Friday, 12 June 2015

Ingat janji Allah

Kisahnya begini.

Nak cari gambar latest, sebab nak tangkap gambar la kononnya. Nak buat perbezaan.
Cari punya cari, cari dalam beg tu, jumpa duit. Bukak beg ni, jumpa beberapa qursh.
Bukak beg dalam almari pulak, jumpa lagi duit.

Nak cari gambar.
Jumpa benda lain.
Memang selalu mcamni,
Setiap kali cari something, mesti jumpa duit. Dapat dalam 2-3 JD dalam bentuk qursh tu pun bagi aku kira banyak dah tu.
Lastly masuk tabung, Alhamdulillah.

Fed up cari gambar, teringat drawer kecik bawah meja, tempat last yg nak cari gambar tu. Bila bukak yg bawah sekali, jumpa duit JD beberapa keping ni.
Terkejut. Biasanya jumpa takde lah banyak macam ni. Terkejut sgt sampai lama diam.

Tanya kawan, kot2 tu duit dia.
Dia gelak kat aku.
" Duit mung la tu, your money is everywhere"

Aku diam. Dalam hati kata,
" Ya aku tahu sokmo letak duit kokse tapi tak mungkin banyok gini "-.-'

Duit infaq dan yuran yang selama ni aku kutip semua dah settle. Dan sekarang aku takde pulak jadi bendahari ke apa.

So aku try untuk flashback semua benda.
Sebulan yg lepas, aku ada ambik duit dalam kuantiti yg lebih dari biasa sebab nak settle hal-hal untuk rumah dan umrah, dan masa tu jugak lah, ada org mesej untuk ingatkan pasal duit tabarru' (tabarru' = sumbangan)

" Assalamualaikum..
Nak bagitahu pasal duit tabarru', kalau saudari ada nak bayar utk mana2 bulan, boleh la berbuat demikian. Jzzk " ☺☺

Seriously masa tu duit dah kering
Tipu lah kalau kata masa tu sikit pun takde rasa berat hati nak bagi.

"Kalau ikut kondisi, aku tak bagi pun takpe"
Ni yg aku terlintas dalam hati waktu tu, kata syaitan lah ni. Haih.

Masa tu, dalam sedikit rasa yg syaitan bisikkan tu, aku cuba lawan..
"Duit tabarru' pn penting jugak, kata kan ada org yg lagi memerlukan, duit tu mgkin sgt bernilai untuk org tu."

Masa tu masuk ayat yg pasal infaq dalam kepala.
(Juz 3 Maqra' 2 Al -Baqarah m/s : 44-46)

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Ayat ni yang paling first ingat walaupun kalau ikut turutannya dia berada di kedua bawah pada sofhah(helaian)
Sebab berat hati ni, so kena pujuk hati dengan ayat Allah. Ingat janji Allah yg Allah akan bagi keampunan dan rezeki yang lebih lagi,

Dan ayat ni.

" Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. "

Dan ayat seterusnya.

" Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). "

Boleh rujuk :)
Maka benarlah kata-kata Allah itu.
Nak katanya, rasa berat hati tu memang ada, tapi lawan lah..
Ingat balik ayat-ayat Allah dan apa yang Allah janji, dan aku rasa bersyukur sgt.
Sebab di saat rasa susah, rasa poket kering ni, Allah hantar kegembiraan dengan mengirimkan rezeki dari cara yang tak disangka-sangka.

Teruskan bersangka baik dengan Allah
Teruskan mensyukuri segala nikmat
Teruskan mencuba untuk yakin pada Allah

(وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) [Surat Ibrahim : 7]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. "

Pengajaran untuk kita semua
Semoga Allah redha :)

No comments:

Post a Comment