Monday, 23 October 2017

Because Writing Is Part of Dakwah

"Because Writing Is Part of Dakwah"

I've recognized this quote just now.  (maybe I wrote this one years ago)
It's kind of embarassing since I'm not writing anymore. Phew.

But deep inside my heart, I want to do it but I just can't.
It is as if I'm not the right person to give something and my writing is not worth to be read.
I guess.

If you're coming here to read my kind of rubbish saying, then you can just read it and go.
But if you're here to fulfill something for your heart. Sorry, I don't think you're in the right place.

You know. I think about this lately.
 That I'm not being me.

Yes, we can say people change. And I change too.
And I recognized that I'm being someone who may be have a little bit positive side in her before.
But now, I don't think so. Because I got so many flaws in me, and my heart too.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana nak cakap eh?
That I'm not being me.
Maybe I can relate this with my past. I mean, "me" in my past.
Sebab aku rasa aku ni baik la sikit dulu, tapi as we got older, we tend to do more and more things not regarding to Allah's will. I admit it now. Well, I already passed my birthday one month ago.
And now I'm talking about old. Ya Allah. Betul la kot ye, aku ni dah tua haha.

Aku rasa aku ni baik sikit la sebelum ni.
Tapi sekarang ni makin banyak dosa, makin payah pulak nak beramal. Konflik diri sendiri kot.
Tapi aku takkan putus asa. Aku cuma berharap suatu hari nanti, semoga aku terus diberi hidayah untuk sentiasa berada dalam amal kebaikan. Paling kurang pun, jangan lah aku jadi jahat. Itu doa aku.

Nonsense kan? Aku pun tak tahu aku nak cakap apa sebenarnya.
Sebab dah lama tak tulis something kat sini so dia kind of macam dah habis ayat nak bagitahu apa.
Maybe sebab dah lama tak menulis, so semua tu banyak tersimpan dalam hati.
Sebenarnya, dalam fikiran ni tengah menari-nari idea tu, mencurah-curah la kononnya.
Tapi tangan ni tak tertulis, tak sampai ayat. Ecee bagi alasan.

So, sebelum aku nonsense lagi, better stop dulu.
Nanti bila tangan ni dah boleh terjoget-joget betul, then kita sambung balik okay?
Hopefully, this is not the the first and the last time for this year. Haha
Just recognized that this is my first post of the year. Yaaaa well done Hudaaaaa!

Sekolah.
23/10/2017
9.00 PM


 

Saturday, 13 August 2016

minta fatwa dari hati

"Akak, pernah suka kat orang tak?"
rasa kelakar pulak bila adik adik ni tanya gitu.

"suka kat orang tu normal, kalau kata tak pernah tu tipuu" sambil gelak. cover. dalam hati jangan lah budak budak ni tanya lebih lebih.

'' macamna nak halang hati dari suka kat org ye?"

" hmm cara dia, just perlu control."

So mula la bercerita dari hati ke hati
Dari citer tu beralih ke citer ni

" akak tak tau pulak kalau ada org y tak nak kahwin. Akak rasa ada . sebab.. akak la hampir jadi orang tu."

" HAH? sebab apa tak nak kahwin?"

'' sebab.. takut. org cakap marriage is a gamble. n mungkin dh biasa duk luar negara? rasa bebas. tak nak terikat lagi. 4 tahun duk survive negara org. tapi tu perasaan je. kejap kejap je datang. hakikatnya, kita kena kahwin kan?"

'' Ohh ye? kalau tak nak?"

'' Kalau tak nak, kena kahwin la jugak. sebab jodoh tu kan rahsia Allah. lambat atau cepat, setiap org mesti ada jodoh masing2. n bagi akak, setiap org mesti ada sebab dia nak kahwin. 

Lately byk dgr cerita senior yg kahwin awal, salah sorangnya terpaksa tangguh sem, sebab mengandung. so dia habis lagi lambat dr suami dia. tapi once anak dh lahir, tau tak apa jadi? Suami dia tak nak pegang pun anak sendiri sebab takut baju kedut. n maybe sebab faktor jarak hubungan dah tak mcm dulu.

Masa tu baru tahu, owhh macamtu rupanya sikap. Bukan salah akak tu pun. Allah nak uji kann.. dia kuat. walaupun sekarang ni dia dah 'sorang-sorang'

Boleh imagine tak, macamna life akak tu sekarang? Sorang2 jaga anak dan adik-adik. perempuan. sulung. belum dapat kerja. bayangkan perasaan bila suatu hari nanti anak tanya, " mana ayah?" 
Ataupun org tanya, " ayahnya ke mana?"

Ujian setiap org tu beza beza
Doa la, dari sekarang
Moga jodoh yg terbaik tu datang pada waktu yang terbaik, dalam keadaan kita dan dia dah bersedia."

" Macmana nak tau bersedia?"

" minta fatwa dari hati. istikharah."

Panjang cerita
Tapi cukup la penutupnya dengan satu perkataan

''Yakin.''

120816
12:52 AM
BQ, I-J

Saturday, 30 July 2016

Cara Menyentuh Hati

Sometimes we want to describe our feeling to others. Tapi kita tak boleh.

Sebab hati manusia ni lain-lain
Nak menyentuh nya perlukan cara
Dan untuk menyentuh hati manusia, perlu sentuh hati dengan Allah dulu :')

Nak sampaikan pada orang tu
Tak mungkin sama dengan apa yang kita dengar rasa dan lihat. Setiap orang ada cara yang berbeza. Hati nya pun berbeza.

Selami dulu hati mu.
Sejauh mana hubungan mu dengan Allah ?
Tahu dulu apa tujuan, perinci dan jelas kan matlamat. Dari situ, dari hati terus ke hati.

Irbid
260716
8:18 PM


my diary bergerak

I once terfikir nak delete benda ni
Tak mahu dah menulis

Aku jemu. Nak cari suasana baru
Tapi tak boleh. Aku tak berminat nak post kat facebook or instagram wechat bagai pasal benda yang berkait dengan hidup aku. My personal life.

And lastly I decided to write it in my notebook. Dalam handphone as a diary bergerak

So segala jenis macam rasa aku luah kat situ. Aku puas
Sebab aku boleh baca balik apa yang aku tulis. Tanpa perlu ada orang komen 

Harini aku tulis something pasal perasaan aku. Actually bila aku start tulis pasal something, mostly ada something yang dah jadi ataupun relate dengan diri aku. 

Tapi hari ni aku tulis panjang, kat sini
And then tiba-tiba aku rasa kalau aku mati nanti, fon ni rosak ke, hilanglah segala macam memori yang hari ni aku tulis

So here I am
Tak janji la nak tulis hari-hari
After 6 months kot
Aku menulis balik

Many things happened 
Tapi aku yang tak nak tulis kat sini

And everything was all out in my diary bergerak




So guys, kalau aku mati nanti
Kau tahu mana nak cari kenangan pasal hidup aku

Waktu tu, kau banyak-banyak la sedekahkan al-fatihah and doa untuk aku :')

Friday, 29 July 2016

aku yang pemarah

Yaa. Maybe I'm one of that person yang tak boleh orang garang, kasar, biadap dengan aku. Even benda tu kecik je

Contohnya klu aku tanya, dia tak jawab
Paling pantang, kalau takde ribut petir tetiba nak pulau aku

Ahh sakit hati
Padahal dia marah org lain
Aku jadi mangsa

Pastu kalau nak keluar bilik,  jangan la tutup pintu kuat-kuat
Tolong la ade sikit rasa sense dalam diri tu

Aku akan rasa marah
Ya semua orang akan marah
Bezanya I'm kind of that person yang akan saaangat marah. Tapi tak tahu nak tunjukkan rasa marah tu. Mungkin certain person tahu kalau dia perhati muka aku. Tapi aku takkan sesekali marah dia balik. Aku takkan balas balik dia buat kat aku. Aku rela berperang dengan jiwa aku sendiri walaupun we all know, how painful that feeling

benda paling sakit.

But I still choose to be in toilet
Calm myself
Or grab earphone
And enjoy some instrumental music
Or I'll cover myself with blanket head to toe

Kalau kau nak aku tenang, bagi aku masa
Kalau aku normal, aku akan kembali mcm biasa in less than 30 minutes 

Sometimes aku terfikir
Betul ke benda ni biasa orang rasa?
Rasa tak dihiraukan kalau org tak jawab
Rasa seolah2 aku ada buat salah kat orang kalau orang buat tak endah

End up, kau akan rasa nak menyendiri
Rasa nak orang pujuk

Ataupun..
Sebenarnya aku yang terlalu menjaga hati orang sampai aku tak sedar
Bahawa benda tu actually biasa-biase je
Aku mengaku, mungkin la. Aku terlalu biasa jaga hati org dengan cara sebegitu
Aku pun tak sedar benda ni sampai ada kawan jugak bagitau. Dia cakap, 

" Kau terlalu nak jaga hati orang"

Dia. Mestilah bukan kawan biasa-biasa 
Dia tahu luar dan dalam seorang insan bernama aku.

Tapi aku macam ni la
aku tak rasa yang aku terlalu nak jaga hati orang
Even orang jahat sekalipun
Buat jahat kat aku
Aku takkan mengata dia depan-depan
Paling-paling aku akan citer kat orang lain
Tapi yg pasti bukan depan dia

Sebab aku pikir
Aku pun jahat
Jahat-jahat aku pun, aku still nak orang jaga hati aku, air muka aku, 
Especially depan orang
Aku tak nak satu hari nanti kalau aku 'tersilap' buat salah kat orang, dia marah aku, dia pukul aku, aku tak sanggup sebab aku takut

Sampai macam tu sekali, 
Aku amalkan "common sense" yang orang duk selalu cakap

Aku nak jaga hati dia
Try tak cakap kesalahan dia depan dia
Paling susah, try tak marah dia

Mungkin ke sebab tu
Aku mengharap untuk org buat benda yang sama jugak kat aku?

Aku bukak elok2, aku tutup elok2
Aku jawab org tanya, walaupun kadang2 aku confius dia tanya aku ke tak sebenarnya
Aku jawab jugak walaupun aku tak tahu sebenarnya dia tanya soalan ke bagi statement?

I thought that is what we called as common sense. Tapi pada hakikatnya aku silap. Aku tak boleh apply semua benda yang aku rasa pada setiap orang.

Boleh jadi, aku rasa tapi orang lain tak rasa

Orang pun kesah apa kau rasa apa
Kau nak marah ke, nak mengamuk ke
Not all people care about us
Ya. Tapi kenapa
Kenapa kau still lagi nak jaga hati orang?

Cakap pasal mengamuk
Aku pernah sekali 'terlepas marah'
Aku mengamuk
Aku rasa tu kenangan yang aku paling nak lupa
Dan amarah aku yang paling besar
Aku pun tak tahu sebab apa aku marah
Aku marah kat sape sebenarnya
Ada. Kat someone
Tapi aku lupa macamna kisah dia

Yang pasti aku pun stress waktu tu
Aku banyak benda nak buat
Aku banyak masalah nak settle
Tapi ada orang yang cuba menambahkan lagi masalah aku
Tu je aku ingat

Dia buat macamana, aku pun dah lupa

Waktu tu, aku baling beg kertas kat tangan
Sampai beg tu putus tali
Habis semua barang jatuh
Aku menangis
Bukan nangis biasa

Aku meraung
Nangis kuat giler
Sampai aku tersedu
Housemates aku yang lain keluar
And tanya kenapa
Aku nangis lagi
Aku lap air mata
Tak mampu nak jawab

Buat pertama kali, pada orang lain
Aku marah sangat
Dan aku lepaskan rasa tu
Aku lap air mata lagi

Dengan beg yang dah tercabut tali
Aku masuk ambik beg yang lain
Aku nangis lagi waktu tu

Terus aku keluar
Masa tu memang nak keluar pun
Sampai keluar pun, aku nangis lagi
Tengah jalan pun nangis lagi
Sampai Arab pandang pelik

Sampai tempat yang nak pergi tu
aku cuba control
Ni rumah orang
Aku tak nak orang tengok aku nangis
Nangis ni tanda lemah

Aku tumpang tandas rumah tu
Cuba tenangkan diri

Aku tanya kat diri aku
'' Argh kenapa aku lepaskan marah td?''
" Kenapa lemah sgt kau ni?"
" Kenapa kau tak control ?!"

Aku menyesal
Aku duk ulang-ulang ayat tu kat diri sendiri
Sampai aku penat
Sampai aku rasa kalau la boleh masa diputar balik, aku takkan menangis

"Aku sepatutnya tenang"

Aku ulang lagi ayat tu

"Aku menyesal"
" Macamna aku nak cover balik ?"

Balik rumah, aku buat tak tahu
Aku cuba make up balik keadaan
Mana la tahu suasana happy tu boleh datang balik
Aku gelak, cuba bercakap dengan orang
Aku dah tak marah
Aku tak duk sorang2

And guess what? 
I got back my "heart"
Dia dah kembali tenang

I always hope that it can be like that, forever.
This is a story about me. How I survived to be me now. And how I struggled to be a better person

I may not be someone better now, but at least, I tried and still trying :')

04:35
290716
Irbid

Saturday, 23 January 2016

Syukurlah, Tuhan pasti tambah

''Duit aku.. duit aku simpan kot weyh.."
*teresak-esak nangis sambil lap air mata*
         
''Jangan nangis, mungkin Tuhan nak ganti dengan rezeki yang lebih banyak lain waktu. Mungkin harini bukan hari kau, tapi hari org y dah lama perlukan duit, dan mungkin dia orang yang lebih dulu bersyukur. Sebab tu Tuhan tambah. Ingat. Janji Dia, la iin syakartum la aziidannakum wa la iin kafartum inna 'azabi lasyadid. Lasyadid! Amatlah keras! Taukid!"
         
Begitulah monolog hati seorang gadis dengan hati beliau pada malam ni. Jangan nangis weyh. Allah ada.
Alhamdulillah
----------------------------------------------------------
Dia nak hadiahkan kebaikan yang banyak untuk kita. Dia nak hadiahkan kebahagiaan untuk kita. Dia nak hadiahkan detik yang mungkin paling bahagia untuk kita kenang sepanjang hayat
Lantas kita diuji dulu
Tiba waktunya kita akan senyum kembali, air mata kita usap dari pipi
Baru kita tahu, betapa baiknya Tuhan. Sakit dulu tak setanding bahagia yang kita rasa sekarang. Have faith! Baru hilang sikit nikmat Tuhan. Kalau kita yakin, ada lagi yang lebih bernilai sebagai ganti

Sunday, 10 January 2016

Seksa Neraka

Kita hirup udara yang sama
Menumpang di bumi yang sama
Kita pinjam kecantikan, kemewahan, kebahagiaan yang hanya sementara
Adakah kita rasa apa yang kita pinjam ini HAK kita? Di akhirat nanti bolehkah kita berlepas tangan?
Andai saja kita tahu dan SEDAR betapa nikmatnya syurga, setiap benda baik di bumi ni semua kita nak lakukan. Ringan tanpa sebarang paksaan. Saya pernah dengar, orang kata di syurga nanti kita dapat melihat wajah Tuhan. Macamana ya wajah tu? Teringin sangat nak tengok. Then dibacakan pada saya satu ayat Al-Quran,  Allah berfirman "...oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." 18:110
Kena beramal soleh dan jangan syirik Allah. Mungkin no 2 tu kita tak buat, tapi bagaimana dengan amal soleh kita? Nak memandang Allah di syurga nanti pun ada syaratnya. Dan dunia ni lah kebun untuk kita bersusah payah penuhi syarat tu sebelum sampai ke sana. Antara syarat dia kena patuh suruhan Allah,tinggal larangan Allah, tutup aurat, bercakap baik, jaga perlakuan, jaga pergaulan dan banyak lagi kan.
Dan boleh percaya tak kalau kata semua benda bila diniatkan kerana Allah, betul caranya boleh mudah je dapat pahala. Bermakna kita dah penuhi beberapa syarat sebelum nak jumpa Tuhan
Berat ? Tak berat pun kalau kita ingat, dunia ni sementara. berat mana je pun nak banding berat seksa akhirat yang kena tanggung SELAMANYA
bersambung...
12:47
100116
Irbid Jordan