Friday, 29 July 2016

aku yang pemarah

Yaa. Maybe I'm one of that person yang tak boleh orang garang, kasar, biadap dengan aku. Even benda tu kecik je

Contohnya klu aku tanya, dia tak jawab
Paling pantang, kalau takde ribut petir tetiba nak pulau aku

Ahh sakit hati
Padahal dia marah org lain
Aku jadi mangsa

Pastu kalau nak keluar bilik,  jangan la tutup pintu kuat-kuat
Tolong la ade sikit rasa sense dalam diri tu

Aku akan rasa marah
Ya semua orang akan marah
Bezanya I'm kind of that person yang akan saaangat marah. Tapi tak tahu nak tunjukkan rasa marah tu. Mungkin certain person tahu kalau dia perhati muka aku. Tapi aku takkan sesekali marah dia balik. Aku takkan balas balik dia buat kat aku. Aku rela berperang dengan jiwa aku sendiri walaupun we all know, how painful that feeling

benda paling sakit.

But I still choose to be in toilet
Calm myself
Or grab earphone
And enjoy some instrumental music
Or I'll cover myself with blanket head to toe

Kalau kau nak aku tenang, bagi aku masa
Kalau aku normal, aku akan kembali mcm biasa in less than 30 minutes 

Sometimes aku terfikir
Betul ke benda ni biasa orang rasa?
Rasa tak dihiraukan kalau org tak jawab
Rasa seolah2 aku ada buat salah kat orang kalau orang buat tak endah

End up, kau akan rasa nak menyendiri
Rasa nak orang pujuk

Ataupun..
Sebenarnya aku yang terlalu menjaga hati orang sampai aku tak sedar
Bahawa benda tu actually biasa-biase je
Aku mengaku, mungkin la. Aku terlalu biasa jaga hati org dengan cara sebegitu
Aku pun tak sedar benda ni sampai ada kawan jugak bagitau. Dia cakap, 

" Kau terlalu nak jaga hati orang"

Dia. Mestilah bukan kawan biasa-biasa 
Dia tahu luar dan dalam seorang insan bernama aku.

Tapi aku macam ni la
aku tak rasa yang aku terlalu nak jaga hati orang
Even orang jahat sekalipun
Buat jahat kat aku
Aku takkan mengata dia depan-depan
Paling-paling aku akan citer kat orang lain
Tapi yg pasti bukan depan dia

Sebab aku pikir
Aku pun jahat
Jahat-jahat aku pun, aku still nak orang jaga hati aku, air muka aku, 
Especially depan orang
Aku tak nak satu hari nanti kalau aku 'tersilap' buat salah kat orang, dia marah aku, dia pukul aku, aku tak sanggup sebab aku takut

Sampai macam tu sekali, 
Aku amalkan "common sense" yang orang duk selalu cakap

Aku nak jaga hati dia
Try tak cakap kesalahan dia depan dia
Paling susah, try tak marah dia

Mungkin ke sebab tu
Aku mengharap untuk org buat benda yang sama jugak kat aku?

Aku bukak elok2, aku tutup elok2
Aku jawab org tanya, walaupun kadang2 aku confius dia tanya aku ke tak sebenarnya
Aku jawab jugak walaupun aku tak tahu sebenarnya dia tanya soalan ke bagi statement?

I thought that is what we called as common sense. Tapi pada hakikatnya aku silap. Aku tak boleh apply semua benda yang aku rasa pada setiap orang.

Boleh jadi, aku rasa tapi orang lain tak rasa

Orang pun kesah apa kau rasa apa
Kau nak marah ke, nak mengamuk ke
Not all people care about us
Ya. Tapi kenapa
Kenapa kau still lagi nak jaga hati orang?

Cakap pasal mengamuk
Aku pernah sekali 'terlepas marah'
Aku mengamuk
Aku rasa tu kenangan yang aku paling nak lupa
Dan amarah aku yang paling besar
Aku pun tak tahu sebab apa aku marah
Aku marah kat sape sebenarnya
Ada. Kat someone
Tapi aku lupa macamna kisah dia

Yang pasti aku pun stress waktu tu
Aku banyak benda nak buat
Aku banyak masalah nak settle
Tapi ada orang yang cuba menambahkan lagi masalah aku
Tu je aku ingat

Dia buat macamana, aku pun dah lupa

Waktu tu, aku baling beg kertas kat tangan
Sampai beg tu putus tali
Habis semua barang jatuh
Aku menangis
Bukan nangis biasa

Aku meraung
Nangis kuat giler
Sampai aku tersedu
Housemates aku yang lain keluar
And tanya kenapa
Aku nangis lagi
Aku lap air mata
Tak mampu nak jawab

Buat pertama kali, pada orang lain
Aku marah sangat
Dan aku lepaskan rasa tu
Aku lap air mata lagi

Dengan beg yang dah tercabut tali
Aku masuk ambik beg yang lain
Aku nangis lagi waktu tu

Terus aku keluar
Masa tu memang nak keluar pun
Sampai keluar pun, aku nangis lagi
Tengah jalan pun nangis lagi
Sampai Arab pandang pelik

Sampai tempat yang nak pergi tu
aku cuba control
Ni rumah orang
Aku tak nak orang tengok aku nangis
Nangis ni tanda lemah

Aku tumpang tandas rumah tu
Cuba tenangkan diri

Aku tanya kat diri aku
'' Argh kenapa aku lepaskan marah td?''
" Kenapa lemah sgt kau ni?"
" Kenapa kau tak control ?!"

Aku menyesal
Aku duk ulang-ulang ayat tu kat diri sendiri
Sampai aku penat
Sampai aku rasa kalau la boleh masa diputar balik, aku takkan menangis

"Aku sepatutnya tenang"

Aku ulang lagi ayat tu

"Aku menyesal"
" Macamna aku nak cover balik ?"

Balik rumah, aku buat tak tahu
Aku cuba make up balik keadaan
Mana la tahu suasana happy tu boleh datang balik
Aku gelak, cuba bercakap dengan orang
Aku dah tak marah
Aku tak duk sorang2

And guess what? 
I got back my "heart"
Dia dah kembali tenang

I always hope that it can be like that, forever.
This is a story about me. How I survived to be me now. And how I struggled to be a better person

I may not be someone better now, but at least, I tried and still trying :')

04:35
290716
Irbid

No comments:

Post a Comment