Tuesday 5 January 2016

tawakal dalam erti kata sebenar

Baru minggu lepas aku kongsikan dalam usrah mengenai tawakal.
Bila bercakap soal tawakal, ada dua muka surat dalam al-quran yang paling aku suka untuk kongsikan. Muka surat yang penuh isi, padat dan terkesan
(al-imran : ms 71-72)
Dua muka surat ni bukan sekadar bercerita tentang tawakal sahaja tapi banyak lagi perkara lain. Yang kena kat diri sendiri. Nama lagi al-quran, rugi tak baca. sebab setiap helaian tu memang ditujukan kat kita. Cuma ditunggu, nak baca ke tidak
Sebab apa cakap pasal ni ? Sebab hari ni exam, dan dalam exam tu la teringat balik apa y dikongsikan dalam usrah lepas. common feeling, bila dapat detect salah kat mana terus rasa 'arggghh kenapa salahh soalan ni weyh.'. But this time, memang ada soalan y terang2 salah jawab. tp try to be cool sebab rasa 'barangkali ni lah masa untuk praktik erti tawakal y sebenar..'
Tawakal y bukan after exam sahaja, tapi tawakal dalam setiap urusan, tawakal dalam menerima natijah sekalipun tak seperti y kita harapkan. Seringkali kita pasti diuji dengan kata-kata sendiri. Bilamana kita berhadapan dengan situasi sukar, dari situlah kekuatan datang. Dari situ juga lah teringat balik pada perkara y pernah kita kongsikan.
"Berbumbungkan atap Qatrunnada, di bawah langit Tuhan"
040116
00:09 a.m

No comments:

Post a Comment