Sepanjang 20 tahun hidup ni
Tak pernah sekali terfikir nak sambung pengajian ke luar negara
Sebab sedar semua tu perlu duit banyak
Dan yang nak tampung kos pengajian tu nanti mak ayah. Memang mak ayah tanggung kos semua pengajian anak-anak dengan titik peluh sendiri. Tidak ada seorang pun kami adik beradik yang tak dapat sambung belajar ke pengajian tinggi melainkan seorang, abang yang sulung. Itu pun sebab abang pesakit OKU. Sebab tak nak susahkan mereka, bagi kami adik beradik kalau dapat belajar dalam negara pun dah cukup memadai. Dan alhamdulillah tinggal 3 orang lagi yang belum tamat pengajian. Yang lain dah berjaya dengan kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, semua bergelar pendidik :)
Dan kerana rezeki tu Allah yang bagi
Dan kerana doa mereka yang tak pernah henti, alhamdulillah. Ada dua orang dari kalangan kami adik beradik yang dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara. Seorang di UK dalam jurusan Occupational Therapy (Special Education) dan seorang lagi di Jordan, jurusan Bahasa Arab. Dan kedua-duanya dapat tajaan biasiswa penuh oleh tajaan yang sama Alhamdulillah.
Belajar di luar bukan satu benda yang mudah sebenarnya. Jauh di sana, orang kampung kagum. Saudara mara tak henti luahkan rasa bangga. Tapi orang di sini, yang tak berada di tanahair terpaksa menahan rasa berjauhan dari keluarga.
Bukan mudah. Ditambah sistem pelajaran di Jordan khususnya perlu juhud yang agak tinggi sebenarnya. Dengan exam yang berderet. Kadang-kadang seminggu exam, tiga minggu selepas tu dah start exam balik.
Susah. Tapi kena tempuhi. Hakikat yang perlu manusia sedar ialah, susah tu ada di mana-mana, walau di mana pun kita dicampakkan. Dan sedar ataupun tidak kesusahan itu lah yang menjadikan kita manusia yang kuat luar dan dalam.
Bersyukur kerana kita masih punya mak ayah yang tak lekang bagi kata semangat. Yang selalu ingatkan diri ni pada erti usaha, tawakal dan doa
Especially maa. Selalu ingatkan,
''Study lah.. moga Allah permudahkan.."
"Tawakkal alallah.."
"Rabbi yassir wa la tu assir, wa atmim bilkheir..jangan lupa doa ni.."
Wea pulak (Wan-panggilan untuk ayah)
Kata maa,
"Tadi pagi Wea solat hajat untuk Huda moga boleh jawab exam nanti."
Ayah. Begitulah.
Perbuatannya saja dah cukup menunjukkan bahawa mereka sayang kita sangat. Terima kasih Wea. Feeling wanna cry everytimes Maa bagi ayat touching macamni.
Bersyukur. Dalam susah tu doa dari mereka tak pernah tak ada
Tak pernah putus selagimana ada mak dan ayah yang jauh di mata
Tapi doa telah mendekatkan kita.
Kan maa,wea ?
Rindu?
Mestilah rindu. Orang belajar dalam Malaysia pun rindu, inikan lagi yang belajar luar negara ni yang hari-hari dapat gambar dari Whatsapps keluarga. Menatap wajah mak, ayah, adik beradik, anak saudara, tak rindu? Tipu tak rindu.
Hari-hari terpaksa tahan rasa.
Berbaki kurang 2 tahun
(InshaAllah doakan)
Masih panjang aku kira
Berbekalkan harapan mereka, apa pun kena lalui. Apa pun kena tabah, kena cekalkan hati, kuatkan langkah, yakin dengan Tuhan.
Hidup mesti berani teruskan langkah
Sampai kaki letih menapaki
Sampai jatuh kerana mati!
Allahu yusahhil
Allahu Mustaan