Thursday, 31 December 2015

Setiap kali lepas exam akan mesej mak. Minta restu dan doa. Dan setiap kali tu jugak mak selalu ingatkan belajarlah, jangan malas.

Mak kata,
Sungguh-sungguh dalam belajar.
InshaAllah pasti Allah mudahkan.
Hakikatnya tak mudah

Mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Nak senang-senang kita bersenang lenang lah di sana nanti
Di syurga.

Sahabat, mengeluh itu biasa
Sakit itu biasa
Terluka pada jalan itu pun biasa
Sebab hidup kita tak bermakna tanpa semua tu
Kita hidup hanya sekali, bagaimana boleh kita merasa udara yang kita dapat hari-hari ni tiada imbalannya?
Bagaimana kita boleh merasa nyawa yang kita ada ni kekal selamanya?

Barangkali untuk sedetik ini kita lupa bahawa nyawa kita ini hanya pinjaman
Udara ni nikmat, yang ada sesuatu yang kita perlu lunaskan sebagai ganti

Bagaimana kita boleh selamba berjalan dengan lengan terdedah, terbuka sana sini, tapi dalam masa kita hirup udara dari Dia ?

Setiap kali nak buat sesuatu, perlu ingat
Ada balasan dan ganjarannya nanti
Nak buat, buatlah
Tiada yang boleh menghalang
Tapi ingat, yang akan tanggung sakit yang tiada penawarnya itu nanti ialah KITA.

Wednesday, 23 December 2015

Nota Pelangi #1

#Pelangi1
Dan kepahitan yg perlu kita terima pd ummat yg mengaku berjuang pada zaman ini ialah bilamana mereka hanya merasa seronok dgn tarbiyah untuk diri mereka sahaja tapi tidak mahu berkongsi kemanisan tarbiyah dengan yg lain
Bilamana mereka sibuk bertelagah hanya kerana sedikit khilaf, y pada hakikatnya mereka mampu cari titik persamaannya di mana

Lebih teruk, kita bercakap
tapi kita tak buat
Bicara soal ukhuwwah
tapi dengan 'mereka yg bersama' sahaja. Sampai syurga,katanya. Tapi lupakan persaudaraan dengan y lainnya
Kita bercakap soal tarbiyah seolah kita paling hebat, sebab apa ? sebab bagi kita, kita rasa manisnya tarbiyah tu di mana. Tapi mereka di luar sana?

Adakah kerana mereka yg tak mahukan tarbiyah ? Takk. Kalau ditunjuk jalan, mereka juga pasti mahu bersama.
Tapi apa yg jadi masalahnya dengan sebahagian ummat zaman ini ?
-"Kerana org yg mengaku ditarbiyah hanya sibuk dengan tarbiyah zatiah sahaja."-

Hakikatnya, orang dah tak mahu lihat manisnya tarbiyah yang kamu rasa, tapi apa yang mereka mahukan ialah kongsikan manisnya Islam pada mereka!

😊

Saturday, 19 December 2015

Catatan Tarbiyah

Selalu cuba berlari
Berlari jauh dari medan tarbiyah
Semakin dilari semakin dia datang mendatangi
Semakin cuba ditolak semakin mereka datang pujuk diri
Aku kira jauh sudah aku berlari
Tapi tetap ia masih mendekati
         
Tarbiyah.
Pernah minta ditarbiyah. Dapat.
Tapi tak pernah minta jadi salah seorang dari mereka yang memberi tarbiyah
Sebab tahu. Diri hanya layak jadi mutarabbi, bukan murabbi, ini kan lagi muharrik.
Berat. Terpaksa gagahkan
Lemah. Tapi ada 'adik beradik' yg menguatkan.
Kata mereka, kita kena isi jalan ini dengan kemenangan!

Wednesday, 9 December 2015

I'm Strong Enough

Sepanjang 20 tahun hidup ni
Tak pernah sekali terfikir nak sambung pengajian ke luar negara
Sebab sedar semua tu perlu duit banyak
Dan yang nak tampung kos pengajian tu nanti mak ayah. Memang mak ayah tanggung kos semua pengajian anak-anak dengan titik peluh sendiri. Tidak ada seorang pun kami adik beradik yang tak dapat sambung belajar ke pengajian tinggi melainkan seorang, abang yang sulung. Itu pun sebab abang pesakit OKU. Sebab tak nak susahkan mereka, bagi kami adik beradik kalau dapat belajar dalam negara pun dah cukup memadai. Dan alhamdulillah tinggal 3 orang lagi yang belum tamat pengajian. Yang lain dah berjaya dengan kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, semua bergelar pendidik :)

Dan kerana rezeki tu Allah yang bagi
Dan kerana doa mereka yang tak pernah henti, alhamdulillah. Ada dua orang dari kalangan kami adik beradik yang dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara. Seorang di UK dalam jurusan Occupational Therapy (Special Education) dan seorang lagi di Jordan, jurusan Bahasa Arab. Dan kedua-duanya dapat tajaan biasiswa penuh oleh tajaan yang sama Alhamdulillah.

Belajar di luar bukan satu benda yang mudah sebenarnya. Jauh di sana, orang kampung kagum. Saudara mara tak henti luahkan rasa bangga. Tapi orang di sini, yang tak berada di tanahair terpaksa menahan rasa berjauhan dari keluarga.

Bukan mudah. Ditambah sistem pelajaran di Jordan khususnya perlu juhud yang agak tinggi sebenarnya. Dengan exam yang berderet. Kadang-kadang seminggu exam, tiga minggu selepas tu dah start exam balik.
Susah. Tapi kena tempuhi. Hakikat yang perlu manusia sedar ialah, susah tu ada di mana-mana, walau di mana pun kita dicampakkan. Dan sedar ataupun tidak kesusahan itu lah yang menjadikan kita manusia yang kuat luar dan dalam.

Bersyukur kerana kita masih punya mak ayah yang tak lekang bagi kata semangat. Yang selalu ingatkan diri ni pada erti usaha, tawakal dan doa

Especially maa. Selalu ingatkan,
''Study lah.. moga Allah permudahkan.."
"Tawakkal alallah.."
"Rabbi yassir wa la tu assir, wa atmim bilkheir..jangan lupa doa ni.."


Wea pulak (Wan-panggilan untuk ayah)

Kata maa, 

"Tadi pagi Wea solat hajat untuk Huda moga boleh jawab exam nanti."

Ayah. Begitulah.

Perbuatannya saja dah cukup menunjukkan bahawa mereka sayang kita sangat. Terima kasih Wea. Feeling wanna cry everytimes Maa bagi ayat touching macamni.

Bersyukur. Dalam susah tu doa dari mereka tak pernah tak ada
Tak pernah putus selagimana ada mak dan ayah yang jauh di mata
Tapi doa telah mendekatkan kita.

Kan maa,wea ?

Rindu?
Mestilah rindu. Orang belajar dalam Malaysia pun rindu, inikan lagi yang belajar luar negara ni yang hari-hari dapat gambar dari Whatsapps keluarga. Menatap wajah mak, ayah, adik beradik, anak saudara, tak rindu? Tipu tak rindu.
Hari-hari terpaksa tahan rasa.

Berbaki kurang 2 tahun
(InshaAllah doakan)
Masih panjang aku kira
Berbekalkan harapan mereka, apa pun kena lalui. Apa pun kena tabah, kena cekalkan hati, kuatkan langkah, yakin dengan Tuhan.

Hidup mesti berani teruskan langkah
Sampai kaki letih menapaki
Sampai jatuh kerana mati!

Allahu yusahhil
Allahu Mustaan

Saturday, 5 December 2015

Putaran Kehidupan

Tak mudah untuk menjiwai watak dalam hidup ni
Dalam satu diri, ada bermacam watak
Dalam satu hari, ada pelbagai cubaan dan dugaan
Kadangkala kita tak daya tapi kita terpaksa teruskan
Kita tak kuat tapi kita kena sabar melawan
         
Kita selalu diingatkan bahawa hidup ni ibarat putaran roda
Kadangkala kita diatas
Kadangkala kita dibawah
         
Putaran kehidupan. Itu lumrah
         
Satu hakikat yg kita kena telan ialah hidup yang kita jalani hari ni tak sama seperti semalam
         
Dan helaan nafas hari ni ialah untuk mengubah apa yang kita tak mampu realisasikan semalam
         
And that's the reason we have to live
No matter how hard it is.

Wednesday, 2 December 2015

Hati Perempuan

Hati kita ni segumpal darah yang sgt susah nak jaga..

Hati kita ni.. duhai wanita, tercipta dalam keadaan fitrah yang saangat lembut
pantang usik sikit, kita terasa
kita sensitif, kita cepat nangis
semua sebab hati.
         
Kadangkala bila org cakap,
"Jangan nangis.."
Lagi lah kita rasa nak nangis
orang cakap,
"Jangan pendam sorang2."
Lagi kuat kita nangis
         
Hati perempuan, susah nak faham kan? :')
         
Semua gara-gara hati
Sebab tu, hati kita ni duhai..
Jaga baik-baik
Kadang kita mudah sangat jatuh sayang
mudah 'tersuka' tanpa sedar kita cemari hati kita
Kita letak Tuhan nombor 2
Tak sedar pun.. tapi tu lah hakikatnya
         
Yg kita tak mampu telan
Yg kita cuba nafikan, sekarang.
         
Jaga taman kita sebaiknya
Kerana di dalamnya ada kita, sang bunga.
Biar ia kekal jadi taman larangan yang mana bunganya hanya untuk mereka yang berhak memetiknya.
         
Kita ni bunga, sekuntum bunga wangi yang kita nak bawa jumpa Tuhan dalam keadaan "qolbun salim"
         
Kan ?
Moga-moga :)
         
-Langit Pelangi-
011215 - 9:40 PM
Irbid, Jordan