Saturday, 25 April 2015

Muslimah - Perhiasan Ataupun Fitnah?

Muslimah.
Yang sopan santunnya tinggi
Peribadinya menyejukkan hati

Yang menjaga pandangan dan pergaulan
Dan dari rahim merekalah akan lahir si mujahid nanti ! :)

Ataupun seorang Muslimah itu,
Mahu jadi pujaan lelaki
Meniti di bibir mereka yang tak pasti
Yang hanya akan menambah saham dosa buat diri mereka sendiri
Dan fitnah bagi mereka yang mengetepikan iman lalu menurut kata hati.

Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi pilihan, samada mengikut kata hati yang berlandaskan iman. Ataupun bisikan nafsu yang merosakkan.

Sama ada sebaik-baik perhiasan
Mahupun sebesar-besar fitnah

Yang mana kita nak jadi?
We choose. ❤

Dalam hidup takkan ada istilah terlambat kerana selama-lamanya sentiasa ada taubat

" Because we care
And we love.
So we spread the love
To the one we love
And halal to be love. ;)
And because all of me, love all of you " (baca : you all)

:)

Tuesday, 21 April 2015

Raut Wajah Tua

Alhamdulillah semalam ditaqdirkan Allah untuk hadir ke kelas biarpun sebenarnya ikut rasa, hati sangat malas. Astagfirullah..

Tapi teringat satu kata-kata,
'' Kalau kau malas, takde orang yang akan rajin untuk kau."

Dan kalau ikut pengalaman, memang yang perangai malas ni lah yang selalu buat aku kesal.

Kebiasaannya hari Isnin. Kalau aku tak pulang ke rumah selepaas kuliah, akan singgah di masjid sementara menunggu waktu asar. Kemudian terus ke tempat kelas.

Tapi semalam, dek kerana ikutkan rasa yang letih, aku pulang ke rumah untuk mendapatkan lelap yang seketika. Balik rumah, tidur.

Setengah jam kemudian terpaksa bangun balik. 4.54 !

Allah. Akibat tidur selesa dengan selimut bagai. Mahunya tak menjerit bila tengok jam. Lagi 6 minit!!

Berlari masuk tandas, berwudhu'
Capai tudung, dan solat.

Aku buat keputusan untuk membawa senaskhah Al-Quran sahaja. Ya. Itu lebih baik supaya perjalanan kelas tak terganggu nanti.

Langkah kaki dicepatkan. Dari bangunan rumah melepasi beberapa bangunan yang lain, kereta silih berganti. Hon sesekali kedengaran menandakan teksi bersedia untuk menerima penumpang. Sesekali senyuman diberikan menyapa pelajar Melayu yang berselisih di jalanan.

Adat Melayu di sini, 3S
Senyum. Sapa. Salam
Kau tak senyum, kurang adab namanya.
Paling tidak, senyum.
Aku kira itu yang paling mampu untuk buat dalam apa jua keadaan :)

Sampai ke kelas, nafas masih tercungap-cungap. Aku kira perjalanan dari utara ke selatan dengan hanya berjalan kaki yang mengambil masa 10 minit. Wow! Rekod baru untuk aku hari ni.

Satu lagi adat di sini- berjalan kaki.

Naskhah dibuka. Murajaah dimulakan.
Sayu di telinga, suara manusia yang diibaratkan seperti bunyi dengungan lebah, yang selalu membuatkan hati aku tenang. Berpeluang berada dalam suasana Al-Quran ialah sesuatu yang dahulu sangat aku impikan. Dan tak sangka, peluang yang dulu pernah disia-siakan akhirnya tercapai di sini, di tanah Syam.

Sesuatu yang sangat besar hikmahnya, bagiku. Alhamdulillah.

Usai tasmi', duduk sejenak.
Memikirkan aktiviti hari ini.
Allah! Ada SG malam nanti !!
Sekarang jam 6.40 petang
SG jam 7.45 . Memikirkan bahawa hari semakin gelap, aku berseorangan.

Dengan jalan berlenggang tanpa buku, tanpa wang, tanpa phone.
Memang sengaja cari nahas. Aku kembali ke ruangan tasmi' dan meminta izin dari guru tasmi' untuk keluar awal.

Keluar dan jalan berseorangan.
Dengan penuh yakin melangkah.
' buat gaya gengster sikit, comfirm arab tak kacau' - desis hati.

Sampai di simpang jalan, berhasrat nak melintas. Okay Alhamdulillah selamat melintas walaupun kereta laju sangat (baca: giler)

Arab yang pro driver ni memang lah.
Bukan nak menidakkan kuasa Tuhan yang mendatangkan musibah dan kecelakaan.

But believe me, seriously! They are such very good driver, they manage to reduce traffic and accident in their country!

Speaking jap.
Tapi dalam pro mereka, kalau sekali accident, jangan mimpi lah kereta kau akan okay je. Comfirm teruk punya !

Berbalik kisah tadi.
Lintas jalan, seberang jalan sana kelihatan seorang pak cik Arab, di hadapannya ada barang jualan. Ada permainan, dolls, games.

Allah tak sanggup nak tengok muka pak cik ni. Sayunya rasa hati

Apalah agaknya perasaan anak-anak membiarkan ayah mereka yang sudah meningkat usia berniaga di tepi jalan seolah-olah mereka tak mampu menyara ayah mereka.

Sepatutnya ayah yang pada usia sebegini tidak disibukkan lagi dengan kerjanya berterik di bawah panas matahari menunggu jualannya laku.

Sedih sangat. Hanya memandang sekilas, kerana hati sangat sayu. Hati sangat sedih.

Tetiba terbayangkan raut wajah ayah yang jauh di kampung. Panas mata. *masuk habuk barangkali*

Kalaulah ayah nanti diberi umur panjang, sempat merasa pendapatan yang bakal aku dapat nanti. Aku hanya akan meminta ayah untuk berada di rumah. Bergelak ketawa dengan isteri anak dan menantu mereka, meluangkan masa bersama cucu-cucu kesayangan mereka.

InshaAllah satu hari nanti, sekiranya ayah dan aku diberi kesempatan waktu.

Dari raut wajah tua kami berkongsi cerita
Dari redup mata maka di situ lahirnya cinta.

Ya Allah, lindungilah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Murajaah: proses mengulang/ulangkaji
Tasmi': memperdengarkan (bacaan)
SG: study group

Sunday, 19 April 2015

Infiruu




Islam pasti menang. Itu yg kita wajib yakini.
Cuma bila dan bagaimana tu bukan layaknya kita yg persoalkan,
apatah lagi untuk menentukan
Mungkin yang kita kena persoalkan pada diri,
adakah aku ada dalam medan?
Adakah aku sedang berjuang?

Ya. Medan pun belum kita jumpa.
 Apalah erti bercakap soal perjuangan
Apalah ertinya kemenangan
Kita takkan faham -.-'

Dan bila tak faham, jangan diamkan.
Tapi tanya. Cari di mana seharusnya kita bermula.
Perasaan untuk berbuat kebaikan bukannya sekadar rasa,
tapi juga petunjuk dari Allah untuk kita bertindak mengikut apa yg kita rasa.

Bertindak !

Ya. sekali rasa nak mencari, sekali rasa nak buat kebaikan, teruskan. Jangan tangguh.
Boleh jadi, itu peluang terakhir.

Dan bilamana sudah berada dalam medan,
Jangan pula isti'jal
Jangan gopoh nak menang sedangkan miqyas(ukuran) pada kemenangan belum kita penuhi

Teladanilah sirah Rasulullah dan sahabat yg banyak mengajar kita erti sabar dan thabat dalam perjuangan. Yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran.
Mereka mampu sabar dan mereka tak gopoh untuk menang.
kerana apa? Kerana bukan kemenangan yg mereka kejar-kejarkan,

tapi redha Allah.
Lalu Allah redha akan mereka.
Dan akhirnya mereka syahid smile emoticon
Dan kita.. tidakkah kita impikan benda yang sama?

Selalu ingatkan.
'' Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih, dan menggantikan kamu dengan kaum yg lain dan kamu tidak akan merugikan Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " Taubah : 39

Allah tak rugi.
Bahkan kita yang rugi.
Infiruu ! (Berangkatlah)

انفروا خفافا او ثقالا
Berangkatlah baik dengan rasa ringan mahupun berat..
Allahu musta3an

‪#‎IrbidJordan‬
#160415