Wednesday 8 January 2014

i choose to be strong!

Manusia selalu kata, 
'saya kuat sebab ada Allah.'
tp, bila dtg musibah,
'saya tak mampu, saya tak kuat.' sedangkan,
'bukankah Allah itu tetap ada?'. 

Hari ni kita pun dah lupa, betapa banyak musibah yg Allah dah keluarkan kita dari detik 'sukar' tu.

Sehingga pd saat ni, waktu dan jam ini, 
kita dah lupa apa musibah yg kita pernah alami, mcmna rasa sakitnya, 
dan betapa banyak titisan air mata ygkita dah bazirkan.

Bukan mudah nak kuat, bukan mudah nak jd mnusia tabah dan cekal,
tp kita yg memilih.
Mahu jd org lemah ataupn org kuat?
Mahu berputus asa atau gagahi langkah?
Gagah melangkah itu mungkin berat, 

tp berputus asa bukan bermakna jalan kita akan jadi mudah. 

Kena sedar ITU.

''Apakah manusia mengira bhawa mereka akn dibiarkan dgn hanya mengatakan, 'kami telah beriman?',

dan mereka tidak diuji?"

Ya, memang setiap jalan itu susah,
tp Allah janji setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan.


aku kira Allah memang sengaja uji.
Memang pun.

 Masakan tidak, jika itu satu-satunya cara manusia mampu bersabar.
sedangkan dalam ujian tu, ada kemanisan yg tak mampu diungkap walau dgn kata-kata.
cukup sekadar orang yang merasa sahaja mengetahui.
aku yakin, semua dah merasa kemanisan tu.

cumanya sama ada mereka sedar ataupun tidak.

Ya. sedar.

kerana kegelapan takkan pernah ada kalau kita berusaha untuk mencari cahaya,
petunjuk Allah takkan pernah ada kalau kita yang tidak mahu memulakan usaha.

seperti makanan.
kalau tak disuap, mana kan masuk dalam mulut.

24:35


semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment