Friday 10 May 2013

Susahnya Nak Jadi Solehah

Kadang-kadang terlalu cepat nakkan perubahan yg besar sedangkan diri tahu tak bersedia.

Ahh.. sukarnya untuk istiqamah, payah..


solat malam, buat tak?
puasa sunat.. istiqamah ke tidak?
Ahh..
Susahnya nak jadi soleh/solehah ni. 
(teringat post sahabat)

Kena tutup aurat dengan sempurna. Kena jaga tutur kata menggunakan perkataan yang sopan. Bercakap hanya perkara yang bermanfaat. Berdiam jika tidak mampu berkata2 perkara yang baik. Jaga hati manusia sekeliling. Bergaul baik dengan manusia sekeliling. Menjaga hubungan dengan manusia lain (Hablumminannas). Dan istiqamah menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah). Berusaha menjauhi maksiat. Menjaga batas pergaulan. Berusaha melakukan kebaikan. Perlu mencegah kemungkaran. Solat di awal waktu.

Susah. Sebab kadang2 kita tak mampu kekalkan kebaikan tu. Kadang2 dah tutup aurat tapi masih bercakap dengan kasar. Ada pula yang sudah baik bercakap dengan lembut tapi dia tidak tutup aurat pula. Ada yang sudah istiqomah melakukan kebaikan seperti solat awal waktu,taat ibu bapa tetapi tidak menjaga ikhtilat(pergaulan) pula. Hakikatnya rasa sedih apabila tak mampu jadi terbaik di mata Allah. Rasa sebak apabila tak mampu nak istiqomah. Rasa kecewa apabila tak mampu capai sempurna(yakni sentiasa melakukan kebaikan tanpa pernah melakukan kemungkaran).

Namun. tersedar. Kita tidak akan mampu capai kesempurnaan itu. Kerana sempurna itu hanya ada pada kekasih kita Rasulullah SAW(Selawat ke atas Baginda SAW). Kita tidak akan mampu jadi SEMPURNA. Tapi kita boleh 'BERUSAHA' ke arah kesempurnaan itu. Pasti pernah dengar kan ayat ni
"Allah tidak melihat hasil kita berjaya atau tidak,tapi Allah melihat kita 'berusaha' atau tidak untuk berjaya".
Ya. Allah lihat usaha kita. Jika kita jatuh ke lembah dosa,maka kita harus bangkit kembali pada Allah. Bagaimana bangkit? Iaitu tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Jika sebelum ini kita tinggal solat,maka hari ni mula bertaubat dan berusaha serta niat untuk tidak mahu tinggal solat lagi.

Jika kita tidak metutup aurat,maka hari ini kita bangkit niat berubah dengan mula memakai tudung. Niat yang baik, Allah pasti beri ganjaran. Hakikat untuk menjadi soleh/solehah itu memang harus berkorban. Berkorban perkara yang tidak bermanfaat pada diri dan agama(gwiyomi,hiburan melalaikan/couple dan sbgnya). Berjuang. Berjuang untuk bekalan akhirat. Sukacita untuk saya share ayat blogger yang saya kagumi,penuntut Al-Azhar.

"Perjalanan perjuangan itu panjang, bagaimana seseorang pejuang itu berpada pada bekalan yang hanya akan habis dua tiga hari.?

Jika perjuangan itu berpuluh-puluh tahun, maka bekalan perlu lebih daripada itu."


Kita hidup untuk akhirat.


Adakah kita rasa kebaikan kita yg sedikit ini mampu untuk bekalan akhirat yang panjang disana nanti?

Setiap manusia memang tidak sempurna. Namun jangan jadikan 'tidak sempurna' itu sebagai alasan untuk kita melakukan kemungkaran.Kalau buat salah sikit,mesti gunakan alasan "Aku tak sempurna,tak maksum". Apakata tukar "insyaAllah,aku akan berusaha lagi". kan lebih baik? Semoga kita semua boleh merasakan SYURGA INDAH itu bersama-sama. Ayuh. sama-sama kita berusaha membina diri dan menuju perubahan dengan menggunakan segala peluang yang telah ALLAH permudahkan dihadapan kita ini. InsyaAllah.

Dan sampai sekarang masih cuba berubah
Paling tidak dari jalanan ke tikar sejadah


Berapa ramai manusia yang sudah pulang menghadap tuhan

Namun berapa ramai juga yang tak sempat bertaubat sehingga ajal menjemput pulang.

Allah. Semoga kematian kami dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Aamin.


 
  

 


 

3 comments:

  1. Kuatkan hati.
    Jaga hati.
    Jaga peribadi.
    Jaga iman di hati.
    Moga istiqamah dalam mencari cinta Ilahi.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.
    berusaha dalam mendapat keredhaanNYA :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, setuju akak! Sangat2 susah nak jadi solehah, tapi insya Allah kalau kita usaha Allah lagi suka kat kita kan kak?
    I ll try my best for Him, aminm

    ReplyDelete