Saturday, 23 January 2016

Syukurlah, Tuhan pasti tambah

''Duit aku.. duit aku simpan kot weyh.."
*teresak-esak nangis sambil lap air mata*
         
''Jangan nangis, mungkin Tuhan nak ganti dengan rezeki yang lebih banyak lain waktu. Mungkin harini bukan hari kau, tapi hari org y dah lama perlukan duit, dan mungkin dia orang yang lebih dulu bersyukur. Sebab tu Tuhan tambah. Ingat. Janji Dia, la iin syakartum la aziidannakum wa la iin kafartum inna 'azabi lasyadid. Lasyadid! Amatlah keras! Taukid!"
         
Begitulah monolog hati seorang gadis dengan hati beliau pada malam ni. Jangan nangis weyh. Allah ada.
Alhamdulillah
----------------------------------------------------------
Dia nak hadiahkan kebaikan yang banyak untuk kita. Dia nak hadiahkan kebahagiaan untuk kita. Dia nak hadiahkan detik yang mungkin paling bahagia untuk kita kenang sepanjang hayat
Lantas kita diuji dulu
Tiba waktunya kita akan senyum kembali, air mata kita usap dari pipi
Baru kita tahu, betapa baiknya Tuhan. Sakit dulu tak setanding bahagia yang kita rasa sekarang. Have faith! Baru hilang sikit nikmat Tuhan. Kalau kita yakin, ada lagi yang lebih bernilai sebagai ganti

Sunday, 10 January 2016

Seksa Neraka

Kita hirup udara yang sama
Menumpang di bumi yang sama
Kita pinjam kecantikan, kemewahan, kebahagiaan yang hanya sementara
Adakah kita rasa apa yang kita pinjam ini HAK kita? Di akhirat nanti bolehkah kita berlepas tangan?
Andai saja kita tahu dan SEDAR betapa nikmatnya syurga, setiap benda baik di bumi ni semua kita nak lakukan. Ringan tanpa sebarang paksaan. Saya pernah dengar, orang kata di syurga nanti kita dapat melihat wajah Tuhan. Macamana ya wajah tu? Teringin sangat nak tengok. Then dibacakan pada saya satu ayat Al-Quran,  Allah berfirman "...oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." 18:110
Kena beramal soleh dan jangan syirik Allah. Mungkin no 2 tu kita tak buat, tapi bagaimana dengan amal soleh kita? Nak memandang Allah di syurga nanti pun ada syaratnya. Dan dunia ni lah kebun untuk kita bersusah payah penuhi syarat tu sebelum sampai ke sana. Antara syarat dia kena patuh suruhan Allah,tinggal larangan Allah, tutup aurat, bercakap baik, jaga perlakuan, jaga pergaulan dan banyak lagi kan.
Dan boleh percaya tak kalau kata semua benda bila diniatkan kerana Allah, betul caranya boleh mudah je dapat pahala. Bermakna kita dah penuhi beberapa syarat sebelum nak jumpa Tuhan
Berat ? Tak berat pun kalau kita ingat, dunia ni sementara. berat mana je pun nak banding berat seksa akhirat yang kena tanggung SELAMANYA
bersambung...
12:47
100116
Irbid Jordan

Tuesday, 5 January 2016

tawakal dalam erti kata sebenar

Baru minggu lepas aku kongsikan dalam usrah mengenai tawakal.
Bila bercakap soal tawakal, ada dua muka surat dalam al-quran yang paling aku suka untuk kongsikan. Muka surat yang penuh isi, padat dan terkesan
(al-imran : ms 71-72)
Dua muka surat ni bukan sekadar bercerita tentang tawakal sahaja tapi banyak lagi perkara lain. Yang kena kat diri sendiri. Nama lagi al-quran, rugi tak baca. sebab setiap helaian tu memang ditujukan kat kita. Cuma ditunggu, nak baca ke tidak
Sebab apa cakap pasal ni ? Sebab hari ni exam, dan dalam exam tu la teringat balik apa y dikongsikan dalam usrah lepas. common feeling, bila dapat detect salah kat mana terus rasa 'arggghh kenapa salahh soalan ni weyh.'. But this time, memang ada soalan y terang2 salah jawab. tp try to be cool sebab rasa 'barangkali ni lah masa untuk praktik erti tawakal y sebenar..'
Tawakal y bukan after exam sahaja, tapi tawakal dalam setiap urusan, tawakal dalam menerima natijah sekalipun tak seperti y kita harapkan. Seringkali kita pasti diuji dengan kata-kata sendiri. Bilamana kita berhadapan dengan situasi sukar, dari situlah kekuatan datang. Dari situ juga lah teringat balik pada perkara y pernah kita kongsikan.
"Berbumbungkan atap Qatrunnada, di bawah langit Tuhan"
040116
00:09 a.m

Friday, 1 January 2016

Tahun Baru : 1/365 days

Terasa banyak pulak yang nak ditulisnya. Mungkin sebab tahun baru. Pengaruh tengok kawan-kawan post ucapan, baru terfikir. Ohh dah masuk tahun baru.

Dah ada angka 1 kat belakang. Sedihnya, tak ada benda yang nak dibanggakan. Orang kata, nothing to proud of. Azam tahun baru? Lagi sedih sebab aku tak ingat pun apa azam tahun baru yang lepas, cuma ingat nak jadi lebih baik, nothing specific. Kalau lah ada pun mungkin daripada 10, 1 benda pun aku tak dapat realisasikan. Hambar.

Kalau dulu Sultan Muhammad Al-Fateh boleh jadi pemimpin seawal usia belasan tahun, mampu hafal Al-Quran seawal usia 6 tahun. Tapi aku masih merangkak-rangkak mengejar semua tu. Melawan arus nafsu yang ada dalam diri. Masih lagi terkapai-kapai mengurus diri dan kondisi walaupun tak mampu untuk berdiri sendiri. Bab belajar pun tahap kesungguhan boleh buang ke laut, perkara selain itu apatah lagi.

Mengimbas kembali memori setahun yang lalu, tiga semester ditempuh.
Suka duka tu tak payah cakap, jatuh bangun pun acap kali buat

Al-Quran. Berapa kali terfikir nak berhenti hafal? Belajar. Berapa kali dapat skor markah yang nak? Dan mati. Berapa kali fikir mati?
tak sedar. 'sentap pulak buat ayat cani'

Tahun ni berbekalkan azam baru, semangat baru. Nak jugak capai empat perkara ni.

1- Al-Quran
2- Study
3- Buku
4- Ibadah

Al Quran. Hope dapat capai muqarrar 8 juzuk tahun ni. Akhir semester ni pulak target nak dapat capai muaddal tinggi (berapa tu rahsia). Buku pulak nak habiskan 50 buku tahun ni. Ibadah, pun rahsia (secret. I do have my own target, inshaAllah )

Sape je yang boleh hidup tanpa target. Ibarat nya mereka hidup seperti orang takde matlamat. Walaupun bukan dalam bentuk tulisan macamni, dalam fikiran at least mesti ada sikit kan ? ----- Harapnya, mampu lah untuk aku realisasikan semua ni. Aku harap, at the end of 2016, dengan izin Allah, kalau aku ada nyawa lagi, aku mampu baca balik post ni dan boleh berbangga dengan diri sendiri. At least I do make something to realise my dreams.

Target ni semua aku susun ikut kepentingan dan masa. Bukan bermakna tak target benda lain, ada. cuma belum sampai masa untuk laksanakan lagi. So please jangan ada yang tanya soalan yang 'not for now' such as bila nak tunang, nak kahwin bagai. I'm doing the best I can do for now, and just leave everything to Allah. He knows best.

Malas nak pikir
Tahun baru semangat baru
Tahun lalu biarkan berlalu

So end of 2015
Let's begin with 2016

1/365 days. More days to accomplish.
With rain and storms sometimes but we still have more days to make it as beautiful as the rainbow.

Dan untukmu pelangi mohon hiasi indah
warna langitku.

Same Dream

I keep thinking about what happened before
And I keep repeating the same dream as before

And I asked myself
What sign Allah's giving to me ?

---------------------------------------------------

Banyak sangat perkara yg bermain dalam fikiran kita seharian
Kita asyik ulang perkara yang sama dalam benak
Kita biarkan benda yang tak penting mempengaruhi hidup kita
Sampai satu masa baru kita sedar,

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buang dari menjadi sampah yang menyerabutkan otak. Sudah sampai waktu untuk kita tapis benda yang perlu sahaja untuk difikirkan mengikut waktu dan kepentingan

"Jadikan hidup ini satu keringanan
Bukan bebanan

Jadikan hidup ini satu persinggahan
Bukan tujuan

Jadikan hidup ini tanaman
Dan akhirat itu sebagai tuaian"

p/s : typing this post while shaking and freezing. It's damn cool guys! Say hye to new year and the winter too! 😆