Kita hirup udara yang sama
Menumpang di bumi yang sama
Menumpang di bumi yang sama
Kita pinjam kecantikan, kemewahan, kebahagiaan yang hanya sementara
Adakah kita rasa apa yang kita pinjam ini HAK kita? Di akhirat nanti bolehkah kita berlepas tangan?
Andai saja kita tahu dan SEDAR betapa nikmatnya syurga, setiap benda baik di bumi ni semua kita nak lakukan. Ringan tanpa sebarang paksaan. Saya pernah dengar, orang kata di syurga nanti kita dapat melihat wajah Tuhan. Macamana ya wajah tu? Teringin sangat nak tengok. Then dibacakan pada saya satu ayat Al-Quran, Allah berfirman "...oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." 18:110
Kena beramal soleh dan jangan syirik Allah. Mungkin no 2 tu kita tak buat, tapi bagaimana dengan amal soleh kita? Nak memandang Allah di syurga nanti pun ada syaratnya. Dan dunia ni lah kebun untuk kita bersusah payah penuhi syarat tu sebelum sampai ke sana. Antara syarat dia kena patuh suruhan Allah,tinggal larangan Allah, tutup aurat, bercakap baik, jaga perlakuan, jaga pergaulan dan banyak lagi kan.
Dan boleh percaya tak kalau kata semua benda bila diniatkan kerana Allah, betul caranya boleh mudah je dapat pahala. Bermakna kita dah penuhi beberapa syarat sebelum nak jumpa Tuhan
Berat ? Tak berat pun kalau kita ingat, dunia ni sementara. berat mana je pun nak banding berat seksa akhirat yang kena tanggung SELAMANYA
bersambung...
12:47
100116
Irbid Jordan
100116
Irbid Jordan
No comments:
Post a Comment