.. seolah-olah kau berhak ke atasnya..
sedarlah, engkau hanya peminjam.
hakikat cantik itu biarlah di mata Allah.^^
biar buruk di mata manusia, asal indah di mata Allah.
sama-sama merenung dan muhasabah,
nilai apakah aku di mata Allah?
No comments:
Post a Comment