Tuesday 30 June 2015

Travelog Ramadhan 12

Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kita tak tahu adakah masa depan kita nanti ada bersama mereka ataupun tidak.
         
Kerana kadang-kadang diri sendiri belum pasti dan kerana hati.
Ia perlu dijaga rapi.
         
Boleh jadi kerana masa tidak mengizinkan
Boleh jadi kerana kita belum bersedia dan perlukan persiapan.
         
Bukan kerana dia bukan pilihan hati
Namun kita sendiri tidak pasti
Adakah terciptanya dia untuk jadi raja di hati. Atau cuma singgahan untuk menguji !
         
Pointnya.
Jangan cepat membuat konklusi😊
Belum tentu kesimpulan kita tepat.
Belum tentu yang kita sangka baik itu baik. Dan belum tentu yang kita sangka buruk itu buruk.
         
Lalu, apa yang ada pada kita?
Yaa. yang ada pada kita, pada detik dan ketika ini cuma pengharapan dan keyakinan pada Ilahi
         
Yakini di sana, bahawa sejak azali sudah termaktub segala taqdir perjalanan hidup ini. Teruskan bersangka baik dan jangan henti berdoa. Tiba masanya nanti, kita pasti redha. Pasti :')

Sunday 28 June 2015

Travelog Ramadhan 11

Kawasan rumah kami agak gelap, tak ada lampu jalan. jadi setiap kali balik lepas terawih, sempat perhatikan kawasan jalan. Walaupun gelap, tapi bila dah nak dekat dengan kawasan rumah tu, riuh dengar suara budak arab duk main.
masa tu lebih kurang pukul 11.20 malam.
         
Hari-hari biasa, sunyi
tak pernah bising dan riuh rendah sepertimana Ramadhan.
         
Mungkin kawasan rumah kami je kot
sebab kawasan ni kawasan perumahan keluarga, dan satu-satunya rumah melayu akhowat bangunan tu adalah rumah kami.
         
Balik terawih pun kadang-kadang sekali.
Jadi tak payah guna khidmat muraqib.
Dah ada muraqib tetap arab 😜
Maafkan kami KK Permai.
Lepas dengar kes terbaru sehari dua ni, kami janji pakai muroqib melayu dah lepas ni 🙆
         
Berapa malam ni duk perhati
Biasa petang sebelum buka,
dan jam 11 ke atas budak-budak arab ni duk aktif sangat.
         
Aktif main-main.
Masuk je iftor, senyap.
Waktu terawih, dorang pi solat.
Time sahur, dah mula start dengar suara dorang turun dari tingkat atas untuk solat subuh kat masjid.
         
Dalam hati duk kata,
'kuat mujahadah budak-budak ni'
         
Dan aku syak, dorang ni tak tidur malam kot, sebab tunggu waktu sahur. Sebab tu senyap je pagi tapi riuh semacam malamnya.
         
Apa-pun malam mereka hidup.
Kita macamana agaknya ? 😊
         
So mana yang laki-laki tu yang sihat tubuh badan, ada kudrat tapi tak pergi solat subuh kat masjid kena malu kat budak-budak ni.
         
Yang mana depan rumah tu lagi lah.
Malu. Kita ada peluang, tapi tak manfaatkan. Itu syabab.
         
Yang akhowat pula, praktis solat jemaah dengan housemates kat rumah. Tak solat kat masjid bukan alasan untuk tak subuh berjemaah !
         
Kalau bulan-bulan lain, tak biasa buat, apa kata biasakan untuk bulan ni.
         
Praktis slow-slow.
Waktu praktisnya sekarang,
Hasilnya kita tengok lepas Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya nanti
         
Walau apa pun, bukanlah banyak ke tidak amalan yg kita buat, tapi istiqamah ke tidak lepas Ramadhan tu yang kita hendak.
         
Jangan jadi Ramadhaniyyun.
Tapi jadilah Rabbaniyyun.

Travelog Ramadhan 10

TENTANG RASA

Orang kata jatuh cinta pandang pertama
Orang kata akhlak yang indah lahirnya cinta
Orang kata juga dari rakan sekerja boleh timbul rasa suka

Biarlah apa pun orang kata
Situasi kita tak semestinya sama
Kita punya rasa walaupun sebabnya berbeza
Punya cinta walaupun pengakhirannya bermacam cerita

Aku, kau dan juga dia
Punya hati, punya rasa, punya cinta
Biarpun berbeza cinta dan cerita
Impian kita tetap sama
Mencari bahagia di dunia dan di sana

Wahai pemilik rasa cinta
Tahanlah rasa, pendamkanlah cinta
Atau lupakan saja
Andai diri belum cukup bersedia
Andai perangai masih di takuk lama
Takut-takut rasa itu membawa binasa
Risau membawa murka Yang Esa

Wahai teman yang tahu agama
Malulah kita pada Pencipta

Cintailah Pencipta melebihi manusia
Persiapkan diri dengan ilmu secukupnya
Curahkanlah cinta pada yang selayaknya
Agar cintamu berakhir bahagia
Agar rasamu membawa ke syurga

Dan moga-moga mujahadahmu itu menggapai redha-Nya :)

Pada semua yang punya cinta
Dan buat diri yang pernah merasa dan masih merasa cinta-cinta manusia di sekelilingnya

Ya. Kerana hakikatnya kita manusia
Tidak terlepas dari rasa cinta ;)

Maka sandarkanlah cinta pada yang sepatutnya dicinta sebelum mencari pemilik cinta (yang syurga-Nya di bawah telapak kakinya nanti)

If you know what I mean ;)

#10Ramadhan
#TentangRasa

Friday 26 June 2015

Dulu kini, dia dan Dia.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun rupanya menulis blog.

Ada yang tahu, ada yang tak tahu.

Kembali merenung semula

Dulu. Apa niat tulis entri di blog ya?

Hmm.
Tak jumpa jawapan tepat. Sungguh!
Rasa dulu mungkin tulis entri sebab nak luah rasa hati, mungkin?
Dan ada selit juga dakwah sikit-sikit, sebagai permulaan.

Dan hari ni.
Melihat entri lama-lama tu jugak buatkan aku muhasabah kehidupan dulu dan sekarang.

Rasa dulu aku punya kehidupan yang bahagia. Melihat entri dengan ayat,
'' huhu, hehe" short form semua tu rasa mungkin dulu aku bahagia dengan cara penulisan sebegitu.

Sekarang tak bahagia ke?

Tak. Sekarang terlebih bahagia.
Sekarang lebih tenang kot ye.
Lebih matang (gaya penulisan je kot) 

:D

Aku tak pasti kalau ada orang yang tak pernah ada sisi gelap dalam hidup dia.
Or what we call as zaman jahiliah.

Aku tak pasti orang lain.
But I have mine !

Dan zaman kejahilan aku ialah waktu Form 4 dan Form 5 dulu.

Zaman penuh warna warni juga.
Zaman yang bercampur baur rasa

Zaman yang pernah mengumpulkan aku dengan sahabiah yang banyak mengajar erti kehidupan, dakwah dan tarbiyah.

Tapi dah kenapa itu jadi zaman jahiliah pulak ?

Sebab zaman tu juga lah mula berjinak-jinak dengan bermacam teknologi, zaman kenal-kenalan melalui phone. Sms dengan kawan-kawan dan buah hati (?)

Hmm 😊

Ada benda yang kita tak mampu cerita dan kongsi dengan manusia

Dan cukup menjadi rahsia antara hamba dan Tuhannya.

Zaman itu.

Zaman aku cuba mengiakan semua perkara, zaman cuba lawan fitrah berTuhan. Ya zaman jahiliahku yang kesilapan dan dosanya Tuhan yang akan mengadilinya di Mahsyar nanti.

Sekarang, aku rasa selamat kerana rahsiaku dalam pengetahuan Dia.
Rasa sangat bahagia kerana aku ada benda yang dikongsi dengan Tuhanku.
Rasa bahagia sangat.

Rasa tak malu nak menangis bercucuran airmata menangis teresak-esak sekalipun di hadapan Dia.

Sebab apa?
Sebab aku punya cerita yang aku kongsi dengan Tuhan.
Sebab aku ada Dia, tempat aku berkongsi rasa.

Dan kerana hanya Dia Yang Mengetahui segalanya.

Yakin dan percayaku pada Dia,
bukan lagi pada dia.

dia yang dulu
Dan Dia yang kini
Sangat berbeza !

Kerana dia yang dulu,
bukan lah Dia yang kini ada di hatiku.

Terima kasih pada dia yang menemukan kembali aku dengan Dia walau hakikatnya Dia juga lah yang merancang segalanya :)

Namun begitu, tanpa dia,
aku mungkin takkan sedar
Bahawa Dia lah yang paling setia di sisiku dari dulu hingga kini.

dia, manusia
Dan Dia adalah tuhanku :)

Allah.

Bidadari Cinta Walid

Saya percaya dan yakin bahawa kita sememangnya hanya punya satu Tuhan

Kita cuma punya sekeping hati.
Dan selayaknya cinta kita hanya dibahagi pada Yang Satu.

Iaitu Allah, bukan ? :)

Dan pada manusia, cinta-cinta lah yg sekadarnya je, bila benci, benci lah berpada.

Paling penting, sandarkan cinta dan benci kita kerana Allah. Baru kita tak kecewa, baru kita tak terluka.

Sebab apa ?

Sebab Allah saje cinta hati kita :)

Iman yang turun naik ni mungkin tak mampu untuk mencintai dan membenci kerana Allah seadilnya.

Kerana hati yang begitu kotor ini lah mungkin penyebab ada yang terluka mungkin juga perosak segala-galanya!

:')

Maafkan bidadari cinta walid ini yang tak mampu mencintai dan membenci sekadarnya

Hakikat diri kerdil ini terkadang tak mampu mengadili setakat mana mizan cinta dan benci hatta untuk diri sendiri, masih tak mampu.

Hakikatnya bidadari walid dan kesayangan ummi ini tengah bermain emosi dan perang hati

Dan mungkin sudah patah sayap untuk terbang lagi

Doakan bidadari ini ummi.
Doakan bidadari ini walid.

Wednesday 24 June 2015

Bawa Aku ke Syurga

Genggam erat tanganku
Kerana taqdir pertemukan kami di dunia
Sape tahu dgn taqdir juga mempertemukan kami jua di syurga
         
Aku punya sahabat yg tak segan ucap,
"Rindu mung. Sayang mung sgt3"
Punya sahabat yg selalu cakap,
"Mung sahabat dunia akhirat aku''
         
Dan paling tak tahan sebak tu bila ada yg cakap, " bawa aku ke syurga "
         
Speechless.
         
Cuma mampu jawab,
" klu mg rindu aku, syg aku.. for sure i'll love and miss you more. cuma aku bukan lah org yg layak nak bawa mung ke syurga, dan mung hk kena cari dulu aku di syurga. "
         
Bila di sana nanti, kita akan saling mencari mana sahabat dunia akhirat kita. And i ask you, to bring me with you. InshaAllah.
         
For now, I'm soo blessed. To have many many many good people beside me. To have lotsss of sahabat, those who are willing to be my sahabat dunia akhirat, those who appreciate me so much with all their kindness and loves. To all those friends, thank you may not be enough. But one thing for sure, let Allah grant everything there. Jzkk.
         
Mudah kita ucap nak syurga.
Semoga kita tak pernah lupa bahawa syurga juga bukan semudah itu

Saturday 20 June 2015

Ramadhan di Bumi Syam

Ramadhan pertama di bumi Syam.
Ramdhan pertama tanpa keluarga
Ramadhan pertama yang buat hati rindu

Rindu pada Ramadhan pertama bersama keluarga di rumah

Rindu waktu berterawih bersama, waktu meluangkan masa beriftor dan bersahur

Namun semua itu terpaksa dikorbankan untuk sementara waktu ini

Nasib anak perantau
Demi ilmu terpaksa korbankan waktu bersama keluarga

Namun di sini, bumi Syam ini menjanjikan kegembiraan yg lain pula

Suasananya lebih dirasai
Ramadhannya lebih dinanti
Pesta ibadahnya sangat dirai

Ambil lah
Ambil lah seberapa banyak pengalaman ini buat bekal di sana nanti

Rindu

Friday 12 June 2015

Ingat janji Allah

Kisahnya begini.

Nak cari gambar latest, sebab nak tangkap gambar la kononnya. Nak buat perbezaan.
Cari punya cari, cari dalam beg tu, jumpa duit. Bukak beg ni, jumpa beberapa qursh.
Bukak beg dalam almari pulak, jumpa lagi duit.

Nak cari gambar.
Jumpa benda lain.
Memang selalu mcamni,
Setiap kali cari something, mesti jumpa duit. Dapat dalam 2-3 JD dalam bentuk qursh tu pun bagi aku kira banyak dah tu.
Lastly masuk tabung, Alhamdulillah.

Fed up cari gambar, teringat drawer kecik bawah meja, tempat last yg nak cari gambar tu. Bila bukak yg bawah sekali, jumpa duit JD beberapa keping ni.
Terkejut. Biasanya jumpa takde lah banyak macam ni. Terkejut sgt sampai lama diam.

Tanya kawan, kot2 tu duit dia.
Dia gelak kat aku.
" Duit mung la tu, your money is everywhere"

Aku diam. Dalam hati kata,
" Ya aku tahu sokmo letak duit kokse tapi tak mungkin banyok gini "-.-'

Duit infaq dan yuran yang selama ni aku kutip semua dah settle. Dan sekarang aku takde pulak jadi bendahari ke apa.

So aku try untuk flashback semua benda.
Sebulan yg lepas, aku ada ambik duit dalam kuantiti yg lebih dari biasa sebab nak settle hal-hal untuk rumah dan umrah, dan masa tu jugak lah, ada org mesej untuk ingatkan pasal duit tabarru' (tabarru' = sumbangan)

" Assalamualaikum..
Nak bagitahu pasal duit tabarru', kalau saudari ada nak bayar utk mana2 bulan, boleh la berbuat demikian. Jzzk " ☺☺

Seriously masa tu duit dah kering
Tipu lah kalau kata masa tu sikit pun takde rasa berat hati nak bagi.

"Kalau ikut kondisi, aku tak bagi pun takpe"
Ni yg aku terlintas dalam hati waktu tu, kata syaitan lah ni. Haih.

Masa tu, dalam sedikit rasa yg syaitan bisikkan tu, aku cuba lawan..
"Duit tabarru' pn penting jugak, kata kan ada org yg lagi memerlukan, duit tu mgkin sgt bernilai untuk org tu."

Masa tu masuk ayat yg pasal infaq dalam kepala.
(Juz 3 Maqra' 2 Al -Baqarah m/s : 44-46)

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Ayat ni yang paling first ingat walaupun kalau ikut turutannya dia berada di kedua bawah pada sofhah(helaian)
Sebab berat hati ni, so kena pujuk hati dengan ayat Allah. Ingat janji Allah yg Allah akan bagi keampunan dan rezeki yang lebih lagi,

Dan ayat ni.

" Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. "

Dan ayat seterusnya.

" Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). "

Boleh rujuk :)
Maka benarlah kata-kata Allah itu.
Nak katanya, rasa berat hati tu memang ada, tapi lawan lah..
Ingat balik ayat-ayat Allah dan apa yang Allah janji, dan aku rasa bersyukur sgt.
Sebab di saat rasa susah, rasa poket kering ni, Allah hantar kegembiraan dengan mengirimkan rezeki dari cara yang tak disangka-sangka.

Teruskan bersangka baik dengan Allah
Teruskan mensyukuri segala nikmat
Teruskan mencuba untuk yakin pada Allah

(وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) [Surat Ibrahim : 7]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. "

Pengajaran untuk kita semua
Semoga Allah redha :)

Monday 1 June 2015

Fitrah Manusia

Salahkan diri yang jarang memberi
Bukan mereka yang tak tahu menghargai
Salahkan diri yang tak tahu menjaga emosi
Bukan mereka yang diam menyepi
         
Hakikatnya kita banyak menuding jari
Tapi jarang refleksi
Jadilah mereka yang diri kita mahu
Kerana apa yang kita mahu,
Itu juga lah yang mereka mahu
Fitrahnya manusia itu sama

Fitrahnya.