Friday 18 April 2014

mati~ sudah cukup!

Tangan dah gatai nak menulis..

rinduuuu~

ahad isnin dah nak exam.
tapi jemari masih lagi nak menulis.
sebab dah lama tinggal kot.

lepas perasaan tu ha..

last seen on 30 January 2014.

lamee tuuu~ 4 bulan lebih.

sepanjang 4 bulan macam2 jadi.
suka duka di bumi Syam yg MashaAllah..
perit suka nya Allah saje yang tahu.
dah dekat segelen kot air mata tumpah.
segelen (?)
ape-ape jela..

semalam dapat khabar berita tentang kematian seorang sahabat perjuangan yang meninggal dalam kemalangan. sedih kehilangan arwah amat terasa..
umur baru 20 tahun, takde sakit ape, cuma kemalangan. cuma.. :(
orang yang sihat walafiat, sekejap saje.. Allah kata kun, fayakun,
Allah kata, mati, matilah engkau.
takde cepat sesaat mahupun lambat walau sesaat.
on time. tak kira ready ke tidak.

bila Allah kata jadi, jadilah..

Arwah seorang yang ceria, sangat suka membantu.
dulu masa kat asrama~Taman Islami, arwah jadi Biro Kerohanian..
sangat aktif dalam usrah di asrama mahupun luar asrama. Kebaikan arwah, Subhanallah..
tak payah cakap. baiknya tingkah laku arwah~

Semoga Allah menerima setiap kebaikan yang dilakukan arwah sepanjang hidupnya di dunia..

bila kita melihat kematian orang yang dekat dengan kita, barulah terasa.
lama lagikah hidup aku kat dunia ni?
masih adakah masa dan peluang untuk aku baiki setiap kesalahan?
untuk aku bertaubat dan mohon keampunan dari Allah..?

duk kat umah lepak-lepak.
gelak sakan, main n makan enak-enak.

tapi persoalan (?)

masih adakah waktu untuk semua tu nanti bila ruh dah terpisah dari jasad?
ada lagikah kegembiraan dan kesenangan bila jasad terkubur dengan tanah?

kita selalu nak merasa bahagia dan gembira, kan?
tapi akan bahagiakah kita saat kematian menjemput?

mungkin ya bagi mereka yang soleh dan beriman.
dunia tempat mereka menangis,
akhirat tempat mereka bergembira.
mereka bahagia dengan bahagia hakiki.

bahagia yang abadi.

tapi kita kat sini?
bahagiakah kita?

dan nanti kat sana pula bahagia kita, bahagia yang macamana?

lebih tepat.

akan bahagiakah kita di sana nanti?

dan cukuplah kematian sebagai peringatan bagi mereka bertakwa.
cukup. cukuplah dengan mati.

Allah.. matikan kami dalam Islam.
matikan kami dalam Iman.
matikan kami dengan pengakhiran yang baik (husnul khotimah)

Aaminn..